Cara paling mudah untuk mendapat kebaikan buah-buahan sitrus ialah dengan memakannya terus atau dijadikan jus. Namun ramai pakar pemakanan menyarankan pengambilan buah-buahan dalam bentuk segar supaya mendapat manfaat serat yang penting untuk sistem penghadaman dan melancarkan aliran keluar bahan buangan daripada badan.
Apabila menyebut tentang khasiat buah-buahan sitrus, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran ialah kandungan vitamin C atau asid askorbik. Terkenal dengan rasa manis dan masam (atau benar-benar masam) dengan bau yang unik serta mampu membuatkan kebanyakan orang kecur air liur ini sebenarnya menawarkan banyak manfaat.
Sejak dulu, buah-buahan sitrus sememangnya diakui penting dalam pencegahan penyakit skurvi. Vitamin C juga adalah bahan anti oksidan yang berfungsi melawan radikal bebas. Ia menguatkan sistem imun badan dan mengurangkan risiko kanser.
Kajian di seluruh dunia menunjukkan bahawa ia juga boleh merangsang kesihatan sistem kardiovaskular (jantung) dengan kandungan fitonutrien di dalamnya mampu merendahkan tekanan darah yang sekali gus mengurangkan risiko sakit jantung.
Berdasarkan maklumat Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, buah-buahan sitrus juga kaya dengan folate, yang menjadikan ia ‘makanan tambahan’ yang baik untuk wanita hamil. Apa yang lebih penting, ia mampu mengurangkan risiko kecacatan pada anak di dalam kandungan.
Ads
Kandungan vitamin C membantu badan menyerap zat besi dengan lebih cepat sehingga dua hingga empat kali ganda. Manfaat ini amat penting kepada vegetarian atau golongan yang tidak mengambil makanan daripada sumber haiwan. Ia juga disarankan untuk wanita yang sering mengalami masalah anemia atau kurang darah.
Pengambilan vitamin C secukupnya secara berkala dan berterusan juga dipercayai merendahkan peluang mendapat masalah tekanan darah tinggi, kanser dan sakit jantung. Malah ia juga sangat penting untuk membantu merangsang dan menguatkan daya ketahanan badan. Semua bauah-buahan sitrus mempunyai ciri haruman tersendiri yang biasanya digunakan untuk membuat minyak asas bagi aromaterapi dan minyak wangi.
Ads
Berikut adalah jenis buah-buahan sitrus yang terdapat di pasaran.
OREN
Dianggap sebagai raja sitrus, jenis yang paling terkenal ialah Valencia dan navel. Ia boleh dijadikan kaedah membersihkan kulit secara semula jadi. Ia juga digunakan dalam bahan pencuci, minyak wangi dan masakan.
LEMON
Bentuknya bujur, berkulit tebal dan berwarna kuning serta mempunyai rasa yang masam. Ia mempunyai banyak khasiat dalam kesihatan dan sering digunakan sebagai bahan nyah kuman pada luka. Ia juga bertindak sebagai astringen (ubat mengecurkan tisu kulit) dan mempunyai kesan anti radang.
Ads
LIMAU NIPIS
Ia mempunyai lebih banyak asid berbanding buah-buahan sitrus yang lain. Kebiasaannya, ia digunakan sebagai minuman, masakan dan bahan untuk membersihkan badan.
LIMAU MANDARIN
Buah oren tanpa biji dan struktur kulitnya yang ‘longgar’ mudah untuk dikupas. Ia mempunyai rasa lebih manis berbanding buah-buahan sitrus yang lain dan ia mempunyai kandungan serat yang tinggi.
TANGERIN
Tangerin ialah nama popular bagi buah sitrus dalam kumpulan seperti oren tetapi saiznya lebih kecil dan leper. Kulitnya nipis dan berbau wangi. Ia kaya dengan vitamin C,A,B1,B2 dan B6, kalsium, zat besi dan potassium.
LIMAU GEDANG
Satu kumpulan buah sitrus yang besar serta kaya dengan serat, beta karoten, zat besi dan kalsium. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai pengembara, setiap tahun saya akan memperuntukkan masa khusus untuk bercuti ke beberapa destinasi terdekat dan satu destinasi jauh. Selain dapat merehatkan minda dan tubuh, aktiviti mengembara banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar. Jika merancang ke negara yang jauh, selalunya saya akan membuat penyelidikan terlebih dahulu dan ia mengambil masa yang lama kerana saya seorang yang sangat teliti.
