Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Berkat doa dan menyerahkan ketentuan takdir kepada Yang Maha Esa, Fatin Nabila Ahmad Zainuddin selamat melangsungkan pernikahan pada 14 Jun lalu.
Berita gembira tersebut dikongsikan pempengaruh ini di media sosial yang memaparkan foto pernikahannya di samping suami tercinta. Dalam hantaran itu, Fatin Nabila tampil anggun berseri-seri mengenakan persalinan indah rona putih gading.
Wanita ini memberitahu perkenalan mereka bermula apabila lelaki yang kini suaminya itu meluahkan hasrat untuk bertemu ibu Fatin Nabila pada Ramadan lepas.
“Selepas Ramadan, Fatin ke umrah. Qadarullah, bulan 4 bertunang dan tak tahu bagaimana percaturan Tuhan. Bulan 6 bernikah. Allah Maha Baik dalam setiap perancangannya.”
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Fatin memanjat kesyukuran kerana doanya ketika mengerjakan umrah ‘didengar’ Tuhan.
Ads
Titipnya, “Antara doa saya cium di batu Hajarul Aswad September tahun lepas dimakbulkan Allah SWT. Allah Maha Baik dalam setiap perancangannya.
Semoga Allah berkat perkahwinan ini dan beri kebaikan dunia dan akhirat. I’m happy to say that you’re the leader that lead my life, pouring me with love, keep on improving our living through religion. Semoga Allah reda.”
Tambah Fatin Nabila lagi, “Lesson besar perkahwinan ini. Wallahi, jangan berhenti berdoa. Berdoalah sungguh-sungguh walaupun apa yang diminta nampak seperti mustahil. Tiada apa yang mustahil bagi Allah SWT.”
Kekuatan Fatin Nabila
Tahniah buat Fatin Nabila dan pasangan. Bagaimana pun, graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini tidak mendedahkan perincian lanjut mengenai pernikahannya termasuk nama suami tercinta.
Ads
Baru sehari bergelar isteri, personaliti ini turut membuat hantaran di IG Story yang menunjukkan dia menerima rawatan perubatan di sebuah klinik sambil ditemani suami.
“Semoga Allah reda dan berkat perkahwinan ini. If it’s meant to be and it’s gonna meant to be, semua urusan berlaku atas izin Allah SWT. Our passion is to keep on improving ourselves to be the best servant of Him.
Day 1 of being a wife, oopsie husband dah kena teman dengan health issue saya.”
Fatin Nabila mula aktif dengan aktiviti dakwah sekitar tahun 2021 hingga ke hari ini. Pada awal tahun lalu, dia diuji mengalami kerugian mencecah RM400,000. Bukan itu saja, Fatin juga menerima lafaz penceraian daripada bekas suami pada malam 1 Januari 2025.
Semoga kehidupan pasangan ini sentiasa mendapat keberkatan Allah SWT dan terus tabah menjalani liku-liku kehidupan pada masa depan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah – The Home of Siti Khadijah.
Laman Khadijah menjadi saksi pembukaan Galeri Pelawat pertama milik Siti Khadijah yang menawarkan pengalaman berharga buat para pelawat tentang sejarah perjalanan 15 tahun Siti Khadijah dari segi pembuatan, tradisi dan inovasi.
Pengunjung berpeluang mencipta pengalaman berharga apabila dapat menjahit sendiri di galeri ini.
Galeri eksklusif ini bukan hanya mempamerkan legasi jenama Siti Khadijah bahkan turut menawarkan telekung dan barangan edisi terhad yang hanya ada di Galeri Pelawat.
Acara utama pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Enda Group Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Siti Khadijah Holding Sdn Bhd), Encik Mohammad Munzir Aminuddin.
Para jemputan juga berpeluang melawat sekitar Laman Khadijah sambil menimba pengalaman secara langsung dalam jahitan sejadah muka seterusnya menyaksikan pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi Siti Khadijah, Hegira dan Anbot.
