Bermula 6 Februari 2022, Malaysia kembali mencatatkan jumlah kes positif melebihi 10,000 kes. Negara kini sedang mengalami gelombang jangkitan varian Omicron menyebabkan peningkatan kes baharu mendadak di seluruh negara dan rantau Asia Tenggara.
Dengan adanya liputan imunisasi yang tinggi, walaupun berlaku peningkatan kes Covid-19, namun, kemasukan ke hospital dan kematian adalah masih rendah dan terkawal.
“Di sebalik semangat kita untuk kembali menjalani kehidupan norma baharu, menggerakkan ekonomi, merancakkan bisnes dan giat menembusi pasaran luar, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia supaya mengamalkan TRIIS.” Tan Sri Dr Noor Hisham
Ads
Amalan TRIIS atau singkatan TEST, REPORT, ISOLATE, INFORM dan SEEK merupakan senjata ampuh untuk kita beralih ke fasa endemik.
“TRIIS membawa maksud TEST iaitu melakukan ujian pengesanan COVID-19 jika mengalami simptom. REPORT iaitu melaporkan keputusan ujian di aplikasi MySejahtera. ISOLATE iaitu kuarantin kendiri jika positif.
INFORM dengan memaklumkan kepada kontak rapat jika positif dan pihak berwajib jika kesihatan merosot. Serta akhir sekali SEEK, iaitu mendapatkan rawatan jika mengalami gejala berat.”
Ads
SESAK
Berbanding dulu, kini dilaporkan semakin ramai yang dijangkiti Covid-19. Menyedari peningkatan kes di kalangan masyarakat kian menjadi-jadi, Tan Sri Dr Noor Hisham turut berpesan agar mematuhi SOP walau dimana sahaja.
Ads
“KKM ingin menasihati orang ramai supaya terus mematuhi saranan serta nasihat kesihatan yang sering ditekankan seperti elakkan 3S (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W (Amalkan Wash, Wear, and Warn); sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala, jalani segera ujian saringan Covid-19.”
Beliau berkata, maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW (klik) yang mana data akan dikemaskini pada jam 12 tengah malam setiap hari.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah bertahun prosiding mahkamah berlangsung mengenai kemelut di antara pelawak, Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali akhirnya keputusan mahkamah berpihak kepada balu Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.
Menerusi perkongsian Hidayah di media sosial miliknya, ibu kepada Syed Uthman Hamzah Al-Juffery ini meluahkan rasa syukur dengan keputusan tersebut dan berharap kehidupannya bersama anak tersayang akan lebih baik selepas ini.
Dedah Hidayah, “Alhamdulillah syukur pada Allah, keputusan rayuan mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada Hidayah. Semoga pihak di sana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang telah ditetapkan.
Semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini. Aamin.. Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah dan Hamzah.”
Hidayah turut memuat naik gambar dirinya lengkap berbaju kurung ungu di hadapan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Sebelum ini, mahkamah menolak rayuan Ali Puteh untuk mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen kira-kira 10 bulan lalu yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM60,000 kepada Siti Nor Hidayah kerana memfitnah wanita itu dalam Instagram dua tahun lepas.
Pada 18 Februari tahun lalu, Hakim Zulqarnain Hassan membenarkan tuntutan saman Siti Nor Hidayah terhadap Ali Puteh serta membenarkan permohonannya mendapat perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya.
Zulqarnain berpuas hati Siti Nor Hidayah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Ali Puteh dan berpendapat, hantaran Ali Puteh dalam Instagram itu sangat menjatuhkan maruah dan mengaibkan kakak iparnya.
Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga tersebut tercetus selepas kematian Abam Bocey pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat julung kalinya, RichWorks bekerjasama dengan selebriti terunggul tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil bagi program Pesona Leadership yang berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober 2022 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor.
Menurut pengasasnya, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, program ini diadakan bagi membentuk asas kepimpinan yang kuat dalam jati diri seorang usahawan. “Ada tiga tunjang utama yang perlu dikuasai oleh seseorang ketua iaitu kejelasan, komunikasi dan keyakinan. Jika gagal menguasai semua ini, bagaimana hendak menghadapi cabaran 2023 nanti? Bagaimana nak bawa bisnes ke tahap lebih tinggi?
