Ibu kepada selebriti dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini hari ini berangkat ke tanah suci Makkah bagi mengerjakan ibadah Umrah bersama anak perempuannya Ameera Khan. Menerusi hantarannya di Instagram, Datin Kartini memohon maaf seandainya mempunyai ada salah dan silap selain mendoakan agar ibadah Umrahnya kali ini dipermudahkan.
Turut menarik perhatian adalah kelibat adik Neelofa, Ameera Khan yang turut dirakam gambarnya bersama ibunya, namun masih tidak mendedahkan wajah terkininya, membuatkan ramai warga maya menitipkan rasa rindu melihat wajah Ameera yang sebelum ini cukup aktif di media sosial.
Terdahulu, warga maya membuat pelbagai spekulasi susulan Ameera yang memilih untuk memadam semua foto seterusnya bertindak menghilangkan diri seterusnya menyahaktif akuan Instagramnya sehingga kini.
Ads
Neelofa menerusi satu sidang media baru-baru ini menjelaskan yang adiknya itu berada dalam keadaan baik dan memohon ruang masa untuk diri sendiri.
Di ruangan komen ramai warga maya mendoakan urusan anak beranak ini dipermudahkan dan ramai menitipkan kerinduan melihat wajah Ameera. Ada juga netizen yang sempat bergurau dengan berkata Ameera adalah ‘Bilal Versi Dewasa’ memandangkan Ameera seperti kakaknya yang bertindak “menyembunyikan” wajah anaknya buat seketika.
Ads
Walauapapun, kami di NONA mendoakan agar urusan Umrah mereka dipermudahkan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kekuatan seorang wanita sememangnya luar biasa. Dalam keadaan sukar macam mana sekalipun mereka mampu mengawal situasi dengan baik dan pastinya dengan ‘bantuan’ Dia Yang Satu! Benarlah, Allah menciptakan wanita dengan cukup istimewa. Luaran sahaja nampak lembut tapi dalaman mereka tersimpan seribu satu rahsia.
Melihat ketabahan Dayah Bakar mengharungi saat kelahiran tanpa ketiadaan suami di sisi membuktikan betapa kuatnya insan bergelar ibu ini. Nona percaya ramai wanita rasa kagum dengan semangat Dayah.
Detik 2.23 petang tanggal 17 Ogos lepas, cahaya mata sulung yang paling dinanti-nantikan Dayah dan suami tercinta selamat lahir ke dunia. Namun, momen kelahiran bayi lelaki comel tersebut tidak dapat disaksikan suami Dayah yang juga pegawai tentera berpangkat kapten iaitu Muhammad Hanif Hamidi kerana bertugas di Australia dan tidak dapat pulang ke tanah air kerana wabak Covid-19.
Pun begitu, kedua-dua pasangan romantis ini saling memahami dan kerap berinteraksi di antara satu sama lain. Dayah atau nama sebenarnya Nurhidayah Abu Bakar selamat melahirkan anak sulung secara pembedahan dan ditemani ahli keluarga tersayang.
Berkongsi khabar gembira bersama peminat di Instagram, Dayah turut memuatnaik gambar jari si comel memegang erat jemarinya. “Allahuakbar alhamdulillah. Saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2.23 petang tadi. Both mommy and baby doing fine. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami. Sehingga saat ini, saya masih tak percaya that little bb is already out. Macam mimpi. Indescribable feeling, MashaAllah.”
https://www.instagram.com/p/CD93Y2PpyHl/
Genap seminggu kelahiran, Dayah mengumumkan pula nama si comel tersebut yang diberi nama Achbar Muhammad Fahri bin Muhammad Hanif. Sedap nama! Jelas Dayah, Achbar bermaksud dihormati, Muhammad pula membawa makna yang terpuji dan Fahri ialah kebanggaanku. “Nama pilihan Baba. Apa Baba suka, ibu turutkan. Tapi, nama Fahri tu memang pilihan tepat hati Ibu.”
Pada 29 Jun lepas, Dayah dan Hanif menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua. Walau tidak lagi berpeluang untuk bertemu tapi Hanif tetap mengingati tarikh keramat itu dan menghantar pemberian istimewa kepada isteri tercinta sempena meraikan ulang tahun hari bersejarah mereka. Moga Dayah terus kuat menjalani tempoh berpantang dan dapat segera dipertemukan dengan suami tercinta di samping anak tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Dato’ Alha Alfa bukan lagi asing dalam bidang kosmetik dan solekan. Bakat beliau bukan hanya menjadi buruan golongan VIP dan raja sehari malah sering meniti di bibir selebriti cantik dan popular tanah air. Mana tidaknya, ‘sentuhan’ magis Dato’ Alha dalam menata rias wajah personaliti dilihat cukup unik sekaligus mampu menaikkan seri wajah seseorang. Terbaharu, kemahiran mekap beliau sekali lagi menjadi bualan apabila berjaya menyerlahkan seri pengantin, Ayda Jebat!
Berkongsi kisah dan cabaran yang dihadapi ketika diberi kepercayaan menata rias wajah penyanyi dan pelakon terkenal itu di majlis pernikahan pada 2 Januari lepas, Dato’ Alha atau nama penuhnya Dato’ Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil ini berkata selain teruja untuk mencurahkan kreativiti solekan, beliau turut mengakui berdepan cabaran untuk memperlihatkan sisi berbeza pelantun lagu Temberang tersebut.