FESTIVAL SITI KHADIJAH
Sempena sambutan ulang tahun ke-15 ini, Siti Khadijah turut mengumumkan ‘Festival Siti Khadijah’ yang bakal diadakan pada 22-25 November 2024.
Pelawat juga berpeluang untuk membeli telekung serendah RM100 bagi edisi terpilih serta tawaran eksklusif ketika festival berlangsung.
Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, pelancaran festival turut dilakukan di semua butik Siti Khadijah seluruh negara bermula pada 22 November sehingga 5 Januari 2025.
Para pelanggan berpeluang menikmati diskaun hebat bagi barangan terpilih serta memenangi hadiah premium produk dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM400.
Sejajar dengan visinya, Siti Khadijah berusaha untuk menjadi jenama antarabangsa pilihan yang mengutamakan keselesaan, praktikaliti dan kesederhanaan dalam mengketengahkan produk gaya hidup.
Siti Khadijah merupakan jenama tempatan terkemuka yang telah mempelopori pasaran khusus pembuatan telekung di Malaysia dengan lebih daripada 56 butik tempatan, satu di Indonesia dan satu lagi di Singapura.
Setiap kali menjelang Zulhijjah dan Aidiladha pasti memori mengerjakan ibadah haji tahun 2018 memberi kesan kepada selebriti cantik, Datin Hajah Fouziah Gous. Mana tidaknya, waktu itulah dia dan suami benar-benar diuji untuk memilih sama ada mahu terus berada di samping anak tersayang ataupun berserah kepada Allah Taala dan menunaikan haji. Biarpun suasana haji tahun ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya disebabkan Covid-19… namun ia bukan penghalang buat umat Islam seluruh dunia untuk terus beriman dan bertakwa kepada Yang Maha Esa.
Mengimbas kembali kenangan sehari sebelum berangkat ke tanah suci, pasangan romantis ini diduga dengan keadaan kesihatan anak bongsu mereka iaitu Zaheen Yusuf. Dalam keadaan anak yang masih tidak sedarkan diri selepas dibedah, Datin Hajah Fouziah Gous dan suami, Dato’ Haji Md Zhafran Md Yusof terpaksa meninggalkan Zaheen di Unit Rawatan Rapi (ICU). Bukan kerana tidak sayangkan anak… sebaliknya mereka yakin urusan ‘jemputan ke rumah Allah’ waktu itu lebih penting daripada segala-galanya. Malah, mereka tetap percaya ia adalah keputusan terbaik waktu itu.
Menyerahkan hidup dan mati serta nasib keluarganya kepada Allah Yang Maha Esa, Datin Hajah Fouziah dan suami selamat tiba di Tanah Suci pada saat-saat akhir selepas berdepan pelbagai halangan. Mengakui lebih selesa disapa Hajah kerana mahu menghargai kesukaran yang dilalui untuk mendapatkan ‘gelaran’ tersebut, penampilan usahawan berusia 37 tahun ini tampak lebih manis sejak dia memutuskan untuk berhijab kira-kira dua tahun lalu.
Menyimpan kemas semua pengalaman pahit dan manis sepanjang mengerjakan rukun Islam kelima itu pada Ogos 2018, Datin Hajah Fouziah terbuka membuat pendedahan eksklusif kepada Nona.
“Dua hari sebelum pergi haji anak saya, Zaheen Yusof tak sihat. Bawa pergi ke klinik dan check tapi tak demam pula. Malam tu lepas balik dari klinik saya jadi nervous bila tengok pampers dia ada darah. Bagi minum air atau susu, dia muntah. Call doktor tapi esok pagi baru doktor akan datang untuk periksa usus anak kami. Memang saya tak tidur langsung sampai ke pagi. Keesokan hari, doktor buat ultrasound. Setelah puas diperiksa, doktor kata semuanya ok dan tak jumpa apa-apa yang meragukan.
