Gaya Hidup

“Jangan Melatah Tengok KEKAYAAN ORANG, Tak Semuanya Sombong & Hidung Tinggi!” Kiffy Razak

Kegemarannya kini menghirup coffee latte di pelbagai buah negara. Duduk di sebuah coffee shop yang chic dan feminin! Menikmati keharmonian hasrat yang sentiasa mewarnai gerak hidupnya. Itu pun setelah puas berbelanja memiliki pelbagai jenis high heels Christian Louboutin, tas tangan Chanel dan Birkin Hermes.

Cukup melepas penat dengan segelas kopi, sambung kembali kembara shopping in style di kota Paris. Mencapai gaun malam Celine dan Dolce & Gabbana, seutas jam tangan Chopard dan outstanding ring. Selama seminggu di sana, itulah aktiviti keghairahan Maria setiap hari.

Sesuai dengan kata Coco Chanel, “There are people who have money and people who are rich.” Jadi shopping dan berbelanjalah, asalkan anda mempunyai kemampuan, cita rasa fabulous dan classy. Tersenyum puas Maria setelah memiliki apa yang diinginkan.

Pulang ke Malaysia, sendat dan padat almari baju dengan ratusan kasut dan beg tangan. Makan hati siapa yang melihat! Saya sendiri terbeliak mata melihatnya… Ingatkah Maria dengan setiap koleksi yang dimiliki?

Sempatkan ingin menyarung  kesemuanya? Kalau dikira ke semuanya berapa agaknya jumlah harga yang telah dibelanja?

Wah, hebat! Tetapi keperibadian Maria masih kekal seperti yang saya kenali dulu. Jauh sekali menjadi sombong dan bongkak, hidung tinggi bukan dirinya.

Membeli branded item baginya bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi satu kepuasan setelah penat bekerja keras. Tambahan fesyen menjadi kegilaannya sejak dari muda. Dahulu tidak mampu tetapi sekarang alhamdulillah rezeki bertambah, baru kenal erti senang.

Ya! Maria sememangnya seorang yang bekerja keras. Dia bukannya dilahirkan di dalam dulang emas tetapi usahanya membuahkan hasil, kurniaan rezeki menyebelahinya. Terasa aman saya dengannya biarpun kadang-kadang saya rasa janggal seperti langit dan bumi.

Namun, Maria sentiasa menyenangkan diri untuk bersama saya. Tidak sekali beliau berkawan dengan wajah ‘superficial’. Sentiasa merendah diri walaupun terdedah dengan sebuah kehidupan yang indah, tidak lalai dan riak jadinya. Saya bangga mempunyai kawan yang kaya dan cukup disenangi!

Jangan Menilai

Ramai yang kaya raya dan terkenal sebenarnya. Persoalannya,  adakah mereka mudah disenangi? Tidak bermegah-megah? Humble dan tak grumble? Emmm… Mudah sahaja, belum kenal belum tahu. Don’t judge a book by its cover!

Mungkin ada segelintir yang berperwatakan begitu dan selainnya yang berjaya dan ternama masih lagi hidup sederhana dan merendah diri. Kita yang berada di golongan sederhana ini juga perlu memahami, senario suasana mereka. Sentiasa dikelilingi dengan aura glam, korporat dan sebagainya. Bermakna tuntutan hidup di kelas atasan adalah tinggi. Dan mereka mampu untuk menikmatinya.

Jangan mudah melatah melihat kekayaan orang lain, lantas membuat kesimpulan orang-orang kaya dan terkenal ini mesti sombong, boros dan hidung tinggi. Kita sendiri perlu bersyukur dengan segala apa yang ada. Jika ingin menjadi seperti mereka, jawapannya mudah… Perlu berusaha dan bekerja keras.

Bermakna anda perlu bekerja 100 kali ganda dari biasa. Lainlah kiranya jika kita dilahirkan sebagai anak jutawan! Kalau anak jutawan sekalipun, jika tidak bekerja, lama-kelamaan bukit yang tinggi pun akan menjadi tanah rata.

Dan apabila menjadi kaya dan ternama, biarlah keperibadian diri disenangi oleh semua masyarakat. Barulah aman damai dan tenang dalam menikmati kehidupan.

Saya sendiri pada awalnya berfikiran negatif sewaktu ingin berhadapan dengan Datuk Shah Rukh Khan kerana khuatir bintang antarabangsa ini akan sombong dan banyak kerenah. Tetapi setelah mendampinginya biarpun untuk seketika, beliau cukup disenangi. Hilang rasa kepenatan seharian menanti untuk bertemunya.

Kaya atau ternama, semuanya terletak kepada niat dan keikhlasan di hati. Keperibadian diri adalah berlian paling berharga, bukan sahaja di mata masyarakat tetapi kepada yang Esa.

Selesakan diri anda dalam setiap ruang kehidupan dan tampilkan sisi terbaik anda. Seperti yang dikatakan penulis Amerika, Ralph Waldo Emerson (1803-1882). “Make the most of yourself, for that is all there is of you”. KR

IKLAN
Share