Salah satu masalah kulit yang paling kerap dialami wanita tapi paling kurang diberi perhatian adalah masalah tumit kaki merekah. Sebenarnya ia kerap berlaku kerana kebiasaan kita sendiri, antaranya sebab tidak memakai alas kaki dalam rumah, kaki kesejukan atau kering.
Kulit tumit yang kering dan pecah-pecah bukan sahaja tidak cantik dipandang, malah membuatkan kita rasa tidak selesa. Dahlah keras, kadang-kadang sakit pun ada kalau dibiarkan.
Nah, sudah masanya untuk beri tumpuan pada kulit tumit sepertimana anda membelai kulit wajah. Ayuh semak 8 kebiasaan harian ini yang mungkin pemicu masalah tumit merekah.
#1. Kehamilan
Bukan salah kehamilan, tapi mungkin pertambahan berat badan ketika fasa ini membuatkan tekanan pada kaki bertambah. Ibu hamil sepatutnya tidak berdiri terlalu lama bagi menjaga kesihatan, selain menjaga kulit tumit agar tidak pecah-pecah.
#2. Makanan kurang berkhasiat
Selain memberi impak negatif pada kesihatan, mengambil makanan yang kurang berzat atau kurang nutrisi seperti kalsium, zat besi, vitamin E dan Omega-3 boleh menjadi punca tumit pecah dan merekah. Jadi amalkan pemakanan seimbang.
#3. Memakai kasut yang salah
Memakai kasut yang tidak sesuai bukan hanya menjejaskan keselesaan dan kulit tumit, malah postur tubuh anda. Beberapa jenis kasut seperti sandal terbuka dan kasut tinggi amat tidak digalakkan untuk mereka yang telah mengalami masalah ini.
Ads
#4. Berdiri terlalu lama
Menurut The Health Site, berdiri terlalu lama akan meningkatkan risiko tumit pecah meskipun anda memakai kasut. Ini disebabkan tekanan di bahagian bawah badan yang memicu keretakan tumit.
#5. Masalah kesihatan
Apabila tubuh berpenyakit, kesihatan kulit pun akan terjejas. Antara masalah kesihatan yang mendorong tumit pecah adalah diabetes, radang sendi, psoriasis dan obesiti. Maka, rawat kesihatan agar kulit anda kembali sihat semula.
Ads
#6. Peningkatan usia
Seiring bertambahnya usia, kulit tumit orang dewasa juga dengan mudah mengalami keretakan. Oleh itu, tak hairanlah tumit kaki pecah lebih kerap dialami oleh golongan berusia. Postur tubuh yang salah juga boleh menjadi penyebab keretakan tumit kaki. Postur bongkok akan memberi tekanan berlebihan di bahagian bawah tubuh.
#7. Berkaki ayam
Kebiasaan berkaki ayam di dalam rumah boleh memburukkan keadaan tumit kaki. Ini kerana tumit rentan memijak lantai jubin, terkena debu atau air yang boleh menyebabkan kesihatan kulit kaki bertambah buruk.
Ads
#8. Bahan kimia
Kaki yang terdedah terlalu lama dalam air, sabun mahupun detergen akan menghilangkan lembapan semula jadi kulit. Bahan kimia yang terdapat dalam produk ini akan mengeringkan kulit, sekaligus menyebabkan tumit merekah.
CARA MENGATASI
1. Sapukan losen atau krim pelembap khas untuk merawat kulit tumit. Sebaiknya sapu dengan kerap setiap hari dan pakai stokin sewaktu tidur.
2. Ambil beberapa biji buah belimbing buluh dan lenyek kasar. Kemudian, gosokkan pada tumit perlahan-lahan selama beberapa minit. Amalkan selalu untuk kesan yang terbaik.
3. Rendam kaki anda dalam air suam yang dicampur dengan perahan lemon dan garam. Boleh juga gantikan garam dengan serbuk penaik.
4. Sediakan beberapa keping asam keping. Campurkan dalam sebesen air suam dan rendam kaki selama 30 minit. Lakukan setiap malam. Boleh juga lumurkan kaki dengan asam jawa dan rendamkan kaki dalam air suam untuk membilasnya.
5. Selain losen dan pelembap, anda boleh menggunakan minyak yang sesuai seperti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak badam. Penggunaan minyak ini akan meresap jauh ke dalam kulit dan sekali gus membantu meningkatkan kelembapan serta merawat rekahan.
6. Minum air secukupnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik, gorgeous dan style! Anzalna Nasir sememangnya seorang wanita yang bukan saja memiliki raut wajah sempurna bahkan mempunyai cita rasa fesyen yang sedap mata memandang. Apa saja yang tersarung di tubuhnya nampak cantik terletak!
Walaupun ketika menikmati percutian.. Anzalna bijak menentukan gaya agar tidak kelihatan keterlaluan. Pendek kata, from head to toe menarik.
Mempunyai 2.5 juta followers di Instagram, perkongsian foto percutian Anzalna ke Switzerland baru-baru ini meraih perhatian peminat. Rata-rata mereka termasuk rakan selebriti memuji gaya fesyen Anzalna semasa bercuti bersama suami tercinta, Hanif Zaki.
Dengan rambut hitam mengurai dan susuk tubuh langsing, Anzalna tidak ubah seperti supermodel. Lagaknya macam model antarabangsa yang sedang photoshoot kempen jenama mewah!
Iyalah, rugi rasanya kalau tak potretkan keindahan negara dilawati untuk kenangan. Lagipun, Switzerland memang terkenal dengan tarikan pemandangan semula jadi dan pelancongan mahal.
Jadi bila dapat peluang macam ini.. kena manfaatkan betul-betul.
