Kahwin Di Tapak Istana Uthmaniyyah Kurun Ke-19, Presiden TURKI Jadi Saksi Wedding MESUT OZIL!

Wow, terpegun tengok majlis perkahwinan bintang bola sepak terkenal Jerman dan Arsenal, Mesut Ozil yang berlangsung baru-baru ini! Dari status pengantin perempuan, lokasi majlis perkahwinan sehinggalah saksi penyatuan dua jiwa tersebut semuanya mencuri tumpuan ramai.

Mana tidaknya, Presiden Turki… Recep Tayyip Erdogan sanggup turun padang menjadi ‘pengapit’ pasangan romantis tersebut. Memang eksklusif dan bukan calang-calang orang dapat keistimewaan berkenaan.

Bukan itu saja… wanita yang berjaya menambat hati pemain bola sepak berusia 30 tahun itu juga merupakan bekas Ratu Cantik Turki bernama Anime Gulse. Meskipun baru berusia 26 tahun tapi terserlah kematangan wanita cantik ini. Patutlah Ozil tertawan.

Bercerita tentang lokasi majlis, ia sememangnya meninggalkan memori indah kepada kedua-dua pasangan. Anime yang anggun mengenakan persalinan gaun putih salju tidak mampu menyembunyikan perasaan teruja sepanjang berada di sisi suami tercinta.

Four Season Hotel Bosphorus

Bahkan, lokasi perkahwinan yang dipilih bukan hanya hotel mewah berkelas dunia yang mencecah puluhan ribu ringgit semalam… tetapi juga Four Seasons Hotel yang terletak di Selat Bosphorus ini sebenarnya Istana Uthmaniyyah abad ke-19 yang dibaikpulih dan dijadikan hotel penginapan eksklusif.

Four Seasons Hotel di Bosphorus ini turut terkenal dengan kemewahan teres atas air dan pemandangan mengagumkan serta klasik. Sesuai juga untuk dijadikan tempat berbulan madu. Untung empunya badan bersuamikan lelaki kaya dan ternama.

Menyentuh penglibatan Ozil dalam arena bola sepak, Ozil dikhabarkan bersara daripada aksi peringkat antarabangsa, ekoran kritikan berbaur perkauman. Selepas 92 penampilan untuk Jerman, termasuk selaku perancang utama negara itu ketika menjulang Piala Dunia 2014… Ozil bersara daripada skuad kebangsaan Julai lalu ekoran gelombang xenopobia dan serangan perkauman ke atasnya sebelum dan selepas pasukan Jerman tumbang awal pada Piala Dunia 2018.

 

IKLAN
Share