Sekarang adalah masa untuk memberi penghargaan kepada ibu bapa kita dan menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan kita kepada kesejahteraan mereka dengan memberikan hadiah yang bermakna.
Mendapatkan hadiah yang bermakna dan istimewa memerlukan masa, usaha dan pertimbangan. Tahun ini, anda boleh menjadikan khasiat kebaikan daripada alam semula jadi yang manis dan sihat seperti madu sebagai hadiah yang berharga.
Menurut sejarah, madu adalah salah satu makanan paling awal yang dimakan oleh manusia, bermula kira-kira 8,000 tahun dahulu. Sejak berkurun-kurun lamanya, madu telah menjadi makanan yang berkhasiat lagi berharga dalam ubat-ubatan di China, India, Mesir, Greece dan dunia Arab, dan digunakan sebagai hadiah pada musim perayaan dan upacara keagamaan.
Ads
Madu telah dikenali dan digunakan sebagai ubat semula jadi, atau makanan yang sangat berkhasiat. Selama beribu-ribu tahun manusia di seluruh dunia mengakui khasiat kebaikan dan kesihatan madu, yang kaya dengan zat galian, vitamin, antioksidan, dan enzim. Pengambilan satu sudu madu setiap hari dapat menguatkan imuniti dan menjaga kesihatan anda.
JUNGLE HOUSE
Bila peminat madu dan pengasas Jungle House, Paul Poh dan Ashley Lam, memulakan pengembaraan menjelajah hutan belantara Garut di Jawa Barat, Indonesia pada 2018, mereka terserempak dengan sekumpulan orang asli pemburu lebah.
Ads
Selepas merasai madu mentah organik hutan yang tulen dan segar yang ditawarkan oleh mereka, mereka jatuh cinta dengan anugerah alam itu dan berazam untuk membawa khasiat kebaikan dari hutan ke rumah orang ramai. Dari situ bermulalah perjalanan untuk membuka kedai khusus gaya hidup, Jungle House.
Jungle House menjadikan proses memberi hadiah jauh lebih mudah dan menyeronokkan. Madu mentah dan tulen Jungle House dibawakan dalam pelbagai perasa madu dan boleh didapati dalam set yang menarik, disediakan istimewa untuk diberikan kepada ibu dan bapa.
Ads
Anda boleh membuat pesanan set hadiah madu secara khusus di dalam talian dengan mudah daripada Jungle House untuk diberikan kepada mereka yang tersayang, baik yang jauh mahupun yang dekat. Jangan lepaskan peluang yang ditawarkan sepanjang kempen ‘Manis & Sihat Jungle House’ yang bermula sekarang sehingga 26 Jun 2022.
Koleksi set madu ini memberikan kegembiraan dan kesihatan, serta mengabadikan saat-saat indah bersama dan menjadi tanda kasih sayang kepada ibu bapa anda dan juga mereka yang bermakna dalam hidup anda. Untuk maklumat lanjut, layari laman www.junglehouse.com.my
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain bulan puasa, kebelakangan ini juga ramai yang menghidap batuk kerana perubahan cuaca. Boleh dikatakan ‘musim batuk’ menjelma semula kerana yang terkesan bukan orang dewasa sahaja malah kanak-kanak dan warga emas.
Langkah berjaga-jaga bersedialah dengan bekalan ubat batuk supaya sakit tersebut tidak berlarutan.
Namun, dalam perkembangan terbaharu, pihak berkuasa kawalan dadah kebangsaan telah menarik 14 produk ubat batuk yang dikhuatiri memberi efek negatif kepada orang ramai.
Ini bermakna, tidak semua ubat batuk di pasaran selamat digunakan. Pastikan kandungan pada pembungkusannya diperiksa terlebih dahulu.
UBAT BATUK
Pihak berkuasa kawalan dadah kebangsaan telah membatalkan pendaftaran 14 produk mengandungi pholcodine di Malaysia.
Pholcodine ialah ubat batuk opioid yang bertindak terutamanya dengan menekan refleks batuk dalam sistem saraf pusat.
Manakala Agen Penghalang Neuromuskular (NMBAs) adalah bahan yang digunakan sebagai pra-pembedahan untuk merehatkan otot-otot.
Data yang ada menunjukkan bahawa penggunaan pholcodinedalam 12 bulan sebelum pembedahan, adalah faktor risiko untuk kejadian alahan serius dengan penggunaan Agen Penghalang Neuromuskular.
Setelah mempertimbangkan bahawa tiada langkah meminimumkan risiko yang sesuai boleh diambil bagi mengurangkan risiko ini dan tidak mungkin untuk mengenal pasti populasi pesakit yang mendapat manfaat pholcodinemelebihi risikonya, maka keputusan telah diambil untuk menarik balik ubat yang mengandungi pholcodine daripada pasaran.
Ramai nampaknya pernah guna produk-produk ini. Produk lain masih boleh guna. Sebagai contoh Difflam seperti di dalam gambar sahaja yang ditarik balik. Difflam lain masih selamat digunakan.
