Berusia 38 tahun, isteri kepada Presiden Brazil ini sememangnya memiliki personaliti yang mengagumkan. Selain bergiat aktif sebagai sukarelawan, Michelle Bolsonaro juga
sebenarnya mahir berbahasa isyarat. Kemampuan beliau menguasai bahasa isyarat mula mendapat perhatian dunia pada Majlis Ucaptama sulungnya sebagai First Lady Brazil
pada Januari 2019.
Pada kemunculan awal Jair Bolsonaro dilantik sebagai Presiden Brazil tahun lalu itu, kelibat Michelle de Paula Firmo Reinaldo Bolsonaro yang berada di sisi suami dalam
persalinan merah jambu turut mencuri perhatian khalayak. Saat ingin menyampaikan ucapan kepada umum, Michelle membuat ‘kejutan’ dengan kehadiran seorang penterjemah
di sebelahnya sambil berucap menggunakan bahasa isyarat.
Difahamkan, Michelle sudah mula menguasai bahasa tersebut sebelum bergelar First Lady Brazil dan telah membantu menterjemah bahasa berkenaan sepanjang kempen pilihan raya suaminya. Beliau juga dilaporkan berkhidmat untuk komuniti orang kurang upaya pendengaran atau pekak dengan sebuah gereja di Barra da Tijuca dan turut memberi khidmat mengajar bahasa isyarat kepada generasi muda yang berminat!
Michelle ketika membuat ucapan dalam bahasa isyarat pada tahun 2019
Ads
Sebagai isteri pemimpin dunia, Michelle dilihat cukup aktif dalam aktiviti kebajikan yang melibatkan golongan kurang upaya dan kanak-kanak. Beliau tidak hanya dikagumi
kerana keprihatinannya malah rupa paras cantik, sikap mesra dan penampilan Michelle yang bersahaja turut menjadi inspirasi masyarakat di sana.
Ads
Memetik laporan The Sun UK, jarak usia 27 tahun di antara Michelle dan Presiden Brazil yang kini berusia 65 tahun itu tidak menjadi penghalang kebahagiaan mereka. Pasangan ini dikatakan mula bertemu ketika Michelle bertugas sebagai Setiausaha Kongres pada tahun 2007. Tidak lama kemudian, ibu dua anak ini menerima tawaran berkhidmat dengan Bolsonaro dan memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2013.
Ads
Enam tahun menjadi isteri Bolsonaro, Michelle akhirnya menjadi First Lady Brazil pada tahun 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Laura Bolsonaro dan Michelle turut mempunyai seorang anak perempuan, Leticia Aguiar hasil perkahwinan terdahulu.
Sepanjang pandemik Covid-19 yang melanda Brazil, Michelle merupakan antara individu berpengaruh negara terbabit yang kerap turun padang memberikan bantuan dan sumbangan kepada mereka yang terjejas. Namun kira-kira seminggu yang lalu, beliau turut disahkan positif jangkitan Covid-19 tetapi berada dalam keadaan stabil. Begitu juga suaminya yang menghadapi nasib serupa.
Brazil menjadi negara kedua yang mencatatkan angka jangkitan Covid-19 paling teruk di dunia selepas Amerika Syarikat. Sehingga kini, dianggarkan lebih 2.5 juta rakyatnya dijangkiti wabak berkenaan dan 90 ribu daripada kes tersebut telah disahkan maut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah anakanda DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang berjaya menamatkan pengajian di luar negara. Bukan saja cantik orangnya, bijak pula tu!
Secara eksklusif berkongsi kejayaan dan wajah anakanda tersayang di laman media sosial rasmi Selangor Royal Office, jelas terserlah wajah gembira keluarga diraja ini atas pencapaian tersebut.
Pada 11 November lepas, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah berangkat ke University of Bristol di bandaraya Bristol, United Kingdom bagi menghadiri majlis graduasi anakanda sulung DYMM Tengku Permaisuri Norashikin, Nur Amanda Binti Mustapha Kamal.
Kredit Facebook Selangor Royal OfficeKredit Facebook Selangor Royal OfficeKredit Facebook Selangor Royal Office
Nur Amanda yang kini berusia 22 tahun, telah menamatkan pengajian dari universiti berkenaan dan menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal (Master of Engineering in Mechanical Engineering).
Menerusi foto-foto yang dikongsikan kelihatan Amanda mewarisi kejelitaan ibunda tersayang.
Kredit Facebook Selangor Royal OfficeKredit Facebook Selangor Royal Office
Lengkap mengenakan jubah konvokesyen, Amanda tampak teruja di samping ibunya, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang anggun menyarung persalinan tradisi royal blue dipadankan bersama beg tangan Chanel rona kelabu dan rantai mutiara sebagai pelengkap gaya.
Semoga Amanda terus sukses dalam apa juga lapangan kerjaya yang diceburi kelak dan menjadi inspirasi buat golongan wanita untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
Sumber: Facebook Selangor Royal Office
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena pelancaran susu UHT sedia untuk diminum yang terbaru, Fernleaf menggalakkan warga Malaysia untuk mencapai kehebatan masing-masing dengan disokong oleh semangat pasti boleh dan 100% kebaikan susu dari New Zealand.
