Siapa kata lemak tidak penting untuk tubuh. Tahukah anda, lemak membekalkan tenaga dan asid lemak penting untuk membantu tubuh dalam penyerapan vitamin A, D, E dan K. Selain di dapati di dalam santan, ia juga wujud dalam susu, hasil tenusu dan daging. Meskipun kandungan lemak juga mendatangkan kebaikan kepada tubuh namun pengambilan secara berlebihan berupaya menaikkan berat badan atau obesiti, di samping meningkatkan kolesterol darah dan risiko penyakit jantung.
Ads
Kolesterol sememangnya bahaya untuk kesihatan kerana ia boleh menyebabkan penyakit kronik termasuklah penyakit jantung. Oleh itu, anda harus bijak mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan tahap kesihatan yang baik. Jom lihat antara cara mengurangkan pengambilan lemak.
TIP KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK
Kurangkan makanan bergorengCari alternatif makanan selain bergoreng
Ads
Buangkan semua kulit serta lemak pada bahagian daging sebelum dimasak.
Masak dengan menggunakan kuali kalis lekat (non-stick pan).
Gunakan minyak yang sedikit semasa menggoreng. Pastikan ia benar-benar panas sebelum menggoreng untuk mengurangkan penyerapan minyak.
Kurangkan menggoreng makanan yang bersalut tepung.
Pelbagaikan cara masakan yang sihat seperti mengukus, merebus, membakar dan memanggang.
Ubahsuai resipi untuk mengurangkan penggunaan santan. Gantikan dengan susu tanpa lemak dan rempah asli.
Elakkan makanan ringan yang kaya lemak trans dengan buah-buahan dan sayuran segar.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Naelofar melangkah setapak lagi ke hadapan apabila jenama yang cukup sinonim dengan fesyen muslimah popular di Malaysia ini menghasilkan rekaan sulung busana eksklusifnya di Madinat Arena, Dubai awal November lalu.
Ia adalah sempena penganjuran edisi kedua Swarovski’s Sparkling Couture: Infinity Exhibition yang turut menghimpunkan lebih 40 busana mewah melibatkan 50 orang pereka fesyen dari 17 buah negara di serata dunia.
Antara label antarabangsa yang tersenarai dalam pameran berprestij ini termasuk Zumorrod, Al Qattan dan Rizwan.
Bertemakan lima konsep rekaan merangkumi perkahwinan, etnik, persalinan gaun petang dan modest wear di samping garapan perhiasan serta aksesori yang bertahtakan butiran kristal Swarovski, rekaan unik Salacia menterjemahkan inspirasi busana Naelofar yang berasaskan rona-rona lautan.
Dengan penyertaan Naelofar dalam pameran bertaraf antarabangsa berkenaan pastinya membuka peluang lebih besar buat pengusaha industri muslimah ini menembusi pasaran dunia. Sekali gus melakar lebih banyak kejayaan dalam arena fesyen global.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita duka mengakhiri operasi menyelamat seorang budak lelaki Maghribi, Rayan Awram, yang terperangkap dalam sebuah lubang perigi sempit sedalam 32 meter.
Lebih menyayat hati, Rayan sebenarnya telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat.
Ibu bapa Rayan, Khaled Awram dan Wassima Khersheesh, sebelum itu turut dilihat menuruni cerun digali pasukan penyelamat sebelum kembali ke permukaan dan terus menaiki ambulans tanpa sebarang bicara.
Foto: BBC News
Ibu bapa arwah, Khaled Awram dan Wassima Khersheesh
Ambulan yang membawa tubuh si kecil
Menurut laporan media antarabangsa, Raja Maghribi Raja Mohammed VI telah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya. Berita menggemparkan ini disahkan Istana Diraja Maghribi sebentar tadi.
Hasil pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan paru-paru dan tulang belakang.
MISI PENYELAMATAN
Kanak-kanak berusia lima tahun itu dikatakan terjatuh ke dalam perigi tersebut sejak malam Selasa lepas apabila mengikut bapanya, Khalid Awram membersihkan kawasan.
Insiden berlaku di Kampung Ighran yang terpencil, terletak di wilayah Chefchaouen di Maghribi.
Usaha-usaha menyelamat Rayan sebelum ini menarik tumpuan dunia dengan kebanyakan pengguna media sosial menggunakan hashtags #saverayan sebagai tanda prihatin.
Kru penyelamat telah dikerahkan menggali kawasan berdekatan perigi tersebut selain mendapatkan khidmat pakar kejuruteraan topografi untuk mencari kaedah terbaik dan paling selamat mengeluarkannya.
Perigi hanya seluas 45 sentimeter itu terlalu sempit untuk penyelamat turun menyelamatkan kanak-kanak itu dan meluaskannya terlalu berisiko, sekali gus jentera membuat cerun ke dalam bukit untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dari bahagian tepi.
