Wow, terbeliak mata tengok deretan jongkong-jongkong emas yang tersusun di rak sebuah gudang istimewa ini!
Ibarat jumpa harta karun, gudang simpanan emas yang dipercayai milik Bank of England ini dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai lebih 200 bilion pounds sterling atau bersamaan sekitar RM1,066,511,600,000.00!
Bukan hanya himpunan jongkong emas itu saja yang menarik perhatian, malah struktur gudang juga diperbuat dengan cukup rapi dan dijaga dengan kawalan ketat.
Ads
Berdasarkan gambar yang dikongsi dari Infinitos Fakta Terokai Pengetahuan itu, gudang simpanan emas berkenaan dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di kota London.
Ads
Kredit foto Infinitos Fakta Terokai Pengetahuan
Ia turut dilaporkan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, iaitu terletaknya ibu pejabat Bank of England’s City of London.
Ads
Keluasannya juga membuatkan ramai yang terpegun apabila ia dikatakan lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42.
Selepas menanti hampir 25 tahun untuk naik ke pentas berprestij Anugerah Industri Muzik AIM, ahad lepas akhirnya penyanyi bersuara lunak Liza Hanim berjaya mengapai impiannya untuk menggenggam trofi keramat tersebut.
Tenyata Liza Hanim tidak dapat menyembunyikan rasa sebak dan terharu namanya diseru untuk tampil ke pentas dan mengungguli kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu bersama rakan seperjuangannya Shila Amzah.
“Rasa seperti mimpi. Saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi setiap kali hadir ke AIM. Saya datang pada malam ini lebih kepada membuat persembahan. Menang atau tidak, saya tolak ke tepi. Alhamdulillah, rezeki Allah yang tentukan. Ini kali pertama saya genggam trofi AIM. Selepas pandemik pula itu, 25 tahun kau tunggu trofi ini Liza,” ujarnya menurut laporan UTUSAN.
Lebih manis, Liza dan Shila turut merangkul anugerah Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem atau Drama menerusi lagu Bahagiakan Dia ciptaan Aliff Iskandar dan Que Afiq. Turut menjadi highlight pada malam itu ialah persembahan Liza bersama dengan Datuk Seri Siri NUrhaliza yang dilihat berjaya menggegarkan pentas anugerah berprestij itu dengan persembahan rangkaian lagu popular mereka.
Dalam pada itu, Liza berkata, kemenangan itu membuat dia terimbau kenangan ketika mula-mula melangkah ke dalam industri muzik. “Bila menang, saya macam flashback balik. Ketika anak dara, masuk ke dalam industri seni berbekalkan bakat semata-mata. Lagu ini akhirnya menebus dahaga saya untuk AIM. Insya-Allah, saya lebih semangat dan kuat selepas kemenangan ini,” katanya.
(Sumber: Utusan | Kredit Foto: Instagram @lizahanim)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Piala Seri Endon 2025 bukan sahaja meraikan keindahan seni batik Malaysia, malah turut mencatat detik bersejarah apabila Duli Yang Maha Mulia Raja (DYMM) Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan untuk menerima kotak hadiah eksklusif NIVEA LUMINOUS Skin Glow yang direka khas bersempena tahun ke-5 berturut-turut NIVEA sebagai rakan penjagaan kulit rasmi acara tersebut.
Disampaikan oleh Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura, Dr Christopher Vierhaus kotak hadiah eksklusif NIVEA LUMINOUS Skin Glow menampilkan cermin imbas wajah inovatif dalam kotak aksesori khas dihiasi motif batik biru.
Hadiah tersebut melambangkan budaya dan inovasi penjagaan kulit terbaik NIVEA, LUMINOUS Skin Glow Serum, yang baru-baru ini tular apabila ia bukan hanya menjadi pilihan selebriti global dan tempatan bahkan menarik perhatian diraja.
Seperti dijangka, cermin imbas wajah mendedahkan kulit DYMM Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang cantik berseri dan sihat secara semula jadi.
“Selama lebih 100 tahun, NIVEA sebagai jenama yang dipercayai dan sentiasa memacu inovasi dalam sains penjagaan kulit. LUMINOUS Skin Glow Serum adalah penemuan terbaharu kami, memberikan hasil yang ketara hanya dalam tiga hari serta meningkatkan keyakinan pengguna untuk memiliki kulit yang berseri.
“Teksturnya yang ringan berasaskan air menyerap dengan mudah dan meningkatkan keserian kulit dengan segera,” kata Dr Vierhaus.
Diperkaya dengan Thiamidol yang dipatenkan, terbukti 60 kali lebih berkuasa berbanding Vitamin C, LUMINOUS Skin Glow Serum turut dirumus dengan Niacinamide untuk memperhalusi liang pori dan Aloe Vera untuk untuk melembap serta menenangkan kulit, menawarkan manfaat segera dan berpanjangan.