Kebetulan masa doktor suruh balik ke wad, Zaheen menjerit. Reaksi sama yang saya nampak bila dia rasa sakit. Terus doktor buat ultrasound dan nampak usus besar dan kecil dia tersangkut jadi kena dibedah. Memang besar dugaan Allah bagi tapi saya bersyukur sebab kebetulan waktu itu ada pakar bedah kanak-kanak yang bertugas dan boleh terus buat operation pada hari sama pukul 5 petang. Sampai Maghrib kami tunggu, tapi anak tak keluar lagi dari bilik pembedahan. Jujurnya, kami suami isteri dah mula tak tentu arah. Segala baju dan kelengkapan haji pun kami tak sempat buat apa-apa lagi.
Ikutkan esok dah nak pergi haji dan kumpulan kami kena berkumpul di KLIA pukul 4 pagi untuk transit di Filipina sebelum bertolak ke Mekah. Tapi sebab anak kena pembedahan kecemasan ni, kami tak jadi ikut kumpulan jemaah seramai 36 orang tu. Walaupun risau dengan keadaan anak, sedikit pun tak timbul niat untuk batalkan hasrat pergi haji. Jadi, sementara tunggu anak keluar dari operation theatre suami sempat beli tiket penerbangan ke Filipina yang dijangka bertolak waktu Subuh.”
Dugaan ibu dua anak ini tidak hanya terhenti di situ. Sebaik mengetahui pembedahan berjalan lancar namun Zaheen terpaksa diletakkan di ICU kerana keadaan dirinya yang masih kecil dan belum sedarkan diri. Waktu menatap wajah anak kecilnya itulah Datin Hajah Fouziah teringat perbualan mereka suami isteri yang secara tak sengaja mengkaji situasi pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sehari sebelum dijadual berangkat ke Tanah Suci. Sungguh, ia seolah-olah menggambarkan perkara sama yang sedang dilalui mereka suami isteri pada saat itu.
“Seperti mana Nabi Ibrahim meletakkan Allah dahulu daripada anak kandungnya sendiri, seperti itu jugalah yang harus kami lakukan. Setelah bertanya kepada ustaz, semua ini adalah dugaan dan kena percaya kepada Allah. Sebab itu kami memutuskan untuk pergi mengerjakan haji walau apa cara sekalipun. Saya rasa Allah betul-betul bagi satu kekuatan yang luar biasa. Kami masing-masing macam tahu tanggungjawab nak pergi haji. Walhal bila saya ada di pejabat pun, saya akan tetap bawa anak sebab tak mampu berenggang dengan mereka.
Tengah malam lepas selesai packing baju semua, kami datang balik ke hospital nak tengok Zaheen tapi dia masih belum buka mata lagi. I try to be strong. Balik rumah, memang tak boleh tidur. Subuh tu, kami bersiap-siap untuk berangkat ke Filipina. Apa yang boleh saya katakan, bila kita tahu maksud reda yang sebenar, apa saja yang berlaku bukan lagi benda besar.
Dah sampai Filipina kami akhirnya dapat bertemu dengan kumpulan jemaah kami. Mereka sedang tunggu di dalam bas sebab penerbangan kami ditunda. Lepas makan, kami balik semula ke airport sebab waktu penerbangan dalam pukul 12 tengah malam.
Bayangkan keadaan kami suami isteri yang dua hari tak tidur. Memang lesu. Walaupun flight ditunda tapi Alhamdulilah, saya dapat facetime.. chat dengan anak. Ada hikmah tersendiri yang susah nak diungkapkan. Saya percaya Allah bagi benda yang Dia dah rancang yang terbaik untuk kita.”
Ujian datang menimpa lagi ketika mereka dijadual berlepas ke Mekah. Sebaik saja semua penumpang sudah berada di dalam pesawat, kami kemudian diarahkan keluar atas sebab teknikal. Berbekalkan beg bimbit yang hanya membawa Al-Quran dan telekung serta persalinan yang dipakainya, Datin Hajah Fouziah dan kumpulan jemaah ditempatkan di sebuah hotel di Manila buat sementara waktu. Diam tak diam, mereka terkandas di Filipina selama tiga hari dua malam.