Menurut Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia sewaktu pelancaran produk baru menjelaskan bahawa setiap individu memerlukan sedikit kehebatan dalam kehidupan masing-masing. “Sama ada sampai ke tempat kerja tepat pada masa, mendukung anak anda atau mengangkat barangan yang dibeli, bersenam dan mengangkat beg sekolah, kita memerlukan daya mental dan fizikal dalam bentuk tenaga dan semangat untuk menjalankan kehidupan harian!”
Susu Fernleaf yang kini disediakan dalam pek UHT baharu dan mudah adalah sesuai untuk seisi keluarga. Dilengkapkan dengan nutrien-nutrien penting seperti protein, vitamin A dan D serta kalsium, susu ini membantu warga Malaysia meningkatkan pengambilan nutrisi dan tenaga di mana-mana sahaja mereka berada dan bersedia untuk mencapai kehebatan masing-masing.
Ketika menjelaskan tentang sumber dan pengeluaran susu Fernleaf, Ong berkata: “Ramai pengguna tahu bahawa susu Fernleaf berasal dari New Zealand. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa Fernleaf disokong oleh rangkaian yang besar yang komited ke arah kecemerlangan tenusu. Syarikat induknya, Fonterra, merupakan syarikat nutrisi tenusu global yang dimiliki oleh 10,500 peladang dan keluarga mereka yang disatukan dengan matlamat bahawa kecemerlangan tenusu dapat membawa perubahan”.
Dapatkan susu UHT Fernleaf untuk diri sendiri dan keluarga anda, jadikan kebaikan tenusu dari New Zealand memastikan anda 100% bersedia untuk mencapai kehebatan! Susu ini didapati di pasar raya hiper, pasar raya dan kedai-kedai di seluruh negara pada harga RM5.70 bagi satu set empat pek (200ml setiap pek) dan RM6.60 bagi setiap pek 1 liter.
Susu UHT Fernleaf didapati dalam tiga pilihan yang lazat, penuh krim, rendah lemak dan coklat untuk memenuhi setiap cita rasa yang berbeza dalam keluarga.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fernleaf, layari dan ‘suka’ Fernleaf Facebook untuk kemas kini yang terbaru. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Istilah narsis atau narsisme amat popular di kalangan anak muda yang didefinisikan sebagai gangguan keperibadian narsistik. Contoh paling mudah ialah ketaksuban individu atau hobi untuk ber’selfie’ di media sosial. Gangguan ini boleh didiagnosis oleh doktor atau pakar kesihatan mental. Umumnya, individu yang narsis suka membangga diri secara berlebihan, angkuh, suka memanipulasi serta menuntut sesuatu.
Golongan ini juga obses dengan diri sendiri serta terlalu yakin bahawa mereka berhak mendapat layanan istimewa dan terbaik daripada orang sekelilingnya. Jadi, bagaimana nak kenal ciri-ciri seseorang yang narsis? Berikut dikongsikan ciri-ciri umumnya.
Terlalu melebih-lebihkan bakat dan pencapaian diri sendiri.
Sentiasa dahagakan perhatian dan pujian daripada orang lain.
Sukar menjalin dan menjaga hubungan yang sihat. Selalunya seorang yang narsis bersikap dominan dan suka mengatur atau mengarah.
Sering berada di alam fantasi berhubung kesempurnaan fizikal, kejayaan mahupun sebagai pasangan paling bahagia serta sempurna.
Cemburu terhadap orang lain yang lebih berjaya berbanding dirinya serta merasakan orang lain juga cemburu dengannya.
Suka mempergunakan orang lain demi kepentingan dirinya atau mendapatkan apa yang diinginkan tanpa rasa bersalah.
Kurangnya sikap empati iaitu tidak pernah mengendahkan perasaan orang lain.
Tidak boleh menerima kritikan, sebaliknya dia akan membalas dengan kemarahan atau meremehkan nasihat orang lain.
Sentiasa mengharapkan orang lain bersetuju dengan dirinya.
Mudah murung dan tertekan jika merasakan dirinya kurang sempurna atau orang lain lebih daripadanya.
Tidak sabar dan mudah marah jika tidak mendapat layanan istimewa.
Apabila bercakap, jelas terpancar sikapnya yang angkuh dan sombong.
Sentiasa memastikan apa yang dilakukan adalah yang ‘terbaik’ sambil memperlekehkan kemampuan orang lain.
Tak mahu kalah dengan orang lain.
Mahu sentiasa dianggap sebagai seorang yang sangat hebat walaupun pencapaiannya tak seberapa.
Maka, berwaspadalah dengan ‘sindrom’ media sosial kerana jika anda menyalahgunakan manfaatnya ia akan menjuruskan diri anda menjadi seorang yang narsis. Sebaiknya kongsikan sisi inspirasi anda yang dapat memberi manfaat buat netizen.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekian lama menyimpan rahsia, teka-teki mengenai hubungan cinta di antara Amira Othman dan Fattah Amin akhirnya terjawab apabila bintang filem Mat Kilau berkenaan membuat pengumuman bakal melangsungkan pernikahan dengan pelantun lagu Jaga-Jaga tersebut pada hujung minggu ini ...