Jadi Penyanyi, Pelakon & Usahawan Di Usia Muda, SHIHA ZIKIR Kerja Keras Bina Legasi!

Personaliti Shiha Zikir yang ramah, bersahaja dan penuh sense of humor membuatkan sesiapa sahaja yang pernah bekerja dengannya berasa senang. Peribadi Shiha yang merendah diri dan menghormati orang sekeliling juga disenangi ramai. Malah, sepanjang pembabitan Shiha sebagai anak seni jarang dengar kisah ‘kurang enak’ mengenai selebriti cantik ini.

Walau bergelar selebriti, anak bongsu daripada tiga beradik ini selesa ibu tersayang menemani dirinya ke mana sahaja. Termasuklah ketika menghadiri undangan persembahan. Biarlah dilabel anak manja sekalipun yang pasti Shiha lega melihat ibunya, Rohana Ibrahim sentiasa ada di sisi.

Selain aktif dalam bidang nyanyian, Shiha juga bijak mengambil peluang yang terbentang depan mata untuk melebarkan sayapnya ke arah perniagaan. Antara bisnes yang diusahakan figura ini termasuklah kanta lekap atau contact lens.

Shiha Lens
Shiha bersama ibu tersayang

Dalam temu bual Nona dengan Shiha suatu ketika dulu, dia mendedahkan bisnes contact lens Shiha Lens ini turut mendapat sambutan daripada artis terkenal Indonesia seperti Inul Daratista dan Krisdayanti.

“Inul Daratista beli berpuluh-puluh kotak contact lens daripada stokis tanpa pengetahuan saya. Alasannya, dia tidak mahu saya memberikan diskaun harga kerana mahu support bisnes. Malah, Krisdayanti juga pernah menunggu saya sehingga terbaring di lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk saya beri contact lens tersebut.”

Difahamkan Shila Lens turut dijual di SOGO, Kuala Lumpur dengan harga berpatutan. Tahun 2021 pula Shiha berjaya menghasilkan produk nota Planner keluarannya sendiri.

Terpancar kesungguhan Shiha dalam mengusahakan bisnes apabila mahu beri kepuasan terbaik kepada pelanggannya. Bahkan, Shiha berkata dia sanggup mengeluarkan modal permulaan perniagaan dengan hasil titik peluhnya sendiri.

“Saya tidak membuat sebarang pinjaman dan semuanya hasil daripada titik peluh sendiri. Sewaktu ingin memulakan perniagaan contact lens sekitar tiga tahun lepas, saya mengeluarkan hampir semua duit daripada akaun ASB. Alhamdulillah, dalam masa tiga bulan saya dapat pulangan duit modal kembali”, dedah Shiha yang enggan berhutang.

Pelbagai kejayaan dicapai Shiha saban tahun baik dalam kerjaya seni mahupun keusahawanan. Namun masih ada yang meragui kejayaanya itu sehingga boleh memiliki barangan berjenama seperti handbag dan kereta mewah. Sampai ada yang membuat andaian kehidupannya ‘ditaja’ atau ‘dibela’ seseorang.

Shiha bersama selebriti Indonesia, Rossa

“Perkara seperti ini tidak seharusnya ada dalam pemikiran mereka. Mereka tak tahu macam mana saya struggle untuk berada di tahap ini. Untuk memiliki handbag

berjenama idaman, saya akan mengumpul duit sedikit demi sedikit. Saya pernah hidup susah dan saya tahu betapa peritnya untuk mengumpul duit,” jelas Shiha yang setia ditemani ibunya di sisi sepanjang temu bual.

Siapa sangka, wanita bertubuh kecil molek ini sebenarnya mempunyai bakat besar dan berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan akhir D’Academy Asia 2015 di Jakarta, Indonesia dan menjadi satu-satunya wakil Malaysia di peringkat akhir itu.

Susulan kejayaan itu di Indonesia, Shiha sendiri mengakui mempunyai peminat fanatik di sana dan merasakan bakatnya lebih dihargai. Shiha memulakan karier seninya sejak tahun 2010.

IKLAN
Share