Kejelitaan NIA RAMADHANI Berhijab Terserlah Ketika Mengerjakan Umrah. Ramai Puji Semoga Terus Istiqamah

Kedatangan bulan Ramadan sememangnya menjadi bulan yang amat dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Bulan yang penuh keberkatan dan ganjaran pahala ini menjadi asbab umat Islam berlumba-lumba mencari pahala dan melakukan ibadah sebaik mungkin.

Nampaknya, kedatangan Ramadan tahun ini disambut dengan ibadat umrah buat selebriti Indonesia, Nia Ramadhani. Menerusi laman Instagram milik pelakon yang popular dengan sinetron Bawang Merah Bawang Putih kini sedang berada di Arab Saudi mengerjakan ibadat umrah bersama suaminya, pengerusi utama stesen televisyen, tvOne,  Ardiansyah Bakrie dan anak sulungnya, Mikhayla Zalindra Bakrie.

Kejelitaan Nia Ramadhani begitu terserlah saat mengenakan hijab sepanjang proses mengerjakan umrah di Mekah dan Madinah. Ramai pengikut di media sosial miliknya memuji penampilan ibu kepada tiga cahaya mata ini yang terlihat sopan dan ayu dalam busana modest wear

yang elegan dan selesa.

Semasa mengerjakan umrah, Nia sempat melaksanakan ibadat umrah ( badal umrah) khusus untuk bapanya, Allahyarham Priya Ramadhani yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Mac 2014 yang lalu.

Menerusi laman Instagram miliknya, Nia sempat menitipkan doa semoga ibadah mereka sekeluarga diterima olehNYa dan semoga mendapat jemputan kembali mengerjakan umrah bersama 3 orang zuriatnya.

Ini bukanlah kali pertama selebriti ini melakukan ibadat umrah kerana pada 2018 Nia turut menjejakkan kaki ke Mekah bersama keluarga suaminya untuk mengerjakan umrah.

 

 

IKLAN
Share