Minggu fesyen kini bukan sekadar satu pertunjukan untuk mempersembahkan koleksi sahaja, namun ertinya telah menjadi lebih meluas dengan pilihan untuk mengekspresikan apa yang di rasa oleh pereka fesyen. Ada yang bergerak dengan mempromosikan model yang bersaiz besar, ada pula yang hangat dengan mesej feminism.

IKLAN
Kehebatan Chanel Di Paris Fashion Week, Air Terjun & Sungai Dibina Khas Untuk Persembahan Fesyen
Set yang dibina cukup realistik! Seperti benar-benar berada di air terjun

Di rumah fesyen Chanel, Karl Lagerfeld cukup bernas dengan idea segarnya. Tetamu dibawa masuk ke dalam satu dimensi berbeza dengan set peragaan yang dibina seakan-akan tebing air terjun yang penuh dengan pokok dan siap dengan sungai, cukup mengagumkan. Set ini jelas menghembuskan elemen utama rekaan yang bakal diserlahkan.

Kehebatan Chanel Di Paris Fashion Week, Air Terjun & Sungai Dibina Khas Untuk Persembahan Fesyen
Model of the moment. Kaia Gerber membuka persembahan fesyen ini

Dengan set yang bergitu gah dan pancuran air yang menderu ia seolah-olah tepat dengan pengayaan model yang mengenakan rekaan cape, ponco, penutup kepada, topi, beg dan kasut yang dihasilkan dari plastik telus cahaya. Bukan senang menjadikan plastik kelihatan menarik, but suprisingly it works for this collection.

Kehebatan Chanel Di Paris Fashion Week, Air Terjun & Sungai Dibina Khas Untuk Persembahan Fesyen

IKLAN

Tinggalkan soal plastik seketika, fokus kepada busana yang dipertontonkan kepada umum. Ia memiliki aura gaya mod 60an, kegilaan stail 80an dan juga rekaan moden, setiap aspek bersatu rapi. Ada rekaan yang cukup ‘boxy, ada yang oversized, melekap pada tubuh dan ada yang cantik melayang dek penggunaan fabrik seperti sifon.

IKLAN
Kehebatan Chanel Di Paris Fashion Week, Air Terjun & Sungai Dibina Khas Untuk Persembahan Fesyen
Karl Lagerfeld bersama model cilik yang menghiasi kempen serta pentas peragaan Chanel saban tahun, Hudson Kroenig

Apa yang jelas, fabrik yang luas digunakan adalah fabrik tweed signatur rumah fesyen ini, dan semestinya ia tidak boleh didapati dimana-mana lantaran dihasilkan sendiri oleh Chanel.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI