Kediaman Mewah Keluarga RALINE SHAH Jadi Sorotan. Siap Ada Zoo. Haiwan Peliharaan Bukan Calang-Calang!

Apabila tiba musim perayaan, sudah tentu kebanyakan warga kota akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan perayaan bersama keluarga tercinta. Begitu juga buat aktress, Raline Shah.

Sempena Aidiladha lalu, dia tidak melepaskan peluang pulang ke kampung halamannya yang terletak di Medan, Indonesia.

Dilahirkan di Jakarta dan menetap di Medan, Indonesia, anak kepada bekas diplomat serta ahli politik berdarah Melayu Johor itu pernah diangkat sebagai Ratu Pilihan dalam pertandingan Putri Indonesia 2008.

Anak sulung dari tiga bersaudara ini sempat berkongsi kemeriahan pulang ke kediaman keluarganya di Medan di mana kesempatan tersebut digunakan sebaik mungkin oleh Raline di kediaman keluarganya yang dikatakan saujana mata memandang. Mana tidaknya, Raline berkongsi video dia memberikan makanan untuk haiwan peliharaan keluarganya di rumah yang juga merupakan sekumpulan rusa!

“Back home in Medan (pulang ke kampung di Medan). Makan lontong Medan bersama ‘big bos’ (ayah)”.

“Selamat Hari Raya Aidiladha teman-teman, semoga hari liburnya menyenangkan dan mengenyangkan,” tulisnya pada kapsyen gambar.

Meskipun berasal dari keluarga berada, Raline tidak pernah menunjukkan kemewahan keluarga di laman sosial. Malah pelakon Polis Evo 2 itu lebih selesa berkongsi kehidupan peribadi serta kerjaya seninya.

Untuk rekod, bapanya merupakan seorang ahli perniagaan, diplomat, dan ahli politik  dari tahun 1999  di mana beliau terpilih menjadi anggota Majelis Permusyawaratan Rakyat Utusan Daerah Sumatera Utara. 

JUGA BACA: https://www.nona.my/anggun-berkebaya-di-festival-filem-cannes-penampilan-raline-shah-menawan-satu-dunia/

Pada tahun 2017, Raline Shah pernah dilantik menjadi Pengarah Bebas syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Indonesia. Raline yang juga anak sulung daripada tiga bersaudara adalah lulusan Sains Politik dan Komunikasi & Media Baru dari Universiti Nasional Singapura.

Dikenali sebagai selebriti yang aktif dalam kerja kebajikan seperti kedua-dua ibu bapanya, beliau bukan hanya menyertai pertubuhan amal membabitkan kanak-kanak, Three Little Angels, malah menjadi pengasas kepada sebuah badan lain iaitu Misi Kami Peduli.

Inilah baru dikatakan beauty with brain! Cantik dan punya karisma tersendiri!

IKLAN
Share