Sabarnya Hanis Zalikha layan karenah Yusuf Iskandar waktu shooting muka depan Nona pertengahan bulan lalu. Setiap kali anak kecil ini merengek manja minta dibelai, ibu muda berusia 28 tahun ini segera mendapatkan putera kesayangan. Ada ketika, dia menurut saja kemahuan Yusuf kerana enggan mengganggu emosi anak ini memandangkan sesi fotografi masih belum selesai.
Hampir seharian bersama Hanis, tidak pernah sekali pun isteri kepada Hairul Azreen ini menunjukkan reaksi marah terhadap kelakuan lasak Yusuf. Jauh sekali mahu meninggi suara. Walau jelas kelihatan riak letih di wajah, Hanis tetap melayan anak sulungnya itu dengan matang dan diplomatik meskipun Yusuf baru mencecah usia dua tahun. Sebagai selebriti yang cukup dikenali dan memiliki jutaan pengikut di laman media sosial, apa saja yang dilakukan Hanis dan Hairul pasti menjadi ikutan. Termasuklah soal didikan anak.
Apabila diminta berkongsi nasihat yang diberikan ibu bapanya sebaik saja dia bergelar ibu kepada Yusuf, ini jawapan jujur Hanis. “Nasihat yang paling berguna sekali dari ibu bapa kepada ibu bapa yang lain adalah cara kita didik anak kita dengan terbaik yang kita rasa baik untuk mereka. Kita saja yang tahu lebih rapat (tentang anak) dan apa yang terbaik untuk mendidik anak masing-masing. Bila orang bagi input yang banyak, benda sesuai ke tak sesuai, ikut saja keselesaan kita dan suami iaitu ayah kepada anak kita sendiri. Jadi, kena tahu apa yang terbaik. Jangan pening-pening kalau orang itu cakap macam ni, orang ni cakap macam tu. Kita sendiri kena pilih yang terbaik.”
Menjadikan Victoria Beckham sebagai wanita yang dikagumi, Hanis cukup suka dengan falsafah yang dipegang oleh penyanyi popular daripada kumpulan Spice Girls itu. “Saya cukup mengagumi Victoria Beckham kerana dia tahu apa yang dilakukannya di dalam bidang perniagaan. Semua orang boleh berniaga tetapi berniaga yang paling puas adalah apabila kita tahu yang kita menawarkan barangan dan juga produk yang kekal benar dengan diri. Sebagai contoh, Victoria Beckham tidak menghasilkan baju-baju yang dia sendiri tidak pakai.
Ads
Begitu juga dengan saya, baik daripada perniagaan makanan tambahan kecantikan Tojour Advanced ke kosmetik Shade Dough sehinggalah selendang Cakenis, setiap satu jenama ini merupakan item yang saya gunakan selalu. Jadi saya sendiri berpuas hati dan tahu sesiapa sahaja yang membeli akan merasakan perkara yang sama. Selain itu, saya juga mengagumi cara Victoria membesarkan anak-anaknya dengan kehidupan yang normal.
Ads
Walaupun dia sangat busy tapi sentiasa nampak cantik dan kemas. Itu yang saya jadikan inspirasi sebab kadang-kadang bila dah jadi mak, kita mula fikir ‘Ah.. tak apalah, tak perlu pakai macam ni, keluar rumah biasa-biasa saja. Yang penting anak.’ Sebenarnya kita pun kena nampak cantik dan yakin, ” ujar wanita anggun ini yang telah dua tahun bergelar duta kepada busana lebaran Jakel bersama keluarga tercinta.
Mengakui jadual seninya agak sibuk tahun ini dengan pelantikan duta produk Anmum Essential dan program realiti My Little Heroes yang menampilkan Yusuf dan kucing peliharaannya, Bujibu, tegas Hanis walau sesibuk mana pun dia akan tetap fokus menjaga Yusuf dengan sebaik mungkin.
Ads
Melihat Hanis dan suami mendidik anaknya agar sayang dengan haiwan menjauhkan stigma bahawa kanak-kanak tidak patut didedahkan dengan kucing ketika kecil nyata mendapat perhatian ramai pihak. “Memang ramai cakap sewaktu saya mengandung dulu lagi yang kucing tidak bagus untuk bayi. Namun saya tidak mengambil pusing apa orang cakap, sebaliknya kadang-kadang Bujibu tidur sekali dengan saya yang sedang mengandungkan Yusuf ketika itu. Bagi saya kasih sayang kepada haiwan adalah satu cara terapi diri yang baik.
Kalau nak tahu sejak Yusuf dilahirkan saya sudah memperkenalkan dia kepada Bujibu. Alhamdulillah tiada masalah yang memudaratkan kesihatan Yusuf seperti asma ataupun alergik. Bujibu menjadi penghibur utama Yusuf yang senang ketawa. Bayangkan tengok Bijibu gerakkan ekor pun dia boleh ketawa.”
Ditanya apakah harapan Hanis dan suami apabila Yusuf meningkat dewasa kelak, “Saya dan Hairul selalu cakap apa-apa pun kami hendak Yusuf membesar jadi orang baik. Itu paling penting. Kalau dia bijak itu alhamdulillah, berbakat juga alhamdulillah. Semua itu pemberian Allah tapi yang utama sekali kami mahu didik dia jadi orang yang baik.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pasti mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap hidup. Apatah lagi apabila mendapat khabar gembira itu setelah beberapa lama melafazkan akad dan nikah.
