Meskipun sudah berusia lewat 40an namun stamina Permaisuri Thailand ini kekal bertenaga. Seorang wanita yang aktif dan gemar melakukan pelbagai jenis sukan, Permaisuri Suthida Bajrasudhabimalalakshana kian mendapat perhatian masyarakat dunia selepas bergelar isteri kepada Raja Maha Vajiralongkorn kira-kira lima tahun lalu.
Siapa sangka, wanita cantik Thailand yang dulunya pernah bertugas sebagai pramugari kini wanita pertama Negara Gajah Putih berkenaan! Dari kerjaya di awan biru, Permaisuri Suthida memasuki bidang ketenteraan diraja sebelum dilamar ‘majikan’ dan kini bergelar Permaisuri Thailand.
Dilahirkan pada 3 Jun 1978 di Songkla, Thailand, portal Royal Central UK melaporkan Permaisuri Suthida ialah anak kepada Kham dan Jangheang Tidjai. Baginda memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Komunikasi pada tahun 2000.
Selepas tamat pengajian, Permaisuri Suthida menyertai JALways Airlines selama tiga tahun sebagai pramugari. Baginda kemudian berhijrah ke Thai Airways dari tahun 2003 hingga 2008 sebelum menyertai Royal Thai Army pada tahun 2010.
Permaisuri Suthida turut pernah berkhidmat sebagai Royal Security Command. Pada 1 Disember 2016, Baginda dinaikkan pangkat sebagai Jeneral dan Komander Unit Operasi Khas King’s Guard. Tidak sampai setahun, Baginda menerima pelantikan Komander Royal Thai Aide-de-camp.
Ads
Oktober 2017, Baginda menerima First Class the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao apabila Raja Maha Vajiralongkorn menaiki takhta.
Bagaikan sudah terbiasa dengan aktiviti lasak dan mencabar, Permaisuri Suthida pada Jun lalu memperoleh lesen motobot dan perahu layar dari Switzerland dan RYA Coastal Skipper dari Itali.
Terbaharu, Baginda berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Gala di Islamic Fashion Festival atas jemputan Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah. Berangkat sama ialah DYMM Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan DYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Istana Thailand mengumumkan Raja Vajiralongkorn berkahwin dengan Permaisuri Suthida pada tahun 2019. Pasangan ini berkahwin pada 1 Mei 2019 yang menyaksikan upacara perkahwinan disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Pada 4 Mei, Suthida secara rasmi diisytihar Her Majesty Queen Suthida (Somdet Phra Nang Chao Suthida Bajrasudhabimalalakshana Phra Borommarajini).
Dikurniakan raut wajah cantik, penampilan Permaisuri Suthida yang sopan dan bijak berfesyen juga menarik perhatian rakyat Thailand.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang sedia maklum, primadona Erra Fazira mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya hasil perkongsian hidup 7 tahun bersama dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada tahun 2007 namun berpisah pada tahun 2014.
Dan baru-baru ini, Erra Fazira yang cukup terkenal ketika era 90-an dengan filem-filem seperti Sembilu, Maria Mariana dan Gerak Khas itu ada memuat naik gambar serta videa dia meluangkan masa bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon yang juga penyanyi dan model terkenal itu dilihat mengenakan pakaian sedondon dengan anak perempuannya ketika menghadiri sebuah ‘event’.
Namun yang menarik perhatian warga maya adalah keanggunan anak dara Erra Fazira tersebut yang tampil sopan dan anggun dengan imej bertudung di samping ibunya meraih pujian ramai. Dapat dilihat Aleesya mengenakan selendang berwarna kelabu serta kemeja putih sedondon dengan ibunya yang turut memakai pakaian tona serupa.
Difahamkan, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek menemani Aleesya dan rakan-rakan melayan pengunjung di booth pameran sekolahnya. Di ruangan komen, netizen memuji Aleesya yang dilihat semakin sopan dan ayu bila pakai tudung. Netizen turut mengusik Erra mengatakan dia dan Aleesya seperti adik dan kakak!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Marian Rivera Gracia Dantes bukan hanya seorang wanita cantik tetapi juga memiliki latar belakang pendidikan yang baik. Tak dinafikan, keanggunan rupa paras Marian memikat setiap mata yang memandang. Bersandarkan kurniaan itu dan bakat seni yang dimiliki membuatkan aktres ini meraih populariti luar biasa dalam industri seni Filipina sejak zaman anak dara sehinggalah sudah pun bergelar ibu.
12 Ogos lalu genap 41 tahun usia Marian Rivera. Menjadi antara selebriti berjaya dan kaya di Filipina, dia melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila menggondol Best Actress Award Cinemalaya 2024.
Marian Rivera Genap 41 Tahun
Meniti usia 41 tahun, Marian menjadi inspirasi golongan wanita kerana pandai jaga penampilan diri dan kelihatan awet muda serta cantik. Pendek kata, persis anak dara. Pandai isteri Dingdong Dantes ini jaga badan!
Bersempena ulang tahun kelahiran baru-baru ini, Marian memuat naik momen hari lahir di samping suami tercinta dan anak-anak tersayang.
