Masihkah anda ingat dengan personaliti media sosial berbangsa India, Sugu Pavithra yang pernah tular suatu ketika dulu sewaktu PKP dengan video-video masakannya.
Apatah lagi dengan kebolehannya petah bercakap dalam bahasa Melayu, video masakan Sugu cukup diminati sehinggakan saluran YouTube nya menjadi tumpuan para netizen dan turut dianugerahkan Silver Play Button.
Hanya dalam tempoh yang singkat, nama Sugu Pavithra terkenal dalam sekelip mata sahaja, malah dia banyak menerima undangan majlis, jemputan mempromosikan produk malah pernah diangkat menjadi Ikon Anak Bandaraya Ipoh Tahun 2020 dan mampu mendapat gaji sekitar RM8700 sebulan, menurut sumber Harian Metro.
Namun, agak sudah lama kita tidak mendengar khabar terbaru Sugu. Baru-baru ini banyak laporan portal menulis tentang keberadaan Sugu yang dikatakan ‘menghilang’.
Ads
Netizen pula mula berspekualsi dan percaya ini punya kaitan dengan populariti mendadak yang diterima Sugu sehingga dari satu, satu isu yang timbul bermula dengan masalah dirinya dipukul suami sekitar Julai 2020 walaupun Sugu dikhabarkan sudah memaafkan suaminya itu, menurut sumber Mstar.
Dan selepas kes tersebut, mereka tidak lagi menjadi sebutan dan seakan-akan ‘senyap’ dari radar media sosial. Malah akaun Instagram rasmi Sugu juga sudah tidak aktif, dan hantaran terakhir adalah pada 143 minggu yang lepas.
Namun benarkah Sugu masih aktif? Menurut amatan kami, laman FB nya masih aktif dan kali terakhir dia berkongsi resipi masakan adalah sekitar 14 jam yang lepas (sewaktu artikel ini ditulis).
Antara resipi-repisi yang dikongsi baru-baru ini ialah masak Sardin dan Roti Puri, Kangkung Ikan Masin dan Kari ala Sugu.
Namun tidak dipastikan sama ada video-video ini adalah video baru atau video lama yang dimuatnaik semula. Dan akaun FB ini dilihat baru saja dicipta sekitar 2 hari lepas. Adakah Sugu akan buat ‘comeback’? Atau ada pihak lain yang membuka akaun FB ini, mencetuskan tanda tanya.
Ads
Apa-apapun, walau di mana dia berada semoga Sugu dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan baik-baik saja.
Diharapkan Sugu akan lebih aktif di laman-laman media sosial lain terutama sekali Tiktok. Yang pasti ramai yang merindui telatah satu keluarga ini memasak bukan?
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan penghibur ‘evergreen’, Tina Turner dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun. Turner yang menderita sakit berpanjangan meninggal dunia pada Selasa di rumahnya di Küsnacht dekat Zurich, Switzerland.
Turner yang popular dengan lagu hit ‘What’s Love Got To Do With It’ dan ‘The Best’ telah menjadi warganegara Switzerland sejak sedekad lalu.Turner dilahirkan sebagai Anna Mae Bullock di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) dan menghabiskan tahun-tahun terakhirnya di ladang seluas 260,000 kaki persegi di Tasik Zurich.
Foto: Wikipedia
Turner mencapai status kegemilangan pada usia 40-an apabila kekal dalam undian konsert teratas ketika itu.
Semasa hayatnya, Turner berjaya menjual 150 juta album di seluruh dunia, memenangi 12 anugerah Grammy dan telah diberi penghormatan di Kennedy Centre pada tahun 2005.
Penyanyi itu pernah mencetuskan kontroversi dengan mendedahkan kisah rumah tangganya dengan bekas suami Ike Turner akibat penderaan fizikal dan mental sehingga mengakibatkan muflis.
Turner bagaimanapun berjaya bangkit semula dan mencapai kejayaan walaupun sudah meningkat usia. Turner menderita penyakit seperti bronkitis, radang paru-paru dan pneumothorax.
Foto: GETTY
Dalam pada itu, White House berkabung atas kehilangan penyanyi superstar Tina Turner.
Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre berkata pemergian besar kepada komuniti yang menyayanginya dan kepada industri muzik.
Jean-Pierre yang mengaku dirinya sebagai salah seorang peminat Turner berkata bahawa lagu-lagu Turner akan terus hidup dan dikenang peminatnya.
Sumber: Astro Awani
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selamat pengantin baru buat anak kepada Allahyarham Ridzuan Hashim dan Didie Alias, Muhammad Dhanial Mohd Ridzun atas pernikahannya baru-baru ini. Muhammad Dhanial atau mesra disapa Dhan dalam kalangan ahli keluarga sah bergelar suami kepada Nur Khairunnisa di Tawau, Sabah pada 20 Mei lalu. Alhamdulillah!
Walau gembira membina rumah tangga dengan wanita pilihan namun pastinya kenangan di samping arwah ayah tetap segar di ingatan lelaki berusia 29 tahun tersebut. Apatah lagi, dia sudah pun membuat persiapan dan membeli tiket penerbangan untuk Allahyarham Ridzuan Hashim untuk majlis pernikahannya.
Bagaimana pun takdir Allah, ayah tersayang ‘pergi’ pada 4 Mei lalu.
Menerusi perkongsian video dan gambar menjelang pernikahan Dhan di media sosial Didie Alias dan adik-beradik tersayang, kelihatan rombongan keluarga ini menaiki kapal terbang ke Negeri Di Bawah Bayu demi meraikan hari bahagia Dhan.
Dhan merupakan satu-satunya anak lelaki Allahyarham Ridzuan Hashim hasil perkongsian hidup bersama Didie Alias sebelum pasangan pelakon berkenaan berpisah. Selain Dhan, mereka turut dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Dhaniyah, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza dan Nur Diyana.
Sebagai ibu, Didie bersyukur melihat anak lelakinya kini menggalas tugas sebagai suami.
“Alhamdullillah selesai majlis pernikahan anak lelaki Mumy, Muhammad Dhanial dan Nur Khairunnisa. Welcome to our family Khairunnisa. Selamat Pengantin Baru Anakku. Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Jaga Dhan untuk kami ye. We love you both.”
Meski Allahyarham Ridzuan Hashim tidak sempat menyaksikan majlis pernikahan anak lelaki tunggal, kenangan arwah bersama anak-anak dibawa bersama pada hari bersejarah Dhan apabila kesemua mereka sepakat mengenakan persalinan burgundy pada majlis persandingan.
Perkara itu didedahkan anak sulung, Nur Dhaniyah. “Backstory, reason pilih this color sebab ayah dah ada baju melayu color ni so tak payah dah beli / tempah baru sebab size dia memang susah nak dapat if readymade. Dia tinggi sangat.
Bukannya diri ini tak terima kenyataan. Hati ini hanya rindu. Al-fatihah (dibaca) Mohd Ridzun bin Puteh. Sentiasa rindu.”
Dhan menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 pada 13 Mei lepas. Semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas gandingan beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa untuk negara di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia menyambung khabar gembira buat peminat sukan tanah air apabila turut berjaya membawa pingat kedua Malaysia untuk edisi Olimpik 2024 kali ini.
Walau meraih pingat gangsa namun kejayaan itu membuatkan seluruh negara bersorak gembira meraikan kemenangan Lee Zii Jia ibarat membawa pulang pingat emas!
Dalam pertemuan mendebarkan Lee Zii Jia menentang pemain dari India, Lakshya Sen itu, anak jati kelahiran Kedah ini membuktikan semangat juang yang tinggi dalam misi memburu pingat buat tanah air.
Meskipun ketinggalan di set pertama, Zii Jia bangkit dalam set kedua dan akhirnya menewaskan pemain ranking ke-16 dunia itu dengan 13-21, 21-16, 21-11.
Syabas dan tahniah buat Lee Zii Jia kerana mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa. Ternyata segala penat lelah dan kerja keras atlet berusia 26 tahun ini membuahkan hasil.
Pelakon jelita Korea Selatan ini sentiasa memukau dengan kecantikannya yang awet muda. Tidak sekadar bakat lakonan, pesona Song Hye Kyo juga terletak pada kulitnya...