Jadi Menteri Usia 41 Tahun, FAHMI FADZIL Bapa 2 Anak & Lulusan Kejuruteraan Kimia, Amerika Syarikat!

Rezeki Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil apabila diberi kepercayaan menggalas tugas selaku Menteri Komunikasi Digital pada usia muda. Menjadi sumber rujukan utama berkaitan sebarang isu melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pengarah Komunikasi PH sejak September 2021 ini bukan lagi asing dengan pihak media.

Sebelum menceburi arena politik, Fahmi yang kini berusia 41 tahun aktif dalam bidang seni dan kreatif serta dikenali sebagai penulis dan aktor teater. Menariknya, dia dilaporkan pernah menjadi hos televisyen dan membintangi drama bersiri Gol & Gincu pada tahun 2006.

Kredit Instagram @fahmifadzil.1
Kredit Instagram @fahmifadzil.1
Kredit Instagram @fahmifadzil.1

Kerjaya politik Fahmi sejak 2010 apabila dia menyertai PKR dan menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai. Penglibatannya mendapat sokongan ramai kerana tindakan Fahmi memperjuang golongan B40 dan memperkasa aktiviti belia.

Selain itu, Fahmi juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Purdue University, Indiana, Amerika Syarikat.

Tanggal 20 November lalu ialah ulang tahun perkahwinan Fahmi dan isterinya iaitu Mira yang ke-11. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Kredit Instagram @fahmifadzil.1
Kredit Instagram @fahmifadzil.1
Kredit Instagram @fahmifadzil.1

Sering berkongsi program dan momen istimewa bersama keluarga tersayang, pemimpin ini cukup bertuah kerana penglibatannya dalam bidang politik mendapat sokongan ibu bapa dan isteri tercinta.

Malah menerusi perkongsian di media sosial, Fahmi menghargai didikan bapa yang berjaya membentuk jati dirinya sebagai pemimpin.

“Thank you for teaching me the meaning of amanah, kebertanggungjawaban, ketekunan dan berkhidmat demi rakyat. Apak tak pernah nak bagi semua yang kami minta. (‘Mainan?? Baik beli buku!’)

Terima kasih kerana mengajar kami beza antara ‘yang diinginkan’ vs ‘yang diperlukan.’.”

Kredit Instagram @fahmifadzil.1
Kredit Instagram @fahmifadzil.1

Awal Disember lalu, Fahmi Fadzil dilantik sebagai Menteri Komunikasi Digital di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

IKLAN
Share