Wah, nampaknya tahun ini Amelina sibuk menyiapkan tempahan kuih raya! Lebih istimewa, bisnes kuih raya ini diusahakan dengan puteri sulungnya iaitu Puteri Nur ‘Athirah. Dah besar panjang anak dara personaliti popular ini. Mahir masak di dapur pula tu, bertuah ibunya.
Berkongsi perniagaan kuih raya di media sosial, Ratu Dangdut ini menawarkan tiga aneka kuih raya kepada pelanggan.
Ini termasuk Biskut Semperit Anak Dara, Biskut Nestum Rindu dan Almond London. Yang pasti, ramuan yang digunakan premium dan menyelerakan!
Apatah lagi, anak perempuan kesayangan merupakan graduan Professional Cookery. Tak hairanlah, Puteri Nur ‘Athirah tidak kekok berada di dapur dan ada kemahiran menyediakan pelbagai jenis masakan dan pastri.
Ads
Ketiga-tiga kuih raya air tangan pemilik nama Norazlina Amir Sharipuddin ini juga dijual pada festival Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026. Ia berlangsung di WTC Kuala Lumpur selama tiga hari iaitu dari 12 hingga 15 Mac 2026.
Kongsi selebriti ini, “Project mak dan anak cari duit raya. Tahun ni bergabung dengan anak sulung saya, Puteri Nur ‘Athirah buat biskut raya. Boleh order hasil air tangan Kak Long dan puteri sulung saya. Homemade bukan rebranding.”
Meskipun berstatus ibu tunggal namun Amelina yang kini meniti usia 52 tahun ligat berdikari menjana pendapatan dan cekal menempuh hidup di samping anak-anak.
Pelantun lagu Rindu ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood namun dilaporkan bercerai pada 2016.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang anak iaitu Puteri Nur ‘Athirah, Putera Al’ Affiq, Putera Al’ Asyraff, Puteri Nur ‘Asyurah, Putera Al’ Arffa dan Putera Al’ Amzar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saban waktu menunggu perkembangan terbaharu nahas tanah runtuh di tapak perkhemahan Batang Kali hari ini, cukup menyesakkan dada. Syukur bila mendapat khabar mangsa berjaya diselamatkan, tapi yang terkini penemuan dua mayat ibu dan anak berpelukan jam 4.30 petang tadi membuatkan orang ramai menitiskan air mata.
Siapa menyangka, rancangan bercuti dengan keluarga bertukar tragedi hitam yang meragut nyawa. Melalui carian di Facebook, lokasi tapak perkhemahan yang tertimbus memaparkan tarikan alam semula jadi yang dilengkapi kemudahan asas seperti tandas, tempat barbeku, parkir, sungai, bilik mandi dan liputan Internet.
Kelihatan juga tapak tersebut dikelilingi anak sungai dan ladang organik. Memang tempat yang ideal untuk beristirahat dan membawa anak-anak bercuti pada musim cuti sekolah ini.
Namun melihatkan keadaan cuaca yang tidak menentu, kejadian seperti tanah runtuh tidak mustahil terjadi. Paling menyedihkan apabila mendapat khabar penemuan mayat ibu dan anak berpelukan. Sedihnya ya Allah!
Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, dua mayat mangsa ditemui pada pukul 4.30 petang berhampiran tapak perkhemahan di tepi sungai.
“Mayat yang dipercayai seorang ibu dan anaknya ditemui dalam keadaan berpelukan.
Kita percaya kedua-duanya pada asalnya sama ada di kawasan puncak bukit atau ladang, dan mayat mereka dibawa oleh pergerakan tanah ke arah kawasan tepi sungai.” Jurucakap Bomba
SELAMATKAN ANAK
Menerusi temu bual Astro AWANI dengan salah seorang mangsa di Balai Polis Ulu Yam menceritakan detik-detik cemas yang menimpa mereka.
Jelas lelaki berusia 30-an itu yang berasal dari Melaka, kejadian berlaku ketika dia bersama dua anaknya dan isteri sedang tidur di dalam khemah di lokasi tanah runtuh.
“Kita tak nampak, kita dalam khemah tengah tidur, sekali bunyi sangat kuat. Nasib saya punya khemah yang akhir sekali, ada sedikit terseliuh di kaki sebab lari.
Ketika kejadian, kami dengar bunyi sahaja, semua mangsa yang selamat keluar angkat lampu suluh, semua cari mangsa yang tertimbus.” Mangsa
Jelas lelaki itu lagi, dia dan rakannya dapat menyelamatkan seorang wanita dan bayinya yang turut tertimbus.
“Tengok berapa lama kita boleh, kita korek tanah, korek tanah sampai kita nampak kepala wanita, kita pun tak tahu dia siapa.
Nampak wanita itu boleh bernafas, wanita itu kata jangan selamatkan saya, selamatkan bayi saya.