Apabila digabungkan dengan NIVEA LUMINOUS Liquid Refiner, terbukti secara klinikal memberikan 4X Glow Effect seterusya membantu pengguna mendapatkan kulit yang lebih licin, cerah dan berseri.
Selama lima tahun berturut-turut, NIVEA dengan bangganya menjadi rakan penjagaan kulit rasmi untuk acara Piala Seri Endon, kerjasama dengan PENYAYANG.
Kolaborasi jangka panjang ini bukan sahaja menzahirkan penghormatan NIVEA terhadap warisan budaya Malaysia, malah selari dengan misinya CARE beyond skin untuk mengangkat seni, meraikan warisan, dan menghargai komuniti.
“Penglibatan NIVEA di Piala Seri Endon bukan sekadar penajaan, ia mencerminkan sokongan padu kami dalam meraikan budaya dan warisan Malaysia. Bagi kami, ia tentang meraikan detik istimewa yang menyatukan semua dan memperkasakan individu agar tampil yakin berseri hinggalah detik penghormatan diraja ini.
“Dengan mengangkat seni batik Malaysia dan kerjasama bersama Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), kami menzahirkan nilai teras iaitu CARE, meraikan detik bermakna ini dalam membantu orang ramai menjadi versi diri terbaik mereka, dan membawa perubahan positif kepada masyarakat.
“Inilah cara kami meluaskan peranan sebagai rakan budaya dan peneraju global penjagaan kulit,” tambah Dr Vierhaus.
Peminat kecantikan boleh mendapatkan NIVEA LUMINOUS Skin Glow Serum yang sama seperti dipersembahkan kepada DYMM Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di cawangan Watsons seluruh negara.
Hati ibu mana yang tidak gembira apabila melihat anak kesayangan bakal melangkah ke alam perkahwinan. Rasa syukur dan gembira pastinya mengiringi perubahan status si anak untuk bergelar pemimpin rumah tangga.
Melalui hantaran di laman Facebook, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood berkongsi kegembiraannya meraikan majlis pernikahan anak bongsunya di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
Pagi Jumaat yang penuh makna pada 20/1/23 di Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol Kota Bahru, Kelantan. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT dan dengan rahmat Nya.
Dengan sekali lafaz akad nikah, putera bongsu penceramah popular ini, Wan Muhammad Nasrullah Wan Akashah sah menjadi suami kepada permaisuri hatinya, Ustazah Nurulhuda Ali.
Ustazah Siti Nor Bahyah sempat berkongsi titipan istimewa buat anak bongsu tersayang di laman Facebook miliknya.
Ya Allah, kurniakanlah kepada pasangan pengantin ini Nasrullah dan Huda rumahtangga yang penuh dengan cinta dan kasih sayang, iman dan taqwa, ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat hingga ke Syurga Mu.
Anugerahkanlah kepada mereka zuriat keturunan yang Qurrata A’yun sebagai
penyejuk di hati.
Meskipun pada malam Jumaat yang lalu, ketika kita berada di Homestay iaitu malam akhir Adik “single”, esok pagi dah nak bergelar seorang suami..Adik salam cium tangan Mama dan peluk cium Mama, Abah, Yang (ibu Ustazah), kakak dan abang-abang Adik..
Tambah Ustazah lagi, anak bongsunya itu sememangnya manjda dengan adik beradik yang lain dan pernikahannya itu menjadi medan perhimpunan keluarga besar Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Nor Bahyah.
Adik minta maaf dan ucap terima kasih pada semua yang sanggup bersusah-payah datang ke Kelantan untuk berada di sisi Adik di hari bahagia Adik. Apa lagi..semua menangis terharu, sebak semua ada.Semua sayang Adik. Sayang sepenuh hati.
Namun mengalir jua airmata ini sebaik sahaja selesai Adik lafaz akad Nikah. Airmata syukur kepada Allah dan airmata bahagia seorang Ibu. Abah jua menahan sebak. Betapa kasihnya Mama dan Abah pada anakanda yang sentiasa menyejukkan hati Mama, Abah dan keluarga.
Menurut perkongsian di Facebook, 7 bulan yang lalu keluarga ini telah berkunjung ke Kelantan untuk majlis pertunangan Wan Muhammad Nasrullah dan Huda. Selepas selesai majlis pertunangan, kini pasangan ini sah disatukan sebagai suami isteri pula. Semoga Allah memberkati jodoh dan ikatan ini.
Ustazah dan Ustaz turut memohon para sahabat FB mendoakan kebahagiaan rumahtangga pasangan ini dan menitipkan doa buat pasangan pengantin yang baharu melangkah ke alam perkahwinan.