Gaya Hidup

Jatuh Cinta Dengan Alam, Sharifah Sofia Lebih Bahagia Kini.

Bahagianya tengok Sharifah Sofia bersama anak-anak. Biarpun sudah bergelar ibu tunggal namun wanita ini dilihat cekal dalam mengharungi hidup. Sempat membelek laman Instagramnya, Sofia sedang ‘melamun kasih’ dengan alam!

 Melalui hashtag #kakimendaki, Sofia juga seronok mendaki gunung bersama team pendakiannya. Dalam salah satu post, Sofia memuji keindahan hutan dan pulau di Pantai Timur.

Bukan sahaja Sofia yang enjoy dengan ‘penerokaan’ hutan dan laut, malah kedua-dua anaknya, Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera juga kadang-kala tidak ketinggalan mengikuti Mummynya bersama-sama ‘berbakti’ kepada alam.

Perubahan pada saiz tubuh Sofia juga dipuji netizen yang mengikuti perkembangannya di Instagram hingga ada yang tanya diet plan diamalkan. “Takde diet la, makan je apa-apa. Just kurangkan makanan yang diproses,”katanya.

Bagi anda yang rindukan Sharifah Sofia, boleh la menjejakinya dalam rencana pendakian yang dikongsi dalam laman Instagram. Kami kongsikan lagi beberapa keping gambar untuk tatapan anda.

Sumber foto: Instagram Sharifah Sofia

IKLAN
Share