Kahwin Atlet & Ada Gerai Makan Di Bali, Ratu Sinetron NABILA SYAKIEB Tak Kekok Layan Pelanggan

Nama Nabila Syakieb dalam dunia hiburan Indonesia sememangnya tak asing lagi.

Figura cantik berusia 37 tahun ini terkenal dengan gelaran ‘Ratu Sinetron Indonesia’ kerana telah membintangi berpuluh-puluh sinetron popular.

Antaranya Cinta Sekolah Menengah, Anakku Bukan Anakku, Aku Bukan Untukmu, Ratu, Ibu Mertua dan Menantu, dan Maha Cinta.

Kini, ibu dua anak ini sudah lama tidak muncul dalam industri hiburan. Seperti dilaporkan KompasTV, Nabila sedang mengusahakan bisnes kulinarinya di Bali.

Bersama rakannya, Nabila membuka gerai masakan Arab di Bali yang menjual pelbagai hidangan seperti nasi kebuli, nasi ulam dan beberapa lagi masakan khas Arab yang dimasak sendiri.

Menurut portal TribunMedan, Nabila mengakui harga menu di kedainya adalah mampu milik.

Menariknya, Nabila rajin turun ke gerainya dan tidak kekok melayan para pelanggan yang datang makan di situ.

Selain terjun ke bidang kulinari, Nabila turut mempunyai hobi menunggang kuda.

Untuk info, Nabila berkahwin dengan atlet berkuda, Reshwara Argya Ardial pada 2015.

Dedah Nabila, suaminya itu bukanlah seorang lelaki yang romantik tetapi sangat penyabar orangnya.

Semoga Nabila Syakieb terus sukses dalam bidang yang diceburinya.

IKLAN
Share