Kaum Wanita Lebih Mudah Alami OSTEOPOROSIS Akibat Kekurangan Sumber Penting Ini!

Makanan dan pemakanan sudah sekian lama menjadi asas bagi pembinaan tulang yang kuat. Bagi wanita postmenopausal (sudah putus haid) yang menghidap osteoporosis, sajian makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah bahagian yang penting untuk menjaga kesihatan tulang serta melindungi diri mereka daripada fraktur osteoporosis.

Vitamin D memainkan peranan yang penting bagi kesihatan tulang kerana tanpa vitamin D tubuh tidak dapat menyerap kalsium yang diperlukan untuk membina dan menjaga tulang yang kuat dan sihat secara normal bagi orang yang menghidap osteoporosis.

Osteoporosis adalah penyakit kronik yang mengakibatkan kemerosotan tulang serta mudah patah. Penyakit ini berpontesi dihidapi oleh kira-kira satu pertiga daripada wanita yang berusia antara 60 hingga 70 tahun, dua pertiga daripada wanita yang berusia 80 tahun ke atas dan kira-kira 200 juta wanita menghidap osteoporosis di seluruh dunia. Namun terdapat juga lelaki tua yang menghidap osteoporosisi.

Vitamin D

Satu kajian mendapati sebanyak 97% pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana fraktur yang tidak disebabkan trauma seperti jatuh yang ringan mempunyai kekurangan vitamin D. Kajian ini menunjukkan bahawa wanita postmenopausal yang menghidap osteoporosis tidak melindungi diri mereka dengan sebaik mungkin daripada fraktur dengan mendapat vitamin D yang mencukupi.

Walaupun garis panduan rawatan mengesyorkan supaya pesakit osteoporosis memakan vitamin D bersama ubat osteoporosis tidak mendapat vitamin D yang mencukupi. Terdapat keperluan yang mendesak untuk meningkatkan pengenalan vitamin D sebagai komponen penting dalan pengurusan osteoporosis untuk membaiki kebolehan untuk mencegah fraktur osteoporosis yang boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk dan juga mungkin maut.

Sumber Vitamin D

Pendedahan kepada cahaya matahari penting bagi pembentukan vitamin D dalam kulit. Walau bagaimanapun, ada banyak faktor yang mempengaruhi jumlah vitamin D yang dihasilkan di dalam kulit. Pada masa ini, perbuatan mengelak daripada terdedah kepada cahaya matahari di kalangan semua lingkungan usia, sama ada atas sebab kesihatan (mengelakkan kanser kulit misalnya) kecantikan atau budaya boleh mengehadkan penghasilan vitamin D.

Apabila usia meningkat usia, kulit mereka hilang keupayaan untuk mrnukarkan pelopor vitamin D kepada vitamin D melalui penggunaan matahari, dan penyakit ginjal bermakna vitamin D tidak boleh ditukar kepada bentuknya yang aktif. Ini ada kena-mengena terutama bagi wanita postmenopausal kerana kesihatan tulang berkait secara langsung dengan risiko fraktur pada usia yang lanjut.

Sumber vitamin D adalah makanan terhad dan merangkumi ikan berminyak seperti salmon, tuna, sardin dan makerel, tiram, kuning telur, hati dan makanan tertentu yang diperkuat. Kebanyakan sajian makanan lazimnya tidak menyediakan vitamin D yang mencukupi. Atas sebab-sebab ini, mungkin sukar bagi wanita postmenopausal untuk mendapat vitamin D yang mencukupi.

Makanan Sumber Vitamin D

  1. Makanan daripada sumber tenusu terutama susu, keju, dadih
  2. Ikan sardin
  3. Makanan laut seperti tiram, udang
  4. Sayuran seperti brokoli, kubis, taugeh
  5. Buah-buahan, kekacang dan tauhu. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

IKLAN
Share