Gaya Hidup

Kecil-Kecil Montel, Tapi Dah Besar Kena Sakit Jantung! Ini Sebabnya Ibu Bapa Mesti Pantau BERAT BADAN Anak

Mengejutkan! Satu kajian mendapati ramai murid sekolah di negara ini memiliki berat badan yang berlebihan dan tak mustahil jika bilangan itu semakin bertambah setiap tahun.

Masalah berat badan atau obesiti di kalangan kanak-kanak, sering dikaitkan dengan faktor keturunan, pemakanan dan gaya hidup mereka yang pasif.

Sebenarnya kalau melihat pada lifestyle mereka sekarang, tak sukar pun membayangkan bagaimana masalah ini kian meningkat. Mereka lebih suka berkurung di rumah, sama ada bermain permainan video, menonton televisyen atau melayari Internet di rumah.

Makanan ringan pula tak henti-henti dimakan. Selain tidak berpeluh, keadaan ini juga merendahkan metabolisme mereka tau!

Gambar Hiasan

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, melaporkan bahawa seramai 58,294 (13.8 peratus) pelajar mempunyai berat badan berlebihan mana seramai 268,314 (63.4 peratus) pelajar tahun enam mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) normal.

Menurut Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2017 yang dilaporkan oleh Dr. Amin kelmarin, ia jelas menunjukkan bilangan pelajar mempunyai berat berlebihan adalah ramai walaupun baru sahaja berusia 12 tahun.

Gambar Hiasan

Jadi bayangkan bagaimana bentuk fizikal mereka apabila meningkat dewasa? Tahukah anda risiko penyakit-penyakit bahaya yang disebabkan oleh obesiti? Ini antaranya:

  • Kencing manis terutama diabetes jenis kedua di mana hormon insulin kurang sensitif.
  • Masalah jantung.
  • Darah tinggi.
  • Sleep apnea atau tidur dengan mengalami kekurangan oksigen semasa tidur.
  • Masalah reflux (GERD) dan pelbagai lagi masalah lain.

Di samping itu, ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) menunjukkan seramai 398,987 atau 92.2 peratus pelajar melepasi tahap kecergasan fizikal memuaskan iaitu 189,929 (43.9 peratus) pelajar berada pada tahap Cergas, 168,101 (38.8 peratus) Kecergasan Tinggi dan 40,957 (9.5 peratus) Kecergasan Sangat Tinggi.

“Sementara itu, 27,031 (6.2 peratus) murid berada pada tahap Kurang Cergas dan 3,644 (0.8 peratus) Tidak Cergas,” jelasnya.

Bagaimana Membantu Anak-Anak Menjadi Lebih Cergas?

  1. Kurangkan menonton TV
  2. Pastikan anak anda bermain dengan kanak-kanak lain
  3. Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari.
  4. Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum

Walaupun bilangannya boleh dikatakan masih terkawal, ibu bapa juga harus memainkan peranan bagi mengelakkan anak mereka daripada terkena penyakit obesiti bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Norzalina Mohd Alias

IKLAN
Share