Kita pun korek sebelah kawasan tu, kita korek selepas itu ternampak seorang bayi, saya dan kawan saya kemudian tarik keluar bayi itu. Nasib baik dapat selamat, ibu dia pun turut serta korek tanah.”
Tambah lelaki itu, dua anaknya dan isterinya berjaya melarikan diri ketika kejadian dan tiada kecederaan dialami mereka.
Semoga dengan izin Allah, segala ikhtiar pencarian mangsa tanah runtuh yang tertimbus di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya dipermudahkan dan semua mangsa dapat diselamatkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kata lemak tidak penting untuk tubuh. Tahukah anda, lemak membekalkan tenaga dan asid lemak penting untuk membantu tubuh dalam penyerapan vitamin A, D, E dan K. Selain di dapati di dalam santan, ia juga wujud dalam susu, hasil tenusu dan daging. Meskipun kandungan lemak juga mendatangkan kebaikan kepada tubuh namun pengambilan secara berlebihan berupaya menaikkan berat badan atau obesiti, di samping meningkatkan kolesterol darah dan risiko penyakit jantung.
Kolesterol sememangnya bahaya untuk kesihatan kerana ia boleh menyebabkan penyakit kronik termasuklah penyakit jantung. Oleh itu, anda harus bijak mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan tahap kesihatan yang baik. Jom lihat antara cara mengurangkan pengambilan lemak.
TIP KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepuluh malam terakhir Ramadan bakal tiba ke penghujung tidak berapa hari sahaja lagi dan pecutan untuk mengutip segala ganjaran pahala yang disediakan dari awal hingga akhir bulan mulia ini sepatutnya semakin hebat.
Apatah lagi, ketika ini hadiah cepu emas sedang menanti mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkannya, iaitu malam lebih baik daripada 1,000 bulan seperti difirmankan Allah SWT dalam surah al-Qadar. Dalam keadaan setiap lapisan masyarakat masib tertakluk Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, sudah semestinya lebih banyak masa dapat diluangkan untuk mengerjakan amalan sunat yang amat dituntut seperti membaca Al-Quran, mengerjakan solat sunat dan sebagainya.
Firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr; Dan apakah engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr itu lebih baik daripada 1,000 bulan. Pada malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)
Sebagai hambaNya, sudah tentu kita tidak mahu termasuk dalam golongan yang rugi, iaitu tidak melakukan sebaik mungkin bagi mendapatkan pahala berlipat ganda dan kurniaan lain disediakan Allah SWT, khususnya malam yang menyamai 1,000 bulan.
Simbolik Ramadan ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga menunjukkan mudahnya untuk masuk syurga serta susahnya ke neraka kerana pintunya ditutup. Sesuai sebagai bulan kebaikan, sepatutnya kita melakukan amalan baik sepanjang bulan puasa ini.
Memetik persoalan yang diajukan di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kenapakah bulan Ramadan pahala amalan digandakan lebih banyak, tidak sama seperti di bulan-bulan yang lain? Ini jawapan terhadap persoalan yang diajukan.
Sesungguhnya Allah SWT memberikan pahala kepada hamba-hambaNya yang melakukan amal soleh mengikut kehendakNya tanpa terikat kepada apa-apa peraturan. Allah SWT berfirman:
Maksudnya:Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
(Surah Hud: 123)
Imam al-Tabari dalam menafsirkan ayat menyebutkan bahawa hanya kepada Allah SWT jualah setiap amalan yang dilakukan oleh setiap mereka yang melakukan amalan. Dia-lah yang akan memberikan ganjaran kesemua manusia berdasarkan amalan-amalan mereka mengikut kehendakNya. (Rujuk Tafsir al-Tabari, 1:235)
Allah SWT melipatgandakan pahala berdasarkan beberapa sebab antaranya disebabkan oleh kelebihan dan kemuliaan yang diberikanNya kepada beberapa perkara. Kemuliaan tersebut ialah seperti:
Maksudnya:Sekiranya telah tiba bulan Ramadhan, maka hendaklah kamu mengerjakan umrah. Ini kerana umrah pada bulan tersebut menyamai pahalanya seperti mengerjakan haji. Dalam riwayat Muslim: seperti mengerjakan haji bersama aku (Rasulullah SAW).
Riwayat al-Bukhari (1782) dan Muslim (1256)
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa kelebihan dan ganjaran yang besar yang ditawarkan oleh Allah SWT di bulan Ramadhan ialah kerana ia bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Allah SWT telah memilih bulan Ramadhan untuk beberapa peristiwa besar seperti:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya:Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.
(Surah al-Qadr: 3)
Oleh sebab itu, Allah SWT telah menggandakan amalan yang dilakukan di dalam bulan Ramadan berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih dalam agama dan menganugerahkan kita taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah dengan ikhlas kepadaNya terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Amin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Madhuri Dixit berkongsi rahsia kulit mulus pada usia 59 tahun melalui penggunaan rose water, Vitamin C, pelembap dan sunscreen dalam rutin penjagaan kulit hariannya.