Kecil Hati Digelar “Ratu Cucuk” Datin Seri Maria Farida Dedah Rahsia Kekal Cantik

Bila disebut nama Datin Seri (DS) Maria Farida pasti terbayang wajahnya yang cantik dan awet muda. Di usia 51 tahun Datin Seri Maria umpama mempunyai magnet yang menarik setiap mata memandang. Walaupun sentiasa tampil ringkas tetapi pesona yang dimilikinya tetap jelita umpama anak dara.

Namun siapa sangka rupa-rupanya DS Maria Farida tidak mempunyai rutin penjagaan kulit yang khusus. “Sebenarnya dahulu saya tidak menjaga kulit dengan begitu serius. Namun, bila usia dah meningkat 50 tahun dan mula bila lihat perubahan ketara pada kulit saya jadi risau.

Foto: Instagram @mariafarida

Bila berada dalam industri ini penting untuk saya menjaga kecantikan. Kalau tak, tak ada producer yang akan panggil kita berlakon lagi. Saya tak boleh duduk diam dan masih nak berlakon. Baru saya mula risau tentang penjagaan diri.

Sejujurnya, saya tak ada rutin penjagaan kulit kerana kulit saya sangat sensitif. Saya tak boleh guna produk yang diaplikasi ke kulit secara terus. Jika salah produk pasti akan keluar ruam atau kulit jadi gatal. Cara saya menjaga kecantikan kulit adalah membersihkan kulit dengan tisu basah sahaja itu pun jenama tertentu sahaja.

Tapi kini saya dah menemui cara penjagaan kulit untuk diamalkan iaitu dengan pengambilan kolagen. Pengambilan kolagen ini benar-benar membantu penjagaan kulit saya,” kata DS Maria Farida yang ditemui di majlis pelancaran LuCOL-S.

Jauh di sudut hati DS Maria Farida, wujud rasa kecil hati digelar sebagai ‘Ratu Cucuk’. “Getting older is privilege. Saya tak cucuk dan lebih suka yang natural. Biar growing old gracefully kata orang kan,” tutur wanita yang mempunyai nama sebenar Datin Seri Maria Farida Atienza ini.

Foto: Instagram @mariafarida

Melihat susuk tubuh DS Maria Farida yang langsing terus terpacul di mulut mesti usahawan berjaya ini tak makan nasi. “Siapa kata saya tak makan nasi. Hari-hari saya makan nasi dengan lauk favorite saya. Cuma bila saya on set shooting, saya akan kurangkan nasi. Sebab bila shooting kita akan nampak besar. So bila tak shooting time

tu saya akan ‘gasak’ nasi semua.
Foto: Instagram @mariafarida

Saya juga tak ada sekatan bila boleh makan nasi, anytime boleh makan nasi. Tapi sekarang kan trend intermitent fasting so, saya cuba pelan diet ini. Saya cuba berhenti makan sebelum pukul 8 dan akan makan semula pada pukul 12 tenghari. Saya tengah cuba dan tak tahu okay ke tak lagi,” kongsi isteri kepada Datuk Seri Abdul Rahman Shakur ini sambil tersenyum.

Foto: Instagram @mariafarida
IKLAN
Share