“Kalau Ayah Kita Masih Ada, Hargailah Mereka…” Sebak, Minta Anak-Anak Hadam Nasihat Dr Maszlee Malik Ini!

“Cabaran seorang bapa, di mana pun, waktu bila pun, sama… iaitu menjadi seorang yang bertanggungjawab,” ringkas pesanan YB Dr Maszlee Malik kepada Majalah Nona tentang makna menjadi ‘bapa’ pada musim pandemik.

Sebagai mantan Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, banyak usaha beliau yang sering mendapat perhatian masyarakat.

Golongan guru khasnya sering berkongsi keluhan dengan Dr Maszlee di media sosial, yang sedari sejak dulu lagi prihatin terhadap nasib pendidik di Malaysia.

Beliau sebagai wakil rakyat yang bergerak seperti ‘seorang bapa’ juga tidak ketinggalan menyelami masalah yang menimpa ‘keluarga besarnya’. Selain isu ekonomi, Dr Maszlee begitu gigih mengetengahkan masalah capaian Internet yang perlahan sehingga menjejaskan kelancaran pembelajaran anak-anak di rumah.

Cerita tentang Hari Bapa menjadi topik wawancara Majalah Nona dan Dr Maszlee Malik dalam video di bawah…

 

BERTANGGUNGJAWAB

Dr Maszlee Malik merupakan suami kepada Dr Hamidah Mat, iaitu seorang pensyarah di Open University Malaysia (OUM). Perkahwinan mereka mengurniakan empat cahaya mata iaitu Nusaybah, Sumayyah, Rufaydah dan Mujaddid.

Terkenal dengan hobi suka membaca, lelaki budiman berusia 46 tahun ini turut menerapkan minat terhadap buku itu kepada anak-anaknya. Selain itu, mereka juga menjadikan agama sebagai panduan hidup sepanjang masa.

Amalan solat berjemaah antara yang menjadi kemestian mereka pada musim pandemik. Waktu berkumpul itu juga dimanfaatkan untuk memberi tazkirah kepada keluarganya mengenai kehidupan seharian.

YB Dr Maszlee Malik

 

Bersama isteri tercinta (Foto: Majalah Keluarga/Ideaktiv)

 

Keluarga kecil Dr Maszlee Malik (Foto: Majalah Keluarga/Ideaktiv)

 

Semoga amalan Dr Maszlee menjadi contoh kepada ayah ayah lain yang membaca. Sempat juga beliau berpesan kepada para followers Majalah Nona yang masih mempunyai ayah, supaya menghargai mereka sementara masih ada!

IKLAN
Share