KAGUM! Sultan Perak Raja Nazrin Shah & Permaisuri Perak Kelihatan Menaiki ETS

Kagum melihat Kerabat diraja Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim mencemar duli menaiki kenderaan awam sebagai medium untuk menuju ke sebuah destinasi.

Sultan Perak Raja Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim ini turut ditemani oleh kedua-dua anakandanya, Yang Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya dilihat menaiki Electric Train Service

(ETS) yang tidak diketahui destinasinya. Rakaman gambar ini telah dimuat turun di laman Twitter milik KucingLamaDiTahunBaru pada Selasa lalu.

Foto: Instagram @igkaminakperak

Raja Nazrin Shah berjumpa dan berkenalan dengan Tuanku Zara Salim sejak baginda berusia 48 tahun. Istiadat pernikahan diadakan secara sederhana dan ringkas dengan adat istiadat di Istana Iskandariah dengan mas kahwin 250 gram emas tulen dalam bentuk lima syiling.

Foto: Instagram @tuaku_zara.unofficial

Selepas lapan tahun berkenalan, Raja Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim diijabkabulkan pada 17 Mei 2007 di Istana Iskandariah. Perkahwinan ini merupakan yang pertama kali dalam sejarah kerana semua Raja Muda yang dilantik sebelum ini telah berkahwin sebelum dilantik sebagai Raja Muda Perak. Raja Nazrin Shah berpakaian persalinan baju songket tenunan Terengganu berwarna kuning diraja dengan baju Melayu lengkap bersamping berserta setanjak. Raja Dr. Nazrin amat disenangi pelbagai lapisan masyarakat dan dibuktikan apabila berita perkahwinannya dengan Tuanku Zara Salim disambut dengan penuh kesyukuran dan perasaan teruja.

Foto: Instagram @tuaku_zara.unofficial

Zara Salim, adalah cicit kepada Sultan Kedah ke-26, Almarhum Sultan Hamid Halim Shah manakala datuknya, Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin ialah Menteri Besar Kedah ketiga. Syed Omar belajar di London bersama dengan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bapanya Salim Davidson seorang peguam terkemuka. Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Isteri Syed Omar, Tunku Aminah Sultan Abdul Hamid Halim Shah, adalah anakanda Sultan Kedah ke-24 Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang juga merupakan adik kandung Tunku Abdul Rahman.

Foto: Instagram @tuaku_zara.unofficial

Rentetan daripada peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15,  Mesyuarat khas Majlis Raja-raja yang berlangsung di Istana Negara tiga hari lalu difahamkan memutuskan supaya Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dijangka terus menjalankan tugas sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong.

Foto: Sinar harian

Sumber: https://ms.wikipedia.org

 

 

IKLAN
Share