Gaya Hidup

Kecomelan Wan Khaleeda Raih Tumpuan, Fizo Omar Akui ‘Genetik Kelantan Tewas’, Lebih Warisi Gen Ibu!

Bulan April ini anak perempuan Fizo Omar dan Fazeera Nazri melangkah masuk usia 10 bulan. Makin membesar sihat dan sering menghiburkan pasangan suami isteri selebriti tersebut dengan telatah manjanya, wajah comel Wan Khaleeda Wan Hafizol turut menjadi perhatian warga maya.

Rata-rata peminat Fizo dan Faz memuji kecomelan Wan Khaleeda. Bahkan semakin menginjak usia, raut wajah anak ini kian terserlah mewarisi gen ibunya yang berasal dari Sarawak.

Pendek kata, memang Fazeera Nazri’s junior!

Malah, pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar ini sendiri mengakui genetiknya yang berasal dari Kelantan tidak diwarisi anak perempuan keduanya itu. Tidak seperti anak sulungnya, Wan Maryam yang ada iras Fizo Omar.

Kredit Instagram @fizoomar
Kredit Instagram @fizoomar
Kredit Instagram @ffezyranesry
Kredit Instagram @ffezyranesry
Kredit Instagram @fizoomar

Fizo di Instagram miliknya berseloroh, “Copy, Paste & Print. Wan Fazeera binti Wan Sarawak. Nampak gayanya genetik Kelantan tertewas di tangan genetik Sarawak.”

Fazeera atau mesra disapa Faz merupakan wanita kelahiran Kuching, Sarawak dan bekas pramugari mendirikan rumah tangga dengan Fizo Omar pada 21 Oktober 2021.

Hasil perkahwinan Fizo yang terdahulu dengan Mawar Abdul Karim, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

Faz kini hamil anak kedua dan sekali lagi bakal timang anak perempuan tidak lama lagi.

Baca https://www.nona.my/beza-khaleeda-adik-dia-ni-11-bulan-je-fazeera-terima-rezeki-tak-rancang-bakal-sambung-master/

Kredit Instagram @fizoomar
Kredit Instagram @fizoomar
Kredit Instagram @fizoomar
Kredit Instagram @fizoomar

Menerusi perkongsian Fizo pada pertengahan Mac lalu, “Alhamdulillah Khaleeda pun dah masuk sembilan bulan dan dekat dalam ni (perut isteri) dah nak masuk lapan bulan. Lapan bulan dah sekejap je.

So inshaAllah hujung bulan lima ni due dan lagi sekali, it’s a girl. Daddy ada tiga girl, tiga princess. Wan Mariam, Wan Khaleeda, yang ni (dalam perut) wan tak diketahui lagi nama.

Doa doakan supaya selamat inshaAllah semoga dipermudahkanlah.”

Semoga ibu dan anak yang dikandung berada dalam keadaan sihat serta dipermudah segala urusan bersalin kelak.

 

 

IKLAN
Share