Jamu Selera Sambil ‘Cuci Mata’ Lihat Keindahan Alam. DÔME KLCC On-The-Park Kini Berwajah Baharu

DOME KLCC On-The-Park salah satu kafe paling terkenal di Malaysia kini kembali membuka ‘pintunya’ dengan penampilan serta suasana baharu.

Menjadi satu ikonik budaya kopi, tahun ini DOME Café meraikan ulangtahun yang ke-26 dengan menampilkan persekitaran lebih segar dan ruang lebih luas di Suria KLCC. Lokasinya juga menarik iaitu berhadapan air pancur dan taman KLCC yang cukup indah.

Berkeluasan 4.212 kaki persegi, kafe ini terletak di sudut lokasi utama. Pengunjung diberi pilihan untuk menikmati hidangan di dalam mahupun luar kafe.

Ruang makan di bahagian luar memberikan pemandangan air pancur yang menyegarkan selain taman yang indah serta lanskap kota Kuala Lumpur yang menarik.

Selain itu, tingkap kaca dan konsep kafe yang terbuka membolehkan para pengunjung yang berada di dalam kafe menikmati sinaran matahari semula jadi di samping tanaman hijau yang merimbun.

Suasana dalam ‘mood’ al fresco seluruh ruang mengingatkan pada makanan kafe di jalanan. Ini menjadikan DOME Café KLCC On-The-Park sebagai pilihan utama pengembara serta mereka yang tercari-cari destinasi makanan dalam kota dengan pemandangan paling menakjubkan, di kala siang mahupun malam.

IKLAN
Share