RANCANG AWAL
Penghujung tahun 2017 saya memilih New Zealand sebagai destinasi kembara bersama tiga rakan iaitu Noorzaini, Hamidah dan Raja Zarina. Tempoh pengembaraan ini mengambil masa 17 hari bermula pada 10-27 November 2017.
Kami membeli tiket ke Auckland lebih kurang setahun awal. Saya banyak membaca, bertanya rakan-rakan yang pernah pergi dan mencari lokasi-lokasi menarik yang mesti disinggah melalui peta New Zealand yang dikirimkan oleh kerajaan New Zealand.
10 NOVEMBER 2017
Perjalanan bermula dari KLIA 2 ke Auckland. Masa perjalanan lebih kurang 12 jam dan singgah transit di Gold Coast selama sejam. Sepanjang di New Zealand kami memilih untuk menyewa kereta.
11-14 NOVEMBER 2017
Kami berjalan-jalan di sebelah utara New Zealand dan bermalam di Auckland City, Rotorua, Taupo dan Matamata. Pengalaman bergaul dengan backpackers yang lain cukup menarik. Kami berkongsi dapur dengan backpackers seluruh dunia. Kami turut dapat merasai tinggal di apartmen, motel, homestay dan Breakfast & Bed (BnB). Semua pengalaman ini sangat mahal walaupun masa untuk berada di bilik hanyalah pada sebelah malam.
Kemudian, kami bermalam di pekan kecil Matamata dan mengambil tour ke Hobbiton keesokan paginya. Memandangkan November waktu puncak, kami turut menempah awal semua penginapan bagi mengelakkan bilik penuh dan mahal.
15-25 November 2017
Kami bertolak ke Pulau Selatan New Zealand dengan menaiki penerbangan domestik, Jetstar. Kebanyakan tempat di New Zealand cantik-cantik antaranya bukit bukau, ladang kambing biri-biri yang kehijauan, ladang carnola dan pelbagai tumbuhan liar. Kami beruntung kerana dapat merasai musim bunga dan musim panas di sana.
Kami hanya membawa periuk nasi travel di samping perencah tomyam dan nasi goreng. Sesekali kami ada juga singgah makan di restoran masakan Melayu (Auckland) dan juga restoran fish n chips halal (Queenstown). Sepanjang berada di sini kami melakukan pelbagai aktiviti setiap hari seperti bermain Luge dan menaiki Gondola di Queenstown Skyline. Kami juga berpeluang mendaki ke Hooker Valley (Mount Cook) dan menaiki Cruise di Milford Sound.
Kami juga sempat singgah di kolam ternakan salmon, High Country Salmon dan berpeluang memberi makanan kepada salmon. Kami juga tidak melepaskan peluang membeli salmon segar dan yang telah dimasak di situ. Pada hari ke 16, kami terbang semula ke Auckland dan bersiar-siar di sekitar bandar Auckland sebelum pulang ke Kuala Lumpur keesokkan harinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Sophia Albarakbah tiba saja hangat diperkatakan. NONA enggan menyentuh kisah peribadi yang dikaitkan dengannya kini, tetapi siapakan pemilik nama Sophia Albarakbah ini? Jadi ini dia beberapa fakta menarik tentang dirinya yang tidak semua tahu.
1. Sophia AlBarakbah memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab.
2. Berumur 28 tahun dan lahir di Kuala Lumpur, Sophia mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.
3. Aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. Sophia memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian. Kemudian mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria.
4. Filem pertama Sophia adalah Mimaland yang ditayangkan pada penghujung 2020 bergandingan bersama Fattah Amin. Kemudiannya filem Pasal Kau! ditayangkan di Netflix.
5. Pernah tersenarai sebagai Top 20 dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33).
6. Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu. Beliau juga turut dikenali dengan nama lain Sophia Koshka.
7. Ibunya merupakan pemenang tempat pertama satu pertandingan kecantikan pada 1980.
8. Sophia mula dikenali ramai selepas membawa watak Cahaya Malaika menerusi lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz, diikuti watak Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada angin tiada ribut, rupanya pelakon jelita Intan Najuwa hari melangsungkan perkahwinan dan selamat bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman.
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon tersebut selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, kira-kira jam 6.45 petang sebentar tadi.
Menerusi kenyataan media yang disiarkan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.
Pada majlis yang berlangsung di lokasi tertutup di Johor Bahru itu, Ahmad Asraf telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000 kepada Intan.
Intan Najuwa dilihat anggun menyarung persalinan Fizi Woo dan solekannya menerima sentuhan Alha Alfa.
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.