Pasangan doktor sama cantik dan sama padan ini, Dr Say dan Dr Azura begitu gembira dan berkongsi dengan seluruh pengikutnya di laman Instagram saat disahkan hamil beberapa bulan lalu.
Namun, sebagai manusia biasa, pasangan doktor ini juga tidak terlepas dengan ujian. Dr Say atau nama sebenarnya Dr Shazril Shaharuddin telah berkongsi di laman Instagramnya apabila isteri tercinta mengalami pendarahan ketika mengandung.
Kongsi Dr Say, “Bini kena tahan ward 3 hari. Pakar cakap kemungkinan uri lekang sikit (mild abruptio placentae) tapi mereka yakinkan yang its nothing serious sebab tumbesaran baby tak terganggu dan bila scan tiada darah beku di belakang uri (no retroplacental clot).
Bini dibenarkan pulang masih dengan final diagnosis of indeterminate APH. Pakar menasihati supaya banyakkan bed rest dan sekiranya masih ada sikit-sikit pendarahan its normal. Hati kami sedikit tenang memikirkan yang its nothing too serious,” kongsinya.
Pasangan ini mendapatkan pendapat kedua pula, “Tiba masa untuk our regular ANC dengan our regular Pakar Sakit Puan. Kami cerita balik episod pendarahan bini dan terus dia bising awat tak inform dia. Lepas kena schooling by dia, first thing yang dibuat was scan dari bawah (transvaginal ultrasound) and incidentally dia found out yang pangkal rahim bini sedikit pendek yakni 3cm (normal 4 – 5cm).
Dia tambah lagi, kalau pangkal rahim memendek bawah 2.5cm ada 20% kemungkinan kelahiran pra matang akan berlaku. Bini baru 28 minggu pregnant dan pangkal rahim tinggai 0.5cm ja sebelum 20% kemungkinan kelahiran pra matang berlaku. Terduduk kami dibuatnya. Kami bagai jatuh ditimpa tangga.
Maka pangkal rahim nak kena ikat (cervical cerclage) ka? Jawabnya tak, hanya perlu masukkan ubat hormon dari bawah (transvaginally) sehingga 36 minggu untuk mengelakkan pangkal rahim daripada terus memendek. Untuk tahu sama ada pangkal rahim bini saya memendek atau tak is next appointment on 9 March.
Sekarang baru kami tau kenapa keguguran semasa second trimester atau kelahiran pra matang berlaku. One of it is how competent your pangkal rahim is.Tansvaginal ultrasound is not routinely done maka mungkin terlepas ukuran pangkal rahim ni.
Kami akur yang segala kejadian ada hikmahnya. Sekiranya bini tiada pendarahan kemungkinan kami takkan tahu pasal status pangkal rahimnya. Alhamdulillah kami managed to catch it before things got even worse. Kejadian ni juga menjadikan bini lebih berwaspada yang mana dia tidak lagi buat kerja berat dan tidak lagi jalan laju,” ujarnya.
Nasihat Dr Say, “Do take bleeding in pregnancy seriously. Jangan anggap pendarahan sikit-sikit tu normal until unless your doctor says so. Doakan yang baik-baik untuk Say Jr saya,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orangnya bukan sekadar cantik tetapi juga bijak dan berpendidikan tinggi. Kejayaan Yang Mulia Tengku Ameera Asya iaitu puteri kesayangan Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dan Yang Amat Berbahagia Cik Puan Muda Pahang ini menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta baru-baru ini meraih perhatian khalayak.
Keperibadian YM Tengku Ameera Asya yang mesra membuatkan anak kerabat diraja Pahang ini disenangi ramai.
Tidak lokek senyuman dan rajin melayan peminat, perkembangan baharu puteri ini turut dikongsikan peminat Tengku Ameera di platform media sosial.
Rata-rata mereka bukan hanya terpikat dengan aura puteri diraja tersebut, malah mengagumi sikap rendah diri Tengku Ameera Asya.
Hujung Jun lepas, Tengku Ameera menghadiri majlis konvokesyen Taylor’s 2024 di Lakeside Campus, Petaling Jaya. Berkongsi momen indah itu di media sosial miliknya, Tengku Ameera Asya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dan Pemasaran.
Lebih istimewa, beliau meraih ijazah kelas pertama!
“I am beyond elated to share that I’ve graduated with First Class Honours in Bachelors of Mass Communication (Honours) Public Relations and Marketing from Taylor’s University!
I’m grateful beyond words to have this achievement and it wouldn’t have been possible without the unwavering support of my family, lecturers, and loved ones.”
Turut hadir meraikan majlis konvokesyen Tengku Ameera ialah ayahanda dan bonda tersayang.
Terdahulu, Tengku Ameera turut mendapat pendidikan di The British International School of Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Tengku Ameera juga merupakan eksekutif media sosial SORAH Entreprise iaitu sebuah jenama yang diusahakan Sophia Nina dan Asyarah Baharim yang turut berperanan membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan.
YAM Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj dan Yang Amat Berbahagia Cik Puan Muda Pahang mendirikan rumah tangga pada Julai 2002.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu YM Tengku Ameera Asya, YM Tengku Eddie Akasya, YM Tengku Ahmad Firhan Shah dan YM Tengku Armaan Alam Shah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.