Kahwin Jutawan Muda Indonesia, Anak KRISDAYANTI Tampil Berhijab Lepas Bergelar Isteri!

Gerak-geri dan penampilan Aurelie Hermansyah sememangnya menjadi tumpuan media di Indonesia. Bukan hanya kerana statusnya sebagai anak perempuan kepada penyanyi popular, Krisdayanti dan bekas suami, Anang Hermansyah malah kelibat Aurel kian mencuri perhatian umum semenjak perkahwinannya bersama jutawan muda yang juga Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar.

Selamat bergelar isteri kepada lelaki pujaan pada tanggal 3 April 2021, apa sahaja yang dilakukan Aurel dan Atta pasti menjadi bualan hangat di sana. Dari majlis pertunangan mereka yang gilang-gemilang sehinggalah majlis pernikahan serba mewah di hotel lima bintang yang turut dihadiri pemimpin utama Indonesia, pasangan ini tidak pernah sepi daripada tempias glamor.

Lebih eksklusif, majlis perkahwinan Aurel dan Atta disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen nasional. Luar biasa!

Mengikut jejak langkah ibu bapa sebagai penyanyi, Aurel juga merupakan seorang usahawan yang menguruskan empayar Aurelloly Cosmetics. Sementara Atta atau nama penuhnya Muhammad Attamimi Halilintar pula selebriti media sosial terkemuka Indonesia yang mempunyai lebih 26 juta subscribers di YouTube dan dianggarkan meraih pendapatan bulanan mencecah sehingga hampir RM2 juta!

Aurel merupakan kakak kepada Azriel Akbar Hermansyah yang juga anak kepada Krisdayanti dan Anang sebelum ibu bapa mereka bercerai pada tahun 2009.

Sejak mendirikan rumah tangga, Aurel dilihat cukup menjaga pemakanan dengan mengambil diet seimbang dan sihat di samping melakukan rutin senaman secara teratur. Tidak hairanlah, dia kelihatan makin cantik dan ramping.

Selain penjagaan diri yang teratur, perubahan positif Aurel selepas berkahwin turut disedari bapa tersayang, Anang Hermansyah. Apatah lagi, Aurel tampil mengejutkan keluarga dan peminat apabila semakin menjaga penampilan agar lebih sopan serta menutup aurat. Ketika berbulan madu di Bali, penampilan Aurel yang anggun berhijab mula disedari ramai.

Aurel diminta berehat sepenuhnya sebelum disahkan gugur
Ketika menikmati bulan madu

Ternyata penghijrahan Aurel menyentuh perasaan suami tercinta. Malah, dia turut berkongsi kapsyen romantis tatkala memuat naik gambar isteri di Instagram miliknya. “Selalu bangga dengan hijrah kamu yang semakin kuat dan bijak. Bidadari dunia akhirat mamanur Amin.”

Positif mendepani masa depan meskipun dilaporkan mengalami keguguran pada pertengahan Mei lalu, Aurel turut berkongsi luahan berikut. “Menjadi baik bukan tentang bisa atau tidak, tapi tentang mahu atau tidak. Kerana semua orang memiliki kesempatan yang sama untuk menjadi lebih baik lagi.”

 

Kredit foto: Instagram Aurelie Hermansyah & Atta Halilintar

IKLAN
Share