Kecil Tapi Serangan Makhluk Ni Mampu Buat Anak Meraung Sakit! Doktor Dedah Info SENGKENIT Yang Bersifat ‘Drakula’

Deritanya tengok kanak-kanak yang diserang makhluk kecil sengkenit ini. Setiap kali cubaan untuk tanggalkan sengkenit, anak kecil akan meraung kesakitan malah terpaksa menahan rasa gatal yang teramat sangat. Jangan sesekali mengabaikan penangan sengkenit sebab ia mampu membiak sejumlah telur hingga mampu bermaharajalela pada anggota badan tertentu dalam tempoh yang lama.

Mujur, perkongsian Dr Abdul Rahim menerusi entri terbarunya di Facebook tentang sengkenit membuka ruang kepada para ibu bapa mengatasi masalah ini. Terangnya, sengkenit atau ada yang menggelarnya kutu babi, tempiras, pirah atau tick

ini bersifat seperti drakula. Ia adalah ektoparasit atau parasit luaran yang hidup dengan menghisap darah manusia termasuk mamalia seperti burung, reptilia dan amfibia untuk pembiakan.

Caranya, ia akan sedut darah dengan menggunakan sengatnya yang tajam ke depan dan ada 8 kaki. Habitat sengkenit adalah di lalang dan daun-daun di belukar. Bila ‘rumah’ sasaran menghampiri, ia akan  melekat lalu merayap mencari kulit. Menurut Dr Abdul Rahim, kebiasaannya sengkenit suka menghisap darah manusia di sekitar permukaan kulit yang lembut.

Antaranya di :

  • Muka
  • Mata
  • Telinga
  • Kemaluan

Bila ia hisap darah saiz perutnya akan membesar 30 kali ganda saiz asli. Sengkenit juga suka hinggap dekat kanak-kanak yang gemar bermain dalam semak-samun atau semasa perkhemahan di belukar dan hutan. Bukan itu saja, kanak-kanak yang suka menggomol dan peluk haiwan peliharaan mereka seperti kucing, anjing, ayam, burung dan sebagainya yang telah diserang sengkenit berisiko besar dijangkitinya.

RAWATAN

  • Zaman dulu di kampung, ibu bapa akan sapu kapur sireh untuk tanggalkan sengkenit. Ada juga yang sapu minyak panas.
  • Jika di klinik, doktor akan menggunakan forcep artery / penyepit untuk memudahkan proses menanggal sengkenit setelah dibius bahagian yang terlibat.

 

 

IKLAN
Share