Ads

Ayda Jebat Terima Bintang Cemerlang Melaka, 15 Tahun Dalam Seni Dapat Pengiktirafan

Ayda Jebat terima Bintang Cemerlang Melaka selepas 15 tahun mencipta nama dalam industri seni tanah air. Pengiktirafan penuh bermakna itu menjadi antara detik paling manis buat penyanyi dan pelakon kelahiran Ayer Keroh, Melaka tersebut apabila sumbangan sebagai anak seni akhirnya mendapat penghargaan daripada negeri kelahirannya sendiri.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 34, menerima Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) atas jasa serta sumbangannya dalam bidang seni tanah air. Beliau merupakan antara 431 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi sesi kedua sempena Sambutan Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Istiadat penuh bermakna itu berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, pada Rabu.

Ayda Jebat
Ayda Jebat
Ayda Jebat
Ayda Jebat

Menerusi perkongsian di Instagram, pelantun lagu Pencuri Hati itu tidak menyembunyikan rasa syukur atas penghargaan yang diterimanya, malah menyifatkan detik bersejarah tersebut sebagai kenangan manis dalam kehidupannya.

“Alhamdulillah syukur. Terima kasih Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Rustam, atas penganugerahan Pingat Bintang Cemerlang Melaka yang diberi istimewa sempena Ulangtahun ke-77.”

Ayda turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, selain mengucapkan tahniah kepada barisan penerima lain.

Ayda Jebat Aktif Hiasi Pentas Seni Tanah Air

Lebih istimewa, penghargaan tersebut diterima Ayda di negeri kelahirannya sendiri. Dilahirkan pada 17 Mac 1992 di Ayer Keroh, perjalanan seni Ayda bermula selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kesembilan sebelum namanya semakin dikenali menerusi bidang lakonan dan muzik.

Ads

Drama popular Rindu Awak 200% yang ditayangkan pada 2014 menjadi antara karya yang melonjakkan namanya sebagai pelakon. Dari situ, Ayda terus mengembangkan portfolio menerusi nyanyian dan lakonan, termasuk menghasilkan deretan lagu yang dekat dengan peminat.

Konsistensi itu menjadikan Ayda antara selebriti versatil yang mampu bertahan dalam industri lebih sedekad. Bukan sekadar populariti, perjalanan panjang tersebut kini turut dihargai menerusi pengiktirafan negeri kelahirannya.

Menariknya, suami Ayda, Nabil Mahir, turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian isterinya. Menurut Nabil, sejak kecil Ayda sudah membuat persembahan dalam majlis rasmi Yang di-Pertua Negeri Melaka. Justeru, melihat isterinya kini berdiri sebagai penerima Bintang Cemerlang Melaka menjadikan detik tersebut jauh lebih sentimental.

Ads
Ayda Jebat
Ayda Jebat

Ayda Jebat Anggun Berkebaya Di Hari Penuh Makna

Selain pencapaiannya, penampilan Ayda pada istiadat tersebut turut menyerlahkan sisi elegan figura berusia 34 tahun itu. Ayda tampil anggun dalam persalinan kebaya moden, melengkapkan imej feminin dan sopan bersesuaian dengan acara rasmi.

Gaya tersebut seakan mencerminkan evolusi Ayda sendiri. Daripada gadis muda yang mencuba nasib dalam program realiti, beliau kini tampil lebih matang sebagai anak seni, isteri dan ibu, tanpa kehilangan identiti ceria yang menjadi signature sejak awal kemunculan.

Ayda Jebat
Ayda Jebat
Ayda Jebat
Ayda Jebat

Di sebalik tuntutan kerjaya, Ayda turut membina kehidupan bersama Nabil Mahir selepas pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2021. Namun komitmen terhadap keluarga tidak menghalang Ayda untuk terus aktif berkarya dan membina jenama dirinya dalam industri.

Ads

Penganugerahan Bintang Cemerlang Melaka akhirnya menjadi satu lagi titik penting dalam perjalanan tersebut. Lebih manis apabila penghargaan itu datang daripada tanah kelahirannya sendiri sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Ayda dalam dunia seni.

Daripada pentas kecil seorang anak Melaka kepada figura dikenali seluruh negara, perjalanan Ayda membuktikan bahawa kejayaan tidak semestinya hadir dalam sekelip mata. Ia dibina melalui konsistensi, keberanian mencuba dan kesungguhan mempertahankan kerjaya.

Tahniah Ayda Jebat!

Artikel berkaitan: Syifa Melvin Bangga Safawi Rasid Raih Kasut Emas, Kejayaan Lebih Manis Selepas Dikurnia 2 Cahaya Mata

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Lingling Kwong

Lingling Kwong Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia 2026, Raih Lebih...

Lingling Kwong dinobat wanita paling cantik di dunia 2026 dengan lebih 22 juta undian. Kenali bintang Thai-Hong Kong yang turut mencuri hati peminat Malaysia.