Kasih Iris Leona Genap 24 Tahun & Rai Birthday Bersama Kembar Tersayang, Wajah Andika Rees Jadi Tumpuan!

Makin terserlah cantik Kasih Iris Leona. Nama anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini bukan lagi asing dalam industri hiburan. Meskipun tidak terlibat dalam bidang seni secara serius namun Leona dikenali ramai generasi muda hari ini. Bukan hanya kerana statusnya sebagai anak selebriti tetapi juga kerana pengaruhnya di media sosial.   

Selain kisah kejayaan akademik cemerlang dan penampilannya yang berani, apa saja perkongsian dibuat Leona pasti mendapat perhatian warga maya.

Apatah lagi, gadis cantik ini sentiasa menjadi buruan produk fesyen dan kecantikan untuk menjayakan kempen promosi mereka.  

Kasih Iris Leona Sambut Birthday Dengan Andika Rees

Terbaharu, Kasih Iris Leona berkongsi momen sambutan ulang tahun hari kelahirannya di media sosial miliknya. Lebih istimewa, dia akhirnya dapat meraikan hari lahir di samping kembar tersayang, Andika Rees.  

Tanggal 13 Mac lepas genap 24 tahun usia permata hati kesayangan Azhar Sulaiman dan Chempaka Emalin Pahamin berkenaan. 

Titip penuntut University of Bath, England ini, “Here’s to turning 24. Haven’t celebrated a birthday back home in a few years so it was nice to finally be with my twin this year.” 

Menerusi perkongsian itu, Leona tampil memikat dengan gaun warna kegemarannya iaitu merah jambu. Sementara Andika Rees pula segak dalam gaya kasual T-shirt lengan panjang hitam dan berseluar jeans.  

Sebelum ini Leona atau mesra disapa Mekna pernah memberitahu kembarnya itu dilahirkan tujuh minit awal dan bersyukur Andika seorang ‘abang’ yang berhati baik, suka membantu dan sentiasa ada di sisinya apabila perlu.  

Perkongsian hari lahir Leona tersebut turut di sambut baik followers

tersayang dan rakan artis. Rata-rata mereka tidak melepaskan peluang menitipkan ucapan hari lahir dan doa kepada pasangan kembar ini.  

Pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu, Leona buat julung kalinya membuka gerai jualan ‘Mekna’s First Pop-Up’ di Pasar Seni Kuala Lumpur sempena Hari Raya.

Antara item jualan yang ditawarkan di booth miliknya ialah kaftan, biskut raya dan gift box.  

Peribadi Kasih Iris Leona

Artikel https://www.nona.my/kuih-raya-air-tangan-ratu-dangdut-amelina-enjoy-buat-bisnes-biskut-raya-dengan-anak-sulung/

Kasih Iris Leona merupakan pempengaruh media sosial dan gelagatnya menjadi bualan warga maya. Bukan hanya popular, dia juga seorang gadis cantik dan bijak. 

Personalitinya yang ‘happy go lucky’ membuatkan figura ini mudah didekati dan mempunyai sejumlah besar peminat. 

Berbeza pula kembarnya, Andika Rees Pahamin Azhar yang lebih selesa berada jauh dari dunia glamor. Bagaimana pun Andika, Leona dan bapa mereka tampil sebagai penyampai anugerah di Gempak Most Wanted Award 2024 pada 23 Februari 2025.

Andika ialah satu-satunya anak lelaki Azhar Sulaiman dan bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Maritime Business and Law, Solent University. 

Selain Andika Rees dan Kasih Iris Leona, pelakon filem Abang 92 itu juga dikurniakan tiga orang anak hasil perkahwinan dengan Chempaka Emalin. Anak sulung pasangan ini iaitu Kasih Leia Ixora berjaya tamat pengajian di University of Nottingham pada Julai 2021. 

Share
Published by
Suzi