Semalam, genap 4 tahun usia perkahwinan pereka fesyen tersohor tanah air, Dato’ Jovian Mandagie dan isteri, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri. Manisnya ulang tahun perkahwinan mereka tahun ini kerana hadirnya seorang cahaya mata perempuan comel diberi nama Jeanelle Nika Mandagie pada tanggal 1 November lalu. Lengkap sudah episod bahagia rumah tangga Dato’ Jovian dan Datin Nina!
Seperti kebanyakan pasangan yang baru melahirkan anak, mereka juga menikmati momen indah bergelar ibu bapa. Setiap hari pasti ada saja foto kenangan bersama Jeanelle dimuatnaik Dato’ Jovian dan Datin Nina dalam laman sosial mereka. Dan terbaru, ibu muda ini sempat berkongsi pengalaman dan situasi yang dialaminya selepas melahirkan bayi sulung.
Terang anak perempuan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini, kenangan melahirkan Jeanelle secara pembedahan cesarean atau C section tidak mungkin dilupakan sepanjang hayat. Agak lama menyimpan hasrat untuk berkongsi kisah bersama pengikutnya di Instagram ekoran kesibukan menjaga Jeanelle dan suami tercinta, akhirnya Datin Nina berpeluang menitipkan pesanan berikut.
“Sebaik saja melahirkan anak, jangan terkejut atau sedih bila melihat diri sendiri di depan cermin. Memang mudah untuk katakan, tapi saya sendiri rasa seperti mahu menangis apabila melihat diri saya sendiri depan cermin. Your skin will stretch and your uterus will still be swollen so you will look like you are about 2 months pregnant. Tapi tak mengapa sebab uterus akan kembali mengecut ke saiz normal dalam masa 4 hingga 6 minggu, begitu juga perut anda. Just do sesi urut dan senaman.
Ads
Bagi yang menjalani C section seperti saya, our tummy will be swallen a lot longer so take your time. Yes you will be frustrated with your body, but believe me it will get better in time. Pastikan anda dikelilingi orang yang positif dan memberi motivasi. Yang penting kena happy, makan yang sihat supaya luka pembedahan akan cepat sembuh. Kejar sihat dulu dan kemudian kecantikan akan datang jua.”
Perasaan takut menyelubungi Datin Nina memandangkan ia adalah kali pertama dia dimasukkan ke hospital. Malah, dia turut mengakui takut menghadapi suntikan. Disebabkan Jeanelle agak besar, doktor menyarankan agar dia menjalani pembedahan untuk bersalin.
“Listen to your doctor, do not for once contemplate when he/she tells you that you need to go for C section. Yang penting bayi dan diri selamat. Saya tahu kebanyakan ibu akan berasa sedih selepas pembedahan ini tapi elakkan berasa demikian. Kita harus bangga dengan perjuangan ini!
Ads
Usah risau jika pengeluaran susu badan tidak seperti yang diharapkan terutama semasa beberapa hari pertama atau minggu pertama. Saya juga mengalami perkara sama tapi yang penting bayi kena kenyang. Jadi saya berikan Jeanelle susu formula dulu. Alhamdulillah, untuk minggu pertama itu juga susu badan mula ada. Kena rehat yang cukup dan minda tenang agar para ibu mudah menghasilkan susu badan.
Ads
Ramai yang kecewa bila tak dapat susukan bayi mereka untuk tempoh ini tapi kalau anda stres lagi ia tak akan datang. Jika tak berjaya, berikan 50-50 susu formula dan susu badan. Kalau masih tidak berjaya dan tak ada rezeki juga, berikan saja susu formula. Remember a good mother feeds her child. Itu saja.”
Tambahnya, tidak kira susu formula atau susu badan apa yang penting adalah bayi kenyang dan sihat. Biarpun masih baru bergelar ibu, Datin Nina turut mencuba dan mempelajari bermacam-macam perkara tentang dunia keibubapaan. Salah satunya, amalan minum sup herba cina yang dikatakan cukup berkesan untuk produktiviti susu badan.
