Kacukan SABAH-Amerika, Ada Ijazah Kedoktoran, Isteri THE FLASH Mampu Bertutur Bahasa Kadazan & Melayu

Mengikuti perkembangan pelakon Hollywood adiwira The Flash sudah tentu ramai mengetahui bahawa isteri yang telah dikahwininya pada 15 Disember 2018 ini mempunyai keturunan Sabah-Kadazan. Apa yang menariknya suri hati The Flash atau Thomas Grant Gustin ini tidak pernah meminggirkan asal usulnya sebagai gadis Sabah.

Foto: Instagram @lathoma3

Andrea Thoma yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 pada Julai nanti sentiasa mengekalkan warisan Borneo ini dalam dirinya kerana mempunyai seorang ibu yang menitik-beratkan adat dan budaya mereka. Ibunya Judy Thoma telah berkahwin dengan James Thoma dan mempunyai tiga orang anak.

Foto: Instagram @lathoma3

Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik ini mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam Terapi Fizikal dari Old Dominion University. Dah lah cantik mempunyai pendidikan tertinggi sehingga meraih gelaran Doktor Falsafah, ini yang baru dikatakan beauty with brains kan? Sebelum itu Andrea belajar di Kent State University dalam bidang exercise phisiology dan tamat pada tahun 2009.

Foto: Instagram @lathoma3
Foto: Instagram @grantgust

Bertugas sebagai Juru Terapi Fizikal di Amerika Syarikat, wanita cantik ini mempunyai pengikut di laman Instagram seramai 764 ribu. Andrea dan suaminya baharu sahaja memgumumkan bahawa mereka bakal bergelar ibu dan bapa tak lama lagi. Tahniah! buat pasangan sama cantik sama padan ini. Mesti comel macam ibu dan bapanya.

Foto: Instagram @lathoma3
Foto: Instagram @theflash.4k

Tengok ni, Andrea buat senaman sakit pinggang ketika mengandung.

Walaupun Andrea ini dilahirkan dan dibesarkan di Ohio, Amerika Syarikat tetapi wanita ini boleh bertutur dalam bahasa Kadazan dan bahasa Melayu. Walaupun tidak berapa fasih tetapi Andrea mampu bercakap dalam dua bahasa ini dengan baik.

Foto: Instagram @lathoma3
IKLAN
Share