“Masa tu 15 hari bulan Ogos.. ikutkan 17 hari bulan dah tak boleh masuk Mekah sebab dah nak wukuf. Nasib baik kami naik Saudia Airlines dan diberi keistimewaan kerajaan Arab Saudi, jadi tak terlepas wukuf. Kelebihan Allah nak bagi, saya dapat tidur puas-puas. Daripada nak buat haji tamattu.. dapat pula buat haji ifrad. Walaupun makanan, hotel dan segala keperluan kami sepanjang terkandas tu sangat best dan hebat tapi selagi tak dapat pergi Mekah, rasa kosong. Kalau tengok sudut positif pula ketika terkandas ni, saya dapat communicate dengan anak-anak saya very well. Alhamdulillah.
Sampai je malam tu kami semua terus ke Arafah. Masa dekat Muzdalifah, Arafah dan Mina pun kami terkandas. Dengan pakai baju yang sama lagi.. tapi syukur, akhirnya kami dapat mengerjakan haji dengan baik walau berdepan dengan macam-macam dugaan. Bila dikenang kembali semua kenangan ini, saya dapat rasa betapa besarnya cabaran dan
sukarnya to get my ‘Hajah’,” akhirinya.
Alhamdulillah, kini Zaheen sudah pun berusia dua tahun dan abangnya Muhammad Zeeshan, empat tahun. Dari apa yang dikongsikan Datin Hajah Fouziah, jelas menunjukkan betapa besar ‘kuasa’ yakin terhadap Allah SWT. Andai kita reda dengan ketentuanNya, yakinlah Dia ada perancangan yang lebih hebat. Moga impian kita semua untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci suatu hari nanti dimakbulkan. InshaAllah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis perkahwinan ala bangsawan pelakon tampan Sidharth Malhotra dengan aktres Kiara Advani yang diadakan di Suryagarh Palace, Jaisalmer seakan belum lagi reda walaupun sudah mengikat tali perkahwinan pada 8 Februari lepas.
Memandangkan tiada telefon bimbit dibenarkan dibawa masuk ke dalam majlis perkahwinan tersebut, maka tiada sebarang gambar perkahwinan mereka yang dapat dilihat oleh netizen sewaktu itu. Namun, pasangan yang sudah pun bergelar Mr dan Mrs Shershaah ini akhirnya berkongsi gambar perkahwinan mereka menerusi media sosial masing-masing.
Mereka kelihatan cukup segak mengenakan baju pengantin di majlis perkahwinan ala Diraja Rajasthan yang dilangsungkan dengan cukup sempurna itu. Kiara Advani kelihatan cantik dalam lehenga merah jambu yang direka oleh Manish Malhotra. Manakala Sidharth Malhotra pula tampak segak mengenakan sherwani gading.
Menerusi sebuah video perkahwinan yang dikongsikan oleh kedua-dua pengantin, majlis perkahwinan mereka yang bertemakan merah jambu cair itu telah dilengkapi dengan band muzik yang dibawakan khas dari Delhi.
Sidharth Malhotra dan Kiara Advani juga telah melalui beberapa upacara perkahwinan yang penting dan ia turut diakhiri dengan majlis tarian Bollywood. Hanya dihadiri oleh teman dekat, anggota keluarga, dan pemai industri, beberapa selebriti juga dilihat turut hadir meraikan pasangan pengantin termasuk Shahid Kapoor dan Mira Rajput, Karan Johar, Isha Ambani dan Anand Piramal, serta Juhi Chawla bersama suaminya Jay Mehta.
Untuk rekap, Kiara Advani dan Sidharth Malhotra bertemu buat pertama kali dan jatuh cinta di set filem Shershaah pada 2021. Dalam film tersebut, Sidharth memegang watak tokoh tentera bernama Vikram Batra dan Kiara Advani menjadi kekasihnya yang benama Dimple Cheema.
Tahniah NONA ucapkan buat kedua-duanya, semoga perkahwinan dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT dan sudah pun tertulis di Luh Mahfuz. Industri seni tanah air pada 5 Ogos lalu kehilangan seorang bintang berbakat besar dikenali sebagai Cik Man yang telah lama mewarnai dunia hiburan sejak 40 tahun lepas.