
Selepas bertahun-tahun menyimpan rambut panjang, tiba-tiba hari ini mood tak berapa betul. Terus potong rambut sampai pendek. Kemudian, menyesal tak sudah setiap kali menatap diri di hadapan cermin… Macam muka orang lain!
Timbul pula rasa kecewa dan kalau boleh mahu menyambung balik rambut yang telah dipotong itu. Nasi sudah menjadi bubur, tiada apa yang boleh dilakukan. Cuma apa yang boleh dilakukan hanya berusaha memanjangkan kembali rambut. Ayuh, cuba panjangkan semula dengan tip pantas ini.
(a) Kuasa perapi
Salah satu cara untuk memanjangkan rambut dengan cepat adalah menggunakan perapi rambut. Jangan abaikan langkah penggunaan perapi selepas bersyampu. Selain mempercepatkan pertumbuhan rambut, perapi juga membantu menjaga kelembapan rambut untuk menghindar kerosakan rambut dan kulit kepala.
(b) Elak alat pengering rambut
Jika selama ini anda menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan rambut selepas bersyampu, tinggalkan amalan itu. Keringkan rambut secara semula jadi kerana kepanasan akibat daripada alat pengering rambut akan membuat rambut menjadi rapuh dan mudah putus. Tekanan panas yang ditimbulkan juga boleh menghalang proses pemanjangan rambut.
(c) Urut kulit kepala
Bagi merangsang pertumbuhan rambut, anda boleh mengurut kulit kepala secara konsisten. Urut kulit kepala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Urutan ini boleh membantu melancarkan peredaran darah pada kulit kepala lantas merangsang proses pertumbuhan rambut baru. Boleh lakukan sendiri di rumah, urut kulit kepala selama tiga hingga lima minit atau boleh lakukan cream bath di salon.
(d) Elak warna rambut
Jika anda suka bertukar-tukar warna rambut baik, jangan lakukan lagi. Pewarna rambut mengandungi bahan kimia yang boleh membantutkan pertumbuhan rambut baru. Malah ia boleh merosakkan lagi rambut yang sedia ada.
(e) Ambil protein
Makan makanan yang kaya dengan protein agar folikel rambut mendapat nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut. Malah, sumber protein ini juga boleh mengekalkan kesihatan rambut agar tidak mudah rosak.
(f) Hindari kolam renang
Amalan berenang adalah salah satu senaman untuk mengekalkan tenaga dan bentuk badan. Tetapi jika anda berhasrat untuk mempercepatkan proses pemanjangan rambut, berhenti seketika berenang di dalam kolam renang. Kandungan klorin dalam kolam renang boleh merosakkan rambut dan membantutkan proses pertumbuhan rambut.
(g) Guna teh hijau
Teh hijau dapat membantu mempercepat pertumbuhan rambut kerana kaya dengan antioksidan. Antioksidan ini berkuasa untuk melancarkan peredaran darah pada kulit kepala sehingga merangsang tumbuhnya rambut baru. Oleskan bancuhan teh hijau pada kulit kepala dan balut dengan tuala beberapa ketika. Bilas bersih. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
























Bagi mereka yang tidak sihat adalah dinasihatkan untuk memakai pelitup muka bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Namun, ada juga mereka yang sihat atau tidak bergejala turut memilih untuk memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada jangkitan.
Ia sebagai salah satu cara kita mencegah penularan wabak ini. Namun, apa yang harus anda tahu ialah penggunaan pelitup muka secara terus menerus memberi kesan tidak bagus terhadap kesihatan kulit wajah.
Tahukah anda ketika kita bernafas kemudian menghembusnya, suhu dan kelembapan di sekitar pelitup muka yang tertutup akan meningkat. Keadaan ini boleh menggalakkan bakteria untuk terus membiak.
Justeru, anda disarankan supaya melakukan rawatan kulit secara natural antaranya dengan menyapu pelembap dan masker. Pakar dermatologi turut mengesyorkan cara selamat bagi membantu mengelakkan masalah kulit.
Anda boleh menyapu pelembap pada setiap hari untuk mengurangkan masalah kulit kering atau berminyak. Ini kerana kulit yang kering atau berminyak boleh memburukkan lagi keadaan kulit contohnya jerawat.
Waktu terbaik untuk menggunakan pelembap wajah ialah selepas mandi, mencukur janggut (bagi lelaki) atau ketika berlakunya pengelupasan kulit. Sebaiknya elak mengeringkan kulit wajah yang sedang basah dengan menggunakan tuala dan menggosoknya. Cara ini boleh memburukkan lagi keadaan dan merosakkan kelembapan kulit.
Oleh itu, amalkan rutin penjagaan kulit seperti biasa biarpun dalam norma baharu.