“Celebrating 41 years of life today! Overflowing with gratitude to God for His blessings, love, and guidance. Here’s to more cherished moments and divine grace!”
Bertuah empunya badan dikurniakan pakej lengkap. Patutlah sering menjadi buruan jenama tempatan dan antarabangsa.
Marian dilahirkan pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol. Dia merupakan anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini yang memiliki pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas.
Bapa Marian merupakan warganegara Sepanyol manakala ibunya pula rakyat Filipina. Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog.
Bakat Marian juga mula bersinar selepas kejayaan drama MariMar, Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Bahkan Marian juga ada bakat menyanyi. Sebelum ini Marian sudah menghasilkan dua album iaitu Marian Rivera Dance Hits dan Retro Crazy.
Marian Rivera berkahwin dengan aktor kacak Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014. Hasil perkongsian hidup hampir sedekad, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Maria Letizia dan Jose Sixto G Dantes IV.
Selain aktif dengan aktiviti seni, Marian juga sebenarnya pengasas perniagaan bunga bungaan segar Flora Vida by Marian.
Selain perniagaan bunga segar, Marian juga mengeluarkan koleksi fabrik dan dekorasi kediaman rumah serta melancarkan jenama pakaian miliknya sendiri.
Miliki rambut sihat bersinar macam Marian Rivera di sini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah menjadi lumrah bagi wanita mahu sentiasa nampak cantik. Terutamanya apabila melibatkan tentang kecantikan kulit wajah. Pantang saja dapat tahu tip terbaru, terus mahu amalkan serta-merta.
Tidak salah sebenarnya hendak mempraktikkan tip-tip kecantikan yang anda ketahui. Cuma yang merisaukan apabila anda mengamalkannya dengan cara yang salah dan terus melakukan kesalahan sama berulang kali malah ada yang sampai bertahun.
Ada ketika anda sendiri hairan kenapa kulit wajah masih tiada perubahan. Sebaliknya, lebih bermasalah dan masih di takuk sama. Ambil tahu kefahaman yang salah tentang kulit supaya dapat mengelak perbuatan ini pada kemudian hari.
Tidak memakai krim tabir suria secara menyeluruh
Disebabkan mahu terlindung daripada selaran matahari yang boleh merosakkan kulit telah mendesak wanita untuk memakai produk multifungsi misalnya kosmetik yang mengandungi SPF. Yang menjadi kesalahan adalah apabila ia tidak disapu dengan rata sehingga ke leher, bahagian rahang, telinga dan garis rambut (hairline). Bukan hanya menonjolkan tona kulit tidak sekata malah mendatangkan kecenderungan kepada pembentukan jeragat kerana terdedah kepada sinar matahari yang terik dalam tempoh yang lama.
Tidak memahami retinol
Ia merupakan salah satu komposisi terbaru produk kecantikan yang berasal dari ‘keluarga’ vitamin A. Selain mempercepat pergerakan sel kulit, ia turut merangsang kolagen dan elastin bagi menjadikan kulit tampak segar lebih lama. Sayangnya, terdapat sebilangan pengguna yang sensitif terhadap retinol dengan kesan alahan yang berbeza. Jika ia benar-benar memberi masalah kepada kulit, hentikan segera. Cari alternatif lain yang sesuai dengan kulit anda.
Terlebih eksfoliasi hingga over pelembab
Eksfoliasi atau pengelupasan kulit perlu dilakukan secara berkala. Salah satu cara yang boleh diamalkan dengan mudah adalah dengan menggunakan skrub. Ingat, penggunaan skrub berlebihan dengan cara menggosok terlalu keras menjadi penyebab kepada kulit lebih sensitif terhadap sinar matahari dan produk kecantikan. Sebaik-baiknya, lakukan 3 kali seminggu sewaktu musim panas dan kurangkan kekerapannya pada musim hujan atau sejuk.
Tidak lupa juga dengan penggunaan pelembab secara berlebihan. Kesan daripada perbuatan ini akan mendorong kepada pembentukan milia iaitu sejenis kutil yang timbul akibat sel kulit mati yang terperangkap di lapisan kulit. Pakailah pelembap secukupnya pada waktu pagi dan diselangi dengan serum untuk mengurangkan risiko pori-pori tersumbat.
Tunda penggunaan krim penuaan
Kebanyakan wanita baru sedar tentang pentingnya perawatan anti penuaan akhir usia 20an. Lebih memburukkan keadaan, ada yang mengambil jalan pintas dengan mendapatkan suntikan kecantikan seperti botoks atau rela menahan sakit di meja pembedahan kerana tak sanggup melihat wajah semakin berkedut. Apatah lagi kini teknologi kecantikan terbaru sudah mengiktiraf kandungan retinoid yang dapat mengatasi masalah jerawat dan kerutan sehingga perawatan anti penuaan boleh dimulakan lebih awal di usia awal 20an. Fikir-fikirkan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saban hari nama Engku Aleesya makin menjadi bualan. Bukan kerana statusnya sebagai anak kepada selebriti terkenal, Erra Fazira tetapi keupayaan gadis bijak yang juga puteri kesayangan Engku Emran ini dalam bidang akademik dan sahsiah diri.