Sumber: INSTAGRAM NINA SABRINA ISMAIL SABRI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sumbangan bakti 5 wanita hebat ini memang tidak boleh disangkal. Masing-masing cemerlang dalam kelas yang tersendiri. Semoga terus menyuntik inspirasi buat wanita lain agar terus berjaya mengecap impian masing-masing. Memetik kata-kata hikmah 5 wanita inspirasi ini;
DATUK SERI SITI NURHALIZA
“Superpower saya ialah kemampuan untuk menggembirakan hati mereka yang mendengar alunan suara saya. Sekurang-kurangnya saya dapat memberikan senyuman mahupun meringankan stres para peminat mahupun pendengar-pendengar lagu saya. Superwoman bagi saya ibarat seorang pejuang. Setiap wanita mempunyai peranan tersendiri dalam memperjuangkan maruah keluarga, pembangunan masyarakat, bangsa, agama dan negara. Wanita paling hebat dan dekat dengan saya ialah ibu, Siti Salmah Bachik. Kesabaran serta kesungguhannya yang tinggi sebagai seorang ibu dan isteri dalam membantu meningkatkan ekonomi keluarga amat saya kagumi.” DATUK SERI SITI NURHALIZA
DATIN VIVY YUSOF
“Saya sangat suka bekerja dengan suami kerana sejujurnya menjadi seorang usahawan buatkan diri kita seolah-olah keseorangan. Kita tidak tahu sama ada keputusan yang dibuat adalah betul atau tidak, tidak tahu mana arah yang harus kita tuju sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi dan sebagainya. Tapi bila ada insan yang kita sayang terlibat sama, ia jadi lebih baik. Tidak bermakna, bila adanya mereka semua perkara menjadi mudah. Memilih rakan niaga yang tepat adalah sangat penting. Salah pilih, habis! Kami sepakat menjalankan perniagaan ini bersama-sama sebab kami nampak perkara yang membezakan kami berdua itulah yang sebenarnya melengkapkan kami.” DATIN VIVY YUSOF
ZIANA ZAIN
“I have to be strong because of my children. Everything now is because of my children. Jika boleh saya mahu menjadi seperti kedua ibu bapa saya dan mengutip kekuatan bagaimana mereka mengharungi hidup sehingga ke usia emas. Sebagai wanita, we have to be independent, to be kind, to be thankful to everybody. Kita perlu berdikari dan satu perkara, wanita memang telah dilahirkan untuk berdikari atas kaki sendiri. Kita telah diberi tanggungjawab yang sangat berat tetapi pada masa sama bergelar ibu, isteri, dan pekerja atau majikan. We are actually a bionic woman!” ZIANA ZAIN
ROZITA CHE WAN
“Saya gayakan baju mengikut kesesuaian bentuk badan. Umur bukan menjadi suatu batasan untuk bergaya tetapi perlu sesuai dengan majlis dihadiri. Cuma sebagai wanita, kita perlu tahu apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai dengan tubuh sendiri. Untuk menjadi wanita sukses, perlu ada impian dan cita-cita. Apabila kita tahu apa yang kita inginkan tentunya kita berusaha untuk mencapai impian tersebut. Namun jika mempunyai impian tetapi tidak berusaha unutk mencapainya, tak berguna juga. Kekuatan saya? Saya sangat menjaga masa. Tepati masa untuk hadiri setiap temujanji.” ROZITA CHE WAN
ANIS NABILAH
“Ibu saya ada berpesan, whatever you do in your life, you have to make a difference. Jadi saya percaya, sebagai seorang cef selebriti, tugas saya bukan hanya memasak tetapi untuk melakukan sesuatu yang lebih besar dan bermakna. Bukan hanya kepada diri sendiri tetapi kepada orang lain juga.” ANIS NABILAH
Sama cantik, sama padan. Terpancar kebahagiaan dan seri Raja Sehari apabila pasangan mempelai Mizz Nina dan Essam Muhammad tampil berbusana serba putih dalam sebuah majlis resepsi tertutup malam tadi selepas hampir tiga bulan bernikah.