Operasi itu menjadi bertambah rumit disebabkan campuran pelbagai jenis batu dan tanah berpasir, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh.
Sepanjang operasi menyelamatkan kanak-kanak terbabit, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera bagi menggali lubang berhampiran perigi sebelum mengorek terowong untuk sampai ke lokasi mangsa.
Adik Rayan
Usaha itu terpaksa dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang gegaran yang mungkin menyebabkan runtuhan.
Selama berhari-hari pasukan perubatan dan anggota keselamatan berada di lokasi untuk mengejarkan Rayan ke hospital sebaik dia dibawa keluar.
Berita menyayat hati ini jelas menyentuh hati majoriti rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan misi penyalamatan Adik Rayan di media sosial.
Banyak ucapan takziah dan kiriman doa mengiringi berita memilukan hati itu termasuk pihak pengendali twitter Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bidang telekomunikasi yang sudah jauh berkembang pesat ditandai dengan tingginya arus informasi dan teknologi. Penggunaan telefon pintar telah menguasai hampir keseluruhan kehidupan masyarakat moden kini.
Menteri Belia Dan Sukan, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin juga telah memberi kenyataan bahawa masyarakat Malaysia akan menjadi negara bebas matawang menjelang tahun 2050 nanti. Masyarakat sekarang perlu lebih bersedia untuk menerima ‘Budaya Cashless’ dalam kehidupan.
Lanjutan daripada itu syarikat telekomunikasi, Digi telah mengumumkan kemasukannya ke dalam FinTech dengan vcash iaitu sebuah aplikasi pembayaran mudah alih yang memberikan rakyat Malaysia cara yang lebih mudah untuk membayar, menghantar, memohon dan menyimpan wang di dalam telefon pintar mereka.
Dalam usaha Malaysia menjadi masyarakat tanpa tunai, dan dengan bantuan langkah-langkah strategik Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mempercepatkan perpindahan negara ke arah e-bayaran, pengguna boleh menggunakan vcash sebagai e-Wallet pilihan mereka yang menawarkan khidmat bayaran yang selamat dan pantas menggunakan kod QR.
Selain bayaran, vcash juga membolehkan pemindahan wang di antara pengguna vcash dan bukan pengguna vcash, membantu deposit tunai dan pengeluaran pada bila-bila masa, dan membeli barangan dari kedai dalam aplikasi vcash. Pengguna juga tidak perlu membayar yuran transaksi apabila menggunakan mana-mana ciri ini.
Digi juga telah mengumumkan rakan-rakan niaganya terkenal seperti Astro Go Shop, Ezbuy, Fish & Co., Life Juice, Major Drop, Manhattan Fish Market, Mydin, Nice Catch, NY Steak Shack, RedTick, Sam’s Groceria, TAPAK, The Lorry, Tony Roma’s, TR Fire Grill, dan banyak lagi, untuk rakyat Malaysia menggunakan vcash bagi membuat bayaran. Setakat ini, vcash mempunyai 500 peniaga di seluruh negara dan berazam untuk mempunyai 2000 peniaga menjelang akhir tahun ini.
Selain itu, vcash juga boleh digunakan sebagai pilihan bayaran bagi peniaga-peniaga di bawah rangkaian gerbang bayaran dalam talian MOLPay dan iPay88, membolehkan pengguna melakukan transaksi menggunakan vcash dengan beribu-ribu peniaga dengan kedai dalam talian di seluruh negara.
Vcash ialah penyelesaian yang boleh disesuaikan dengan sebarang jenis dan saiz perniagaan. Ia boleh digunakan tanpa integrasi, vcash dianggap sebagai transaksi tunai dan pengganti tunai fizikal, atau diintegrasikan sepenuhnya ke dalam sistem POS peniaga, yang membolehkan transaksi vcash disesuaikan mengikut keperluan peniaga.
Kesemua faktor ini menjadikan vcash sangat menarik untuk peniaga, sama ada kecil atau besar, termasuklah peniaga nasi lemak atau kedai runcit di kawasan kejiranan anda.
Vcash menawarkan empat (4) manfaat utama berbanding tunai iaitu:
Selamat: Setiap transaksi dikawal oleh PIN atau cap jari.
Mudah: Di mana sahaja, pada bila-bila masa, untuk apa sahaja.
Boleh dijejak: Mengawal perbelanjaan anda.
Lancar: Bayar, hantar atau terima wang dengan hanya beberapa sentuhan.
Vcash merupakan penyelesaian yang ditawarkan oleh Digi dengan usahasama Valyou Sdn Bhd, sebuah penyedia pembayaran yang diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM) dan kini boleh dimuat turun oleh semua rakyat Malaysia di Google Play Store atau Apple App store secara percuma. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Nur Afifah Shamsudin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fatin Afeefa mendedahkan bahawa dia pernah menghadapi...