Reaksi peminat AnzalnaReaksi peminat Anzalna
Sebelum tiba di Switzerland awal Oktober lalu, Anzalna juga berada di Paris untuk photoshoot mekap Loreal dan sempena menghadiri Paris Fashion Week. Seronok Anzalna.. sambil bekerja dapat bercuti.
Selain berbakat dalam fesyen, finalis Dewi Remaja 2009/2010 ini juga sebenarnya pandai melukis. Memang terpegun tengok karya seni Anzalna. Lebih bermakna, setiap hasil jualan lukisan diagihkan untuk tujuan kebajikan.
Lukisan Anzalna
Sudahlah cantik, bergaya.. berhati mulia pula tu Anzalna ni. Untung suami!
Kredit Foto: Instagram Anzalna Nasir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Panas seketika bila album SITISM jadi sasaran haters. Pantang tengok pembaharuan, cepat sungguh kritikan diberi meski sebelum album ini dilancarkan. Namun penyanyi No. 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza terus yakin melangkah, album ke-20 tersebut bukti kehebatannya selama lebih 27 tahun dalam industri!
Terpegun melihat konsep reka bentuk album ini. Memilih rona tembaga sebagai jiwa utama, Dato’ Sri Siti Nurhaliza tampil futuristik persis model AI-generated, tapi lebih cantik menawan!
Judul Sitism dipilih menerusi gabungan namanya dan imbuhan ‘-ism’ merujuk kepada istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuju album.
Apabila nama Siti dan imbuhan ‘-ism’ ini digabungkan, Sitism membentuk kata nama yang mewakili ciri-ciri tertentu yang ada di dalam album solo ke-20 beliau.
Memetik Sinar Harian, Sitism sangat bertepatan sebagai judul album kerana selama lebih 27 tahun bergiat dalam industri muzik, beliau sudah menghidupkan jenama Siti Nurhaliza dengan ciri beliau yang tersendiri.
“Album Sitism adalah diri saya yang tersendiri seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi muzik, lirik, imej serta persembahan saya.” Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Memilih tarikh 30 Jun lalu untuk melancarkan Sitism, album baharu Dato’ Sri Siti Nurhaliza itu mengandungi lapan buah lagu yang dilancarkan secara digital. Ia bakal disusuli dengan kemunculan album penuh atau deluxe album sebanyak 12 lagu di dalam format digital dan fizikal.
Fokus utamanya adalah bagi membolehkan peminat dapat mendengar lapan buah lagu terlebih dahulu sebelum penambahan empat buah lagu lagi dalam bentuk fizikal selain digital kelak.
Setelah berjaya dengan single pertama Menjaga Cintamu yang dilancarkan pada 18 Mei 2023, menerusi album ini, Siti mempertaruhkan lagu berentak rock balada ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Rozisangdewi yang berjudul Romansa Kita.
Selain Romansa Kita, antara lagu lain yang terdapat di dalam album ini ialah Menyapa Dunia (Melly Goeslaw/Melly Goeslaw), Tanpa Diri-Mu (Luca Sickta/Luca Sickta & Siti Nurhaliza), Sehebat Matahari (Aubrey Suwito/Rozisangdewi), Ganti (Mingaling & Nuha Nik/ Amir Hasan & Nuha Nik), Teratas (Tomok & Rudy Nastia/Fedtri Yahya), Menjaga Cintamu (Andi Rianto/Sekar Ayu Asmara) dan Magis (Mas Dewangga & Jova Devito/ Mas Dewangga & Jova Devito & Aden King).
Album Sitism diterbitkan oleh Universal Music dan Siti Nurhaliza Productions boleh didapati di pelantar digital.
Cantiknya, macam tak menua Preity Zinta! Genap berusia 49 tahun pada 31 Januari lepas, aktres popular Bollywood ini dikagumi peminat kerana raut wajahnya yang tak dimamah usia dan penampilan yang kekal anggun dan ramping.
Biarpun sudah bergelar ibu dan menguruskan sepasang anak kembar namun Preity komited menjaga penampilan dan amal gaya hidup sihat.
Sejak berkahwin dan berpindah ke Amerika Syarikat, aktres ini memperlahan karier seni dan memberi sepenuh tumpuan serta masa berkualiti bersama suami dan anak tersayang.
Terkenal dengan lesung pipit memikat, wajah cantik dan susuk tubuh menawan, ramai peminat Bollywood dengan pesona Preity Zinta.
Walau anak kembar yang diberi nama Gia Zinta dan Jai Zinta kian meningkat dewasa, Preity dan suami iaitu Gene Goodenough sepakat belum bersedia mendedahkan wajah mereka kepada umum.
Ketika meraikan Hari Ibu pada Mei lalu, Preity menzahirkan rasa syukur menerima kehadiran anak kecil dalam hidup mereka. Malah tumpuannya kini juga lebih terarah kepada Gia dan Jai.
Kongsinya, “I could never have imagined, being a mother would change me so much. If someone told me 3 years ago, that I would voluntarily put myself second to someone in the world, all the time, every time, I would have laughed and dismissed it!
Guess what! I was so wrong. Now, the kids always come first. Not because I have to, but because I want to. How silly and immature of me to have thought otherwise. It doesn’t matter how tired I am, how busy I am or how hungry I am, the kids always come first.”
Menurut laporan The Economic Times, Preity dan Gene membuat pengumuman mengenai bayi kembar perempuan dan lelaki mereka di Instagram pada 18 November 2021. Difahamkan bayi berkenaan dilahirkan melalui ‘ibu tumpang’.
Pasangan ini menyambut ulang tahun perkahwinan ke-8 pada Mac lalu.
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.