Gaya Hidup

Jiwa Lasak LINDA ONN, Kembali Aktif Bersukan Lepas 4 Bulan Bersalin! Menang Tournament Pula Tu

Wow, kagum tengok semangat Linda Onn. Barangkali kerana terlalu rindu hendak buat aktiviti lasak dan bersukan, penyampai radio popular ini akhirnya bersetuju untuk menyertai kejohanan badminton Grand Asian Celebrity Charity 2018 baru-baru ini. Lincah betul aksi Linda yang bergandingan bersama kakak kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Saida Tarudin di gelanggang. Memang mantap!

Bertemu aktres cantik, Faye Khusairi dan Shakilla Khoriri pada pusingan final, Linda dan Saida terpaksa akur sebagai penyandang tempat kedua dalam kejohanan tersebut. Mungkin rezeki tidak berpihak kepada mereka tapi apa yang pasti stamina dan kecergasan ibu kepada Ungku Zara ini menjadi inspirasi buat wanita di luar sana untuk tampil aktif dan sihat sepertinya.

Di sebalik kejayaan tersebut, Linda turut berkongsi pengalamannya bermain badminton ketika masih bergelar pelajar sekolah suatu masa dulu. Ada ‘sejarah’ sendiri rupa-rupanya.

“Linda memang suka badminton. Pernah jadi wakil sekolah acara beregu dan menang. Pernah join pasukan badminton untuk belajar jadi pemain profesional. Sebab waktu tu takde pemain pro wanita yang menyerlah kat Malaysia ni. Cuma Linda kena stop berlatih sebab ayah tak kasi pakai seluar pendek. Syaratnya kena pakai seluar pendek time

tu. So, sekian sajalah cita-citaku untuk bergelar pemain pro.

Linda ni kalau suka sesuatu, I will take things seriously. Linda minat badminton, so I wanted to be a professional player for Malaysia. Tapi sebab takleh pakai seluar pendek, ayah suruh berhenti berlatih, kena ikutlah cakap ayah. Then, Linda terpilih untuk sertai SUKMA dalam Taekwando. Eh, sir coach tak kasi pulak, katanya .. ‘No, u got asthma’. Last-last jadi je lah wakil sekolah. Banyak juga bawa balik pingat sukan sama ada wakil rumah atau wakil sekolah.. taekwando, badminton, lompat tinggi, lompat jauh, ping pong, lempar cakera.. lari je tak sebab semput.”

 

Patutlah selama ni Linda Onn langsing dan cantik, aktif orangnya. Sepanjang mengenali personaliti ini pun, memang Linda cukup dikenali sebagai antara selebriti wanita yang sukakan adrenaline rush. Selain suka Muay Thai dan berbasikal, pemilik restoran My Mom Chicken Rice ini juga gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Jadi lepas ni kalau nampak Linda kembali dapat susuk tubuh langsing.. tahulah apa rahsianya, kan?

Sumber: Instagram Linda Onn

 

IKLAN
Share