Tak Menang Tangan Layan Pelanggan, Bisnes Air Balang Syahmi Bikin Kecur Sampai Beratur Panjang!

Rezeki Syahmi Sazli! Apa saja yang dihasilkan Influencer ini pasti mendapat sambutan hangat. Bermula sebagai bintang YouTube, kini Syahmi bukan hanya pemilik syarikat produksi. Bahkan usahawan produk wangian kereta atau bilik ‘Blank’ dan Air Balang Syahmi.

Sempena Ramadan, jualan Air Balang Syahmi paling dinanti-nantikan. Bijak menggunakan pengaruh media sosial, strategi peniaga berusia 28 tahun ini ‘menjamu’ warga maya dengan video serta gambar pembuatan air menggunakan bahan premium seperti ais krim dan campuran buah-buahan segar, nyata membuatkan ia laris di pasaran.

Memang kecur dibuatnya! Tiap kali Syahmi buat live,

mesti cecah ratusan ribu tontonan.

Bertempat di hadapan bangunan pejabat Air Balang Syahmi di Kota Bharu, Kelantan, setiap petang lokasi tersebut akan dibanjiri orang ramai yang sanggup beratur panjang demi membeli air viral itu.

Malah harga yang dijual juga berpatutan iaitu RM6.60 sebungkus. Antara perisa minuman yang dijual termasuklah Milo, Jagung, Keladi, Strawberi dan dua perisa terbaharu iaitu Onde-Onde dan Durian.

Kredit Facebook Syahmi Sazli Production
Kredit Facebook Syahmi Sazli Production
Kredit Facebook Syahmi Sazli Production
Kredit Facebook Syahmi Sazli Production
Kongsi Syahmi di media sosialnya, “Harini Mi berniaga semula air balang dalam plastik, sempena Ramadan. Boleh datang, dibuka setiap hari jam 3 petang. Air Balang Mi akan dibuka setiap hari pada bulan Ramadan.”

Mengimbas kembali idea berniaga Air Balang pada April 2022, Syahmi sebelum ini pernah mendedahkan ketika awal berniaga dulu ia tidak mendapat perhatian.

Bagaimana pun selepas membuat live di media sosial, ramai yang mengetahui bisnes tersebut dan pelanggan mula beratur panjang.

Dek kerana sambutan luar biasa yang diterima, Air Balang Syahmi pernah ditutup sementara kerana timbul isu berkaitan tapak perniagaan yang didakwa mengganggu pengusaha lain di kawasan tersebut.

Kredit Facebook Syahmi Sazli Production
Kredit Facebook Syahmi Sazli Production

Kredit Facebook Syahmi Sazli Production

Kredit Facebook Syahmi Sazli Production
Kredit Facebook @Syahmi Sazli Production
Syahmi merupakan bekas pelajar Kejuruteraan Elektrikal dan namanya mula melonjak naik menerusi penghasilan video kreatif Syahmi di YouTube serta kejayaan filem Mael Totey mencapai kutipan RM7 juta dan drama Syif Malam Raya di Astro First dengan kutipan RM3 juta dalam masa 10 hari pada tahun 2020.

 

6 April ini Syahmi sekali lagi menerbitkan karya Satu Hari Sebelum Raya di saluran Astro First yang menampilkan pelakon Wanie Rohaimie, Yoe Parey, Hushairi Husain, Samer dan Asif Suhaimi.

Di samping penampilan khas Mustapha Kamal, Saiful Apek, Sheila Mambo dan ramai lagi.

IKLAN
Share