“Menurut kajian, 80% pekerja akan terus setia dengan syarikat apabila mereka percaya dengan kepimpinan orang atasan.
‘Kita boleh ambil pengajaran daripada negara lain. Kejatuhan sesebuah negara itu berlaku apabila rakyat hilang kepercayaan pada pemimpinnya. “Namun, situasinya boleh pulih dengan cepat bila mereka taruhkan kepercayaan pada pemimpin tersebut. Begitulah juga keadaannya dalam organisasi dan juga syarikat,” jelasnya.
Menerusi program ini, Pak Nil akan membimbing ratusan usahawan dalam soal membina ‘Leaders’ yang terdiri daripada Pengasas Bisnes dan Founders dan juga pekerja mereka, ‘Key Leaders’ dari segi aspek kepimpinan dalam komunikasi yang merangkumi beberapa segi iaitu isi kandungan, ekspresi wajah, penceritaan, tona dan banyak lagi skil komunikasi penting.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, RichWorks sangat teruja kerana dapat berkolaborasi bersama Pak Nil yang merupakan seorang selebriti ikon pengacaraan dalam industri media dan hiburan tanah air.
“Kami sangat teruja apabila beliau mahu berkongsikan 30 tahun ilmu pengetahuannya dalam bidang komunikasi bersama orang ramai melalui RichWorks.
“Sudah tentu kami sangat berbesar hati apabila beliau sudi bekerjasama dengan kami memandangkan beliau merupakan seorang selebriti ikonik tanah air,” katanya. RichWorks yang diasaskan Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak 15 tahun yang lalu telah melatih dan membimbing ratusan ribu usahawan yang terdiri daripada pelbagai industri di negara ini termasuk negara jiran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntungnya suami kepada Shila Amzah, Haris Idraki Elias! Walaupun berada jauh beribu batu di kota London tapi masih dapat nikmati juadah masakan Melayu hampir setiap hari. Lagi-lagi dimasak sendiri oleh isteri tercinta. Mesti lebih sedap dan rasa bahagia. Mahu berkali-kali tambah nasi!
Sebenarnya memasak bukanlah satu perkara yang susah bagi penyanyi bersuara lunak ini. Kata Shila, dia sudah mula masuk ke dapur dan belajar memasak ketika berumur 10 tahun lagi. Jadi lepas berkahwin dan ada tanggungjawab ‘jaga perut’ suami, Shila cuba untuk melaksanakan tugas itu sebaik mungkin dengan bantuan ibu tersayang.
Meskipun hanya mampu belajar dan kongsi resipi melalui Whatsapp dengan ibunya, anak sulung daripada empat beradik ini sanggup belajar bermacam-macam jenis masakan lain. Memang terserlah usaha gigih Shila untuk membahagiakan Haris.
Memandangkan sedang berada di bulan Ramadan, kebanyakan menu iftar disediakan Shila di rumah. Antara menu yang dimasak Shila seperti Nasi Tomato, Ayam Tandoori, Sate, Nasi Ayam, Begedil, dan Kurma Daging.
Disebabkan terbiasa dengan lauk Melayu, Shila sanggup berbelanja hampir RM320 semata-mata untuk membeli produk makanan Malaysia dan ramuan tradisi yang agak susah didapati di London.
“60 pound untuk semua ni. Yang penting dapat cari daun kari dan tempe. Yang lain-lain tu additional je. Rasa macam heaven pergi kedai Wingyip area Wembley tu. Walaupun jauh namun ku sanggup.
Diam tak diam Sha habiskan masa 2 jam beli benda ni je, simply sebab mesmerised tengok banyak barang Asian,” kongsi Shila di laman Instagramnya baru-baru ini.
Shila dah Haris selamat bergelar suami isteri pada tanggal 19 April lepas dan memutuskan untuk tinggal bersama suami di London.
Sumber : Instagram Shahila Amzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemunculan Thalita di pentas eksklusif 'Konsert By Ajai & Mega Friends Singapore' baru-baru ini cukup istimewa kerana ia mengimbau semula memori kita kepada Allahyarhamah...