Sumber: Public Health Malaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekalung tahniah diucapkan kepada pelakon cantik, Tasha Shilla yang selamat bergelar isteri hari ini. Memilih pagi Jumaat, 28 Februari 2020 sebagai tarikh bermakna untuk mendirikan rumah tangga… aktres berbakat ini akhirnya sah menjadi isteri selepas hanya mengikat tali pertunangan selama lima hari. Alhamdulillah, benda baik tidak perlu tangguh lama!
Difahamkan Tasha selamat bergelar isteri kepada ahli kewangan bernama Muhammad Atiq Idris berusia 33 tahun dengan sekali lafaz di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Anggun mengenakan persalinan nikah berwarna putih sedondon dengan suami tercinta, pasangan ini dikatakan hanya sempat berkenalan selama dua bulan sejak Disember lalu.
Tertarik dengan keperibadian masing-masing dan keserasian di antara mereka, Tasha dan Atiq sepakat mengikat tali pertunangan pada 23 Februari lepas. Berita pertunangan Tasha nyata mengejutkan ramai pihak memandangkan tiada desas-desus mengenai kisah percintaan mereka berdua bertebaran di Internet.
Biarpun melalui proses perkenalan yang singkat namun perhubungan Tasha dan suami mendapat sokongan baik daripada kedua-dua belah keluarga.
Menurut Tasha, dia memilih untuk tidak menghebahkan niat menamatkan zaman bujang kepada pengetahuan umum kerana baginya isu tersebut cukup peribadi dan memadai jika ia hanya dikongsi bersama keluarga serta sahabat karib.
Pada upacara ijab kabul yang berlangsung pagi tadi, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Namun jumlah wang hantaran dirahsiakan. Adik Tasha,
Muhd Rizdwan Abdul Razak diwakilkan sebagai wali dan pasangan telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Wilayah, Ustaz Ihsan.
Kedua-dua mempelai dilihat cantik dan segak dalam persalinan serba putih ilham pereka terkenal, Hatta Dolmat pada majlis akad nikah. Sementara pada majlis resepsi pengantin
perempuan pula akan diadakan pada sebelah petang yang menyaksikan pasangan romantis ini bakal menyarung busana tradisional melayu klasik rekaan Zaimi Zulkafli.
Resepsi kedua pihak pengantin lelaki dijangka akan diadakan pada minggu hadapan. Ditanya perancangan selepas berkahwin, Tasha menjelaskan dia memilih untuk tinggal bersama Atiq di Singapura sebaik selesai majlis persandingan di sana nanti.
Moga ikatan suci yang terjalin di antara Tasha dan Atiq berkekalan hingga ke syurga serta dikurniakan cahaya mata yang comel sebagai penyeri rumah tangga.
Kredit foto: Blackpepper Production
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peminat makanan Thai yang gemar mengunjungi restoran Boat Noodle pasti takkan lupa minuman signatures di sini iaitu Chill Chill. Bayangkan kombinasi rasa manis dan sejuk disedut dalam cuaca panas menyengat hingga melonjak adrenalin serta menghilangkan haus di tekak.
Demi menyampaikan rasa kasih terhadap semua wanita, Chill Chill telah berkolaborasi dengan Breast Cancer Welfare Association (BCWA) untuk memberi kesedaran kepada semua wanita tentang kepentingan penjagaan payudara dan melawan kanser payudara.
Dalam rangka promosi ini, banyak kesedaran tentang kesihatan payudara diadakan seperti memberi penerangan berkenaan pentingnya melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan langkah-langkah pencegahan awal kanser payudara.
Sebuah klinik bergerak berwarna Pink yang berlokasi di Sunway Pyramid dan Nu Sentral akan beroperasi demi menyampaikan hasrat murni ini. Unit Reaching Nationwide with Information (Murni) daripada BCWA akan melakukan pemeriksaan klinikal payudara. Klinik bergerak ini bakal beroperasi pada 8hb Oktober 2017 di Sunway Pyramid dan 22hb Oktober 2017 di Nu Sentral bermula jam 11 pagi hingga 11 malam.
Bagi menyempurnakan lagi sokongan, sepanjang bulan Oktober ini, setiap RM1 daripada jualan minuman Nom Yen atau lebih dikenali sebagai Sirap Bandung akan didermakan kepada BCWA. Mainkan peranan anda untuk menjayakan kempen ini dengan membeli Nom Yen di semua outlet Chill Chill.
Bagi meraih wang kutipan hingga RM10,000, Chill Chill mengambil inisiatif untuk menyumbang RM0.50 kepada BCWA bagi setiap hashtag #pinktobermy di media sosial.
Menurut Pengasas Utara 5 F&B Sdn. Bhd, “Usaha yang telah dirancang ini sebagai memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Kanser payudara boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Ini hanya peranan kecil kami dalam menentang kanser payudara yang menjadi pembunuh utama wanita ini. Semoga usaha sama dengan BCWA dapat memberi sinar harapan kepada setiap wanita di luar sana,” terangnya. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.