“Jadi Pembaca Berita Impian Saya Sejak Sekolah,” Fasih & Berbakat, Hannah Yeoh Baca Berita Dipuji!

Wah, serba boleh dan ada bakat terpendam rupa-rupanya Hannah Yeoh! Siapa sangka, Menteri Belia dan Sukan ini mampu menyampaikan berita dengan tenang dan seperti pembaca berita profesional.

Bersandarkan bakat dan minat yang ada, mungkin jika tidak bergelar menteri, tidak mustahil Hannah mampu menjadi salah seorang personaliti televisyen di negara ini.

Hasrat isteri kepada Ramachandran Muniandy ini untuk menjadi pembaca berita pernah didedahkan kepada Nona kira-kira tiga tahun lalu.

Kredit Instagram @hannahyeoh
Kredit Instagram @hannahyeoh
Kredit Instagram @hannahyeoh

Waktu itu, Nona menemu bual pemimpin wanita berusia 44 tahun tersebut ketika beliau menyandang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ternyata impian tersebut akhirnya menjadi kenyataan apabila Hannah diundang sebagai penyampai pertama bagi edisi sulung Stadium RTM pada 1 April lalu.

Berkongsi khabar gembira berkenaan, Hannah menerusi media sosial miliknya teruja dengan kepercayaan yang diberikan stesen televisyen rasmi negara itu.

“Menjadi pembaca berita merupakan impian saya sejak di sekolah lagi. Sempena ulang tahun RTM yang ke-77, saya telah diberi peluang membaca berita sukan dalam edisi khas mereka.

Terima kasih RTM atas keyakinan yang diberi kepada saya sebagai presenter pertama untuk segmen ini.”

Kredit Instagram @hannahyeoh
Kredit Instagram @hannahyeoh
Kredit Instagram @hannahyeoh

Turut memuat naik video momen istimewa itu untuk tatapan followers, jelasnya lagi. “Saya baca berita sukan sempena ulang tahun Berita RTM yang ke-77. Maafkan saya jika tidak sempurna.”

Baca https://www.nona.my/genap-15-tahun-bahagia-layari-perkahwinan-campur-hannah-yeoh-bertuah-suami-sokong-kerjaya-politik/

Hannah atau nama sebenarnya Hannah Yeoh Tseow Suan merupakan graduan Sarjana Muda Undang-Undang dari University Tasmania.

IKLAN
Share