“Jangan Hafal Sampul Ni Siapa Punya, Nilai Ni Siapa Bagi…” FYNN JAMAL Ajak Mak Ayah Ikut Konsep Ini!

Alahai, sebut sahaja tentang duit raya rasa serba-salah dibuatnya. Iyalah, bagi sedikit pun salah… kalau tidak bagi, apatah lagi. Sudahnya niat untuk bersedekah ikut kemampuan pun jadi terpesong sebab timbul rasa tidak ikhlas hanya kerana risau jumlah yang diberi tidak seperti yang diharapkan si penerima. Sekaligus jadi bahan kutukan. Macam yang viral di Internet baru-baru ini… sampai upload di media sosial pula tu.

Terpanggil untuk membuang stigma negatif terhadap pemberian duit raya khususnya dalam kalangan kanak-kanak, selebriti Fynn Jamal menitipkan pesanan ini kepada para ibu bapa. Harapannya agar ia dapat dipraktikkan sepanjang Aidilfitri ini dalam masa sama mendidik anak dan peribadi mak ayah itu sendiri supaya terhindar daripada budaya meminta-minta.

Fynn Jamal di samping keluarga

Berikut perkongsian Fynn Jamal di IG miliknya baru-baru ini.

1) Duit raya bukan investment. Anak dapat duit raya – tengok. “Oh, mak tam bagi rm20 ye. Ok. Kita bagi balik anak mak tam rm20 juga (atau lebih)”

2) Duit raya bukan nilai kasih sayang. Anak dapat duit raya – tengok. “Wah, along dapat rm50 la. Terima kasih mak andak. Salam mak andak, long. Cakap apa? Ok, salam pak usu pulak. Wah, rm10? Alhamdulillah… ok salam. Cakap terima kasih.”

Persamaan dua-dua situasi ini adalah, mak pak, anak yang menerima tu akan tengok. So, ini adalah teguran untuk SEMUA mak bapak dalam dunia industri duit raya ni. JANGAN TENGOK. Even sampul pun jangan tengok. Dalamnya apatah lagi.

Orang hulur pada anak, cakap terima kasih, terus masuk beg. TERUS. Jangan hafal sampul ni siapa punya, nilai ni siapa bagi. Orang dah bagi. Dah. Dia tak mintak balasan. Itu dia mampu. Dah. Terima je apa pun dalam tu.

Kita tak tau overhead orang lepas raya weh. Paham tak. Ada orang kereta mewah – rumah kena lelong. Tau tak baru pindah rumah ke, bisnes tengah sulit ke. JANGAN AMBIK TAU. Apa dia bagi – kalau pun kosong sampul tu, ambil je jangan berbunyi.

Ajar anak-anak kita yang duit raya bukanlah sejenis duit gaji dia. Dapat, jangan tengok – terus masuk beg, balik rumah nanti, terus keluarkan, lambak, susun, kira dah takda ambil tau siapa bagi berapa.

Berapa kita bagi sebagai balasan adalah kemampuan kita. Takda benda nak malu la kalau kita bagi lagi sikit dari dia.

Gambar hiasan – Lana Nodin dengan anaknya, Gia (kredit IG Lana Nodin)

Setuju dengan pandangan Fynn Jamal. Kepada si pemberi, tidak perlu berlumba-lumba pamer kekayaan bila bagi duit raya walaupun sebenarnya di luar kemampuan diri. Kepada si penerima pula, berlapang dadalah terima apa juga nilai pemberian. Sekurang-kurangnya si pemberi masih ingat kepada kita. Itu lebih bermakna!

Sentiasalah ingat… Aidilfitri adalah masa untuk mengeratkan silaturahim. Jangan sebab ‘duit raya’ kita bermasam muka dengan sanak saudara, jiran atau ahli keluarga.

 

Kredit: Instagram Fynn Jamal

IKLAN
Share