Jennifer Lopez & Ben Affleck Akhirnya Melangsungkan Perkahwinan di Las Vegas

Penyanyi terkenal Jennifer Lopez mengesahkan dirinya kini sudah bergelar isteri kepada pelakon Ben Affleck pada hari Ahad, selepas 18 tahun perhubungan percintaan on and off mereka.

Berita gembira itu turut dikongsikan sendiri oleh Jennifer menerusi laman web rasminya, On The JLo. Pasangan dua sejoli yang digelar Bennifer ini mengumumkan pertunangan mereka pada April lalu.

Foto: Instagram (@jlothaqueen)

Jelas Jennifer dalam hantarannya, “Kami berjaya! Selepas 20 tahun menunggu, dan malam semalam (Sabtu) kami terbang ke Vegas, beratur bersama dengan empat pasangan lain mendaftar perkahwinan dalam satu tujuan yang sama.”

Jennifer Lopez yang dilihat berseri menyarung busana perkahwinan serba putih nyata anggun, terserlah perasaan cinta yang menyelebungi jiwanya setelah sekian lama menantikan hari bahagianya ini.

Foto: Instagram (@jlothaqueen)

Berdasarkan lesen perkahwinan yang mereka failkan di Clark County, Nevada, pasangan yang terkenal dengan gelaran Bennifer ini melangsungkan perkahwinan di Little White Wedding Chapel, sebuah lokasi istimewa untuk pasangan yang ingin melangsungkan resepsi yang sederhana tanpa persiapan yang berlebihan.

Foto: Instagram (@jlothaqueen)

Untuk pengetahuan, pasangan itu berkenalan ketika sesi penggambaran filem Gigli pada 2002. Hubungan mereka kemudian dapat dihidu para media serta mendapat liputan meluas, namun pasangan itu menangguhkan majlis perkahwinan yang dirancang pada 2003. Pada tahun 2004, kedua-duanya kemudian mengumumkan perpisahan.

Ini adalah perkahwinan keempat untuk Jennifer Lopez dan kedua untuk Ben Affleck Jennifer sebelum ini pernah berkahwin dengan Ojani Noa, Cris Judd dan penyanyi Marc Anthony yang mana mereka dikurniakan anak kembar Max dan Emme, 14.

Manakala Ben Affleck pula pernah berkahwin dengan pelakon jelita Jennifer Garner dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu, Violet, 16, Seraphina, 13, and Samuel, 10

Ulas Jen lagi “Apabila cinta itu benar, perkara paling utama adalah perkahwinan adalah penjanjian untuk saling menyayangi, memahami, serta menjadi lebih baik untuk satu sama lain. Malam yang sangat indah buat kami.”

Congratulations Bennifer!

 

IKLAN
Share