Menurut sumber Sinar Plus, penyanyi dan aktivis kemanusiaan ini mengadakan majlis resepsi tersebut di sebuah ruang acara bertempat di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.
Berita itu dikongsikan menerusi laman sosial Instagram jurusolek, Fazz Ariffin yang memuat naik foto hasil tata rias pengasas Qalby App berusia 43 tahun itu.
Tampil anggun dengan solekan sederhana, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tampil kelihatan anggun dalam persalinan berwarna putih hasil rekaan pereka fesyen, Ezzati Amira.
Berjalan dari pintu masuk menuju ke pelamin, para tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto Mizz Nina dan Essam.
Aura selebriti Rozita Che Wan bukan hanya menyinari dirinya sahaja malah adik-beradik perempuannya juga turut terkena tempias aura glamornya. Ayu Raudhah sudah tentu kerana melibatkan diri dalam dunia lakonan dan berkahwin dengan bintang bola sepak, Mohamad Zaquan Adha bin Abd. Radzak. Manakala kakaknya sulung dan adiknya, Datin Jaja Che Wan walaupun tidak terlibat dengan bidang seni namun turut dikenali ramai.
Foto: Instagram @rozitachewan1
Seorang lagi adik perempuan Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, Ruby Che Wan terlibat secara tidak langsung dalam dunia seni kerana menguruskan kerjaya seni suaminya, Lan Pet Pet. Penampilan Ruby yang kini selesa berpakaian longgar dan bertudung labuh telah mencuri perhatian dan ramai yang memujinya.
Foto: Instagram @rozitachewan1
Cerita Ruby tentang penghijrahannya, “Saya melakukan transformasi diri dengan melabuhkan sedikit tudung selepas pulang daripada mengerjakan haji. Perubahan ini berlaku apabila saya terfikir sudah beberapa kali mengerjakan umrah namun apabila tiba masa mahu meninggalkan tanah suci timbul rasa tidak seronok.
Ruby Che Wan bersama suaminya, Lan Pet Pet
Apabila saya berada di tanah suci dan kembali ke Malaysia umpama berada dalam dua dunia yang berbeza. Sepatutnya ke mana sahaja kita berada amalan dan pakaian kita adalah sama.
Oleh itu sejurus pulang daripada mengerjakan haji, saya nekad untuk mengubah penampilan. Penghijrahan ini bukan untuk menunjuk alim dan sebagainya tetapi mahu menyarung pakaian yang boleh di bawa solat tidak kira masa dan tidak kira tempat,” terang ibu kepada empat orang anak ini.
Tambah wanita yang mudah mesra ini, setiap kali menemani suami menghadiri majlis tertentu ramai wanita yang bertanya tentang pakaian yang tersarung di tubuhnya. “Memang baju dan tudung yang saya pakai sekarang tidak ada dijual di mana-mana. Rekaannya saya buat sendiri dan jahit sendiri.
Dahulu saya memang tidak suka menjahit dan hanya tahu mereka pakaian sahaja. Akibat takut tukang jahit tidak faham keinginan saya justeru saya jahit sendiri. Benar kata orang jika kita buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh pasti akan berjaya,” bicara Ruby tentang baju yang selalu dipakainya.
Pernah bertugas sebagai Perancang Kewangan, Ruby juga mempunyai pernah mempunyai rangkaian produk kecantikan di bawah RCW Beauty Empire. Kini Ruby mempunyai jenama pakaian sendiri di bawah label MaliqaJilbabSyari’i. Semoga Ruby terus sukses mengendalikan perniagaan yang dekat dengan hatinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!