Ujarnya, “Oklah ramai tak puas lagi tengok look Ayda Jebat nikah hari ini. Make up ni memang dan sememangnya ditebalkan dari segi foundation, pemakaian compact powder terbaru dari Alha Alfa Cosmetics yang bakal muncul tidak lama lagi. Memang gebu!
Sejujurnya saya tak pernah make up dan buat base setebal ini pada adikku, Ayda. Bulu mata juga dibuat teknik jahit bulu mata supaya mata Ayda nampak lain bentuknya. Bulu mata 3 lapis guys. Siap bulu mata bawah tau! Haa tengok betul-betul dan yang best sekali bulu kening tu dilukis sehelai-sehelai.
Adik Ayda memang nakkan kelainan dan setiap hari tanya ‘make up look macam mana abang nak buat nanti? Adik tak nak natural macam tak make up tu! Nak over!! Adik berani bang! Abang buat je.’
So memang agak susah nak buat teknik ni. Tak pernah saya make up Ayda dari 9 pagi sampai hampir jam 12. Apa pun alhamdulillah beliau happy sangat!! Inspirasi make up ni gabungan dari Indonesia, Thailand dan Malaysia. Haah saya tak pernah se’nervous‘ ini sebab nak nampakkan perubahan pada wajah yang dah beratus kali saya make up ni. Memang amat mencabar. Sama ada cantik atau sebaliknya, tapi syukur ramai yang memuji. Alhamdulillah, thank you so much guys!!”
Wah, patutlah solekan Nur Suhada Jebat nampak cantik gebu. Rupa-rupanya, ini kisah di sebalik mekap dia! Terdahulu Dato’ Alha pernah menata rias wajah selebriti Fasha Sandha ketika majlis persandingan. Bahkan Amy Mastura juga antara selebriti yang mempercayai hasil kerja Dato’ Alha.
Selain cerita solekan Ayda Jebat yang menjadi tumpuan peminat, pemakaian tudung pengantin baru berkenaan yang kelihatan cukup kemas dan terletak cantik turut diperkatakan warga maya. Tak sangka, Ayda mengaplikasikan penggunaan semburan rambut yang digunakan selama ini untuk tudungnya agar mudah dibentuk pada hari pernikahan. Kreatif betul!
Pada November lalu, Ayda Jebat membuat satu kejutan istimewa kepada ibu tersayang, Rohana Mohamed apabila menghadiahkan sebuah rumah eksklusif buat ratu hatinya itu. “Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya bagitahu Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah,” luah Ayda Jebat tidak lama dulu.
Ayda yang juga seorang pelakon, penyanyi dan duta produk melangsungkan pertunangan bersama pengacara Nabil Mahir sekitar April 2019. Mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada tanggal 2 Januari 2021 dengan sekali lafaz. Harapan Nona, semoga rumah tangga yang dibina terus bahagia dan berkekalan hingga ke syurga. Dengar khabar, pasangan muda ini juga dah tak sabar hendak timang cahaya mata. Moga segalanya dipermudahkan dan dimakbulkan Allah SWT.
Power-couple Bollywood terkenal, Ajay Devgan dan Kajol sememangnya digilai ramai. Kajol dan Ajay yang kedua-duanya merupakan pelakon berbakat besar dan popular di India berkahwin pada 24 Februari 1999 dan hasil perkahwinan selama hampir 25 tahun itu mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Nysa Devgn dan seorang anak lelaki yang diberi nama Yug Devgn.
Kajol mula menjalinkan hubungan dengan Ajay sewaktu pengambaran filem Gundaraj pada tahun 1994. Selepas berkahwin kedua-duanya dilihat tetap setia menjalani kehidupan berumahtangga dan saling menyokong kerjaya masing-masing.
Apatah lagi ramai pasangan selebriti yang memandang tinggi dan menjadikan mereka berdua idola dalam perkahwinan. Seperti Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri, Kajol dan Ajay juga dilihat cukup serasi malah jarang sekali gosip bertebaran melibatkan rumahtangga mereka.
Namun selepas hampir 25 tahun bersama, Ajay Devgan akhirnya terbuka berkongsi, mendedahkan salah satu sikap Kajol yang paling kurang digemarinya.
Ajay baru-baru ini menceritakan yang Kajol adalah seorang wanita yang terlalu banyak bercakap, tak ubah seperti mulut murai. Kata Ajay lagi, ketika di set penggambaran pun Kajol terlalu banyak bercakap sehingga kadangkala menyebabkan dia hilang tumpuan pada kerja.
Disebabkan Kajol terlalu banyak bercakap, apabila Kajol diminta memberi fokus dia pula dilihat sibuk dengan aktiviti lain. Kerana itu, Ajay tidak suka Kajol terlalu banyak bercakap. Malah Ajay sendiri sering mengingatkan Kajol supaya mengubah tabiat tersebut.
Namun apabila Kajol banyak berdiam diri, Ajay pula akan merasa sunyi dan susah hati, tertanya-tanya kenapa Kajol tidak seperti selalu. Apabila ini berlaku, dia akan bertanya kepada Kajol apa yang terjadi. Adakah Kajol tidak sihat atau ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
“Oleh itu saya biarkan saja keadaan semula jadi isteri saya. Saya tidak berhasrat untuk memaksa atau meminta dia menukar sifat dirinya,” kata Ajay.