Bertempat di Hard Rock Cafe Hard Kuala Lumpur baru-baru ini, sebuah sidang media Konsert Rock Legend Berzaman diadakanbagi mempromosikan konsert yang bakal menghimpunkan sembilan legenda rock tanah air di atas sebuah pentas berskala besar Mac nanti.

IKLAN

Bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac nantibermula 8 malam, sembilan legenda rock tanahair bakal bergabung danmenghiburkan penonton dengan 32 lagu akan dipersembahkan. Kesemua sembilan legenda rock tempatan tersebut ialah Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ameng Spring, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Poey Sting serta Hazama.

KAK KM Jalan Terus Lepas Bisnes Makin Maju, Kini Anjur Konsert Rock Tampil 9 Bintang “Ada Ke Yang Berani..”
Kak KM bersama-sama dengan bintang-bintang rock legenda yang akan membuat persembahan 3 Mac nanti!

Selaku penganjur, RAR SKY Entertainment cukup teruja dengan penganjurankonsert ini yang pasti sangat-sangat dinanti-nantikan oleh peminat genre rock tempatan untuk menyaksikan idola mereka membuat persembahan secara langsung.

“Kami cukup teruja malah diharapkan konsert ini bakal mengubat kerinduansemua peminat muzik rock tanahair. Walaupun menghimpunkan sembilan legenda di atas satu pentas dilihat sesuatu yang sukar, dan kami berharap konsert kami nanti akan berjalan lancar,” jelas Rose Azlin Rosli, Ketua Pegawai Operasi RAR Sky Entertainment.

KAK KM Jalan Terus Lepas Bisnes Makin Maju, Kini Anjur Konsert Rock Tampil 9 Bintang “Ada Ke Yang Berani..”
Rose Azlin Rosli, Ketua Pegawai Operasi RAR Sky Entertainment dan suami.

Menariknya, konsert ini juga turut mendapat tajaan sepenuhnya oleh Kopi KM, produk kopi kesihatan yang diasaskan oleh usahawan popular yang cukup dikenali ramai, Kak KM malah mengakui sudah membelanjakan hampir RM1 juta untuk penganjuran konsert mega ini.

“Saya selaku peminat tegar lagu-lagu jiwang dan leleh, serta membesar dengan rock kapak, memang sangat teruja dengan penganjuran konsert ini, dan diharapkan semua yang hadir akan terhibur dengan himpunan para selebriti yang membuat persembahan. Kita ‘sing-along’ sama-sama dan kasi gegar Mega Star Arena nanti!” jelas Kak KM.

IKLAN
KAK KM Jalan Terus Lepas Bisnes Makin Maju, Kini Anjur Konsert Rock Tampil 9 Bintang “Ada Ke Yang Berani..”
Antara bintang yang hadir pada sidang media semalam ialah Azan Scan, Ameng Spring, Poey Sting dan Hazama.

Selain itu, Kak KM dengan yakin dan lantang mengatakan ini merupakan projek pertama yang dianjurkan bersama kakaknya, Rose Azlin malah percaya belum pernah mana-mana lagi pihak yang berjaya menggabungkan sembilan bintang dalam satu pentas yang sama.

KAK KM Jalan Terus Lepas Bisnes Makin Maju, Kini Anjur Konsert Rock Tampil 9 Bintang “Ada Ke Yang Berani..”

IKLAN

KAK KM Jalan Terus Lepas Bisnes Makin Maju, Kini Anjur Konsert Rock Tampil 9 Bintang “Ada Ke Yang Berani..”

KAK KM Jalan Terus Lepas Bisnes Makin Maju, Kini Anjur Konsert Rock Tampil 9 Bintang “Ada Ke Yang Berani..”

Bagi peminat muzik rock tanahair yang ingin mendapatkan tiket, jangan lepaskan peluang ini! Sila hubungi dan whatsapp +60133377040 dan layari www.ticket2u.com.my/event/34405 di mana tiket akan dijual bermula dari harga RM198 sehingga RM358. Jumpa kalian semua di Konsert Rock Lagend Berzaman 3 Mac 2024 nanti!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI