“Kali Pertama Merasa Pakai Topi & Gaun” TAYLOR SWIFT Terharu Terima Ijazah Kehormat Kedoktoran

Penyanyi popular antarabangsa yang juga komposer, penerbit dan pengarah, Taylor Swift telah menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran seni dari Universiti New York (NYU) pada 18 Mei 2022.

Sumber: Twitter

Detik bermakna ini disaksikan ribuan penonton termasuk graduan ‘class of 22’ di Stadium Yankee yang penuh sesak. Swift tampil elegan dan berseri dengan jubah doktor kehormat rona ungu.

Sumber: Instagram New York University
Sumber: Twitter

Sebelum majlis bermula, “Doctor Taylor Swift” menjadi trending

di Twitter dengan tanda pagar #22GraduatesVersion.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Love Story’ ini berkata dia akan memanfaatkan gelaran yang diterimanya itu dan turut berterima kasih kepada Universiti New York di atas penghormatan tersebut.

“Saya tidak pernah mendapat pengalaman belajar di kolej seperti biasa.

Saya pergi ke sekolah tinggi awam sehingga gred 10 dan kemudian menamatkan pendidikan saya dengan menghabiskan tugasan di terminal lapangan terbang.

Sumber: Instagram Taylor Swift

“Saya tidak merasa layak untuk memberitahu anda apa yang perlu dilakukan kerana tiada siapa yang menyukainya.

Anda semua telah berkorban, belajar dan mengimpikan apa yang anda peroleh hari ini.

Sumber: Twitter

“Tetapi saya akan memberikan anda tip, apa yang saya lakukan semasa saya mula menjadikan impian saya sebagai kerjaya.

jangan pernah malu mencuba.”

Swift turut memuat naik video di akaun TikTok tentang persiapan dirinya untuk majlis graduasi itu dengan kapsyen:-

“Kali pertama memakai topi dan gaun – jumpa nanti NYU.”

Untuk info, penganugerahan yang diberikan ini bukanlah kerana Swift menyambung pengajiannya di peringkat kedoktoran. Sebaliknya, Universiti New York yang terkenal dengan pelbagai jurusan seni visual dan persembahan telah berbesar hati untuk memberikan penghormatan itu atas jasanya dalam industri muzik.

Swift yang memulakan karier seninya sejak usia 15 tahun telah memiliki sebanyak 100 juta album serta memenangi pelbagai anugerah dan mencatat rekod sebagai artis wanita pertama memenangi kategori Album Terbaik sebanyak tiga kali dalam Anugerah Grammy.

Kredit: Instagram Taylor Swift

Tahniah sekali lagi kepada Taylor Swift!

IKLAN
Share