Kali Kedua Bawa Bayi Dalam Perut ke Tanah Suci, DATIN SERI SHAHIDA Tunai Haji Tahun Ini!

Murah rezeki Datin Seri Shahida. Selain selebriti terkenal seperti Datin Paduka Seri Umie Aida, Erra Fazira dan Neelofa yang bakal mengerjakan ibadah haji tahun ini… isteri usahawan ternama Datuk Seri Aliff Syukri ini juga berpeluang melaksanakan rukun Islam kelima tersebut.

Berangkat ke Tanah Suci Mekah pagi tadi, Datin Seri Shahida turut melahirkan rasa syukur menerima panggilan sebagai jemaah haji Malaysia tahun ini di samping memohon kemaafan dan mendoakan kesejahteraannya sepanjang berada di sana. Kongsinya, “Alhamdulillah tahun ini rezeki saya dijemput lagi mengerjakan haji menjadi tetamu Allah di Bumi Mekah. Tidak keseorangan bersama anak saya yang masih di alam rahim yang temankan saya sepanjang berada di sana.

Dulu tahun 2016 saya pergi pertama kali banyak pengalaman yang saya dapat hingga membuatkan saya berkobar-kobar tanamkan niat untuk sekali lagi menunaikan haji. Alhamdulillah tahun ni rezeki Allah makbulkan bersama anak di dalam kandungan saya ni.

Doakan saya dan bayi di dalam kandungan diberi kesihatan yang baik bagi mengerjakan ibadah haji tahun ni mudahan dikurniakan haji mabrur. Terima kasih suami beri saya izin walaupun agak berat sebab saya tengah hamil. Terima kasih sudi bagi peluang pada saya dan jagakan anak-anak. Jujur benda paling berat ialah tinggalkan anak-anak terutama Yusoff yang masih kecil. Tapi saya yakin inshaAllah anak-anak saya dalam perlindungan yang Maha Esa.

Kepada semua sahabat sama ada yang mengenali saya secara peribadi atau di media sosial saya memohon kemaafan jika ada terguris rasa atau terkasar yang membuatkan anda tersinggung.”

Ini bukanlah kali pertama Datin Seri Shahida berada di Mekah dalam keadaan hamil kerana kira-kira dua tahun lepas sekitar tahun 2017, beliau yang mengerjakan umrah bersama kenalan rapat yang juga penyanyi Bienda dilaporkan sedang berbadan dua ketika itu. Beberapa hari selepas pulang dari Mekah… barulah ibu berusia 34 tahun ini memaklumkan berita gembira tersebut kepada umum.

Sebaik melahirkan Yusoff Al Qardawi pada 25 Jun 2018, Datin Seri Shahida sekali lagi menunaikan umrah bukan sahaja di samping ibu dan bapanya bahkan beliau turut membawa anak keempatnya bersama. Waktu itu Yusoff berusia lima bulan.

Mengimbas kembali momen berkenaan… kongsinya, “Waktu mama baru pregnant Yusoff tahun lepas 2017. Kebetulan dah daftar umrah. Berbelah bahagi antara nak pergi atau tidak sebab nak tunggu Yusoff Al Qardawi lama baru dapat. Lepas last bersalinkan Abang Baem 6 tahun lepas.

Tapikan mama fikir kalau Tuhan nak bagi rezeki inshaAllah ada. Kadang kalau kita terlalu risau dan terlalu berjaga-jaga, kalau dah Allah kata bukan rezeki kita tak dapat juga. So

pergilah mama ke sini dengan pening mabuk, muntah dan macam-macam simptom mama bawa ke Mekah dan Madinah ni. Sekarang mama datang lagi bawa Yusoff pula kan… dalam keadaan sihat ceria.”

Beruntung Datin Seri Shahida kerana dilimpahkan rezeki meruah dan diizinkan Allah SWT untuk kembali ke Tanah Suci. Sebelum ini, Datin Seri Shahida pernah menjadi tetamu Allah dan mengerjakan haji pada tahun 2016 bersama arwah bapa mentuanya meskipun bertolak pada hari berbeza.

 

 

 

 

Kredit: Instagram Datin Seri Shahida

IKLAN
Share