Dua minggu lalu, pelakon Anzalna Nasir dan suami tersayang, Hanif Zaki telah mengadakan majlis akikah untuk anak kesayangan mereka, Mohamad Eidrees bertempat di Hotel Sheraton Petaling Jaya. Selain mengadakan majlis akikah sebagai tanda kesyukuran dikurniakan zuriat sebagai pengikat kasih sayang, Anzalna dan Hanif turut mengambil kesempatan meraikan ulang tahun perkahwinan keempat sambil disaksikan oleh kaum keluarga serta sahabat rapat pasangan ini.
Jika kebiasaannya Anzalna dan Hanif memilih meraikan majlis istimewa mereka dengan kehadiran rakan selebriti dan sebagainya, kali ini mereka lebih senang memilih meraikan anak-anak yatim dari Raudhatul Afaeez serta anak-anak yatim dan asnaf dari Maahad Tahfiz Al Hijrah. Menurut Anzalna, dia mahu majlis tersebut lebih santai dan mendapat keberkatan sebagaimana dia dan Hanif bersyukur dikurniakan zuriat sebagai penyambung keturunan.
Majlis akikah dimulakan dengan acara marhaban dari Kumpulan Rasyada sebelum Anzalna bersama Hanif masuk ke dewan membawa si comel Eidrees yang segak berbaju Melayu. Sepanjang majlis berlangsung, si comel yang telah mengunjak usia 9 bulan kelihatan sangat aktif dan tersenyum sambil didukung secara bergilir-gilir oleh ahli keluarga Anzalna dan Hanif. Apatah lagi Eidress merupakan satu-satunya cucu lelaki di dalam keluarga Anzalna dan menjadi kesayangan semua.
Anzalna anggun mengenakan persalinan bak pengantin hasil sentuhan Wan & Mary rona keemasan. Manakala ballroom dihias indah hasil dekorasi TheCalla yang menjadi pilihan Anzalna. Konsep istana menjadi pilihan Anzalna dan Hanif bagi meraikan majlis akikah Eidrees sekaligus majlis ulang tahun perkahwinan mereka keempat.
Dalam asyik bercerita mengenai majlis akikah, rupanya Anzalna turut berhadapan detik cemas kira-kira seminggu sebelum majlis akikah tersebut berlangsung.
“Setiap ibu pastinya tidak sanggup membiarkan anak menangis tanpa diberi perhatian. Walaupun ketika itu, agak kelam kabut untuk bersiap dan menghadiri acara, Anzalna tetap bingkas untuk mendapatkan Eidrees sehingga mencederakan diri sendiri.
Bayangkan,sewaktu berkejar mendapatkan Eidrees,saya tersilap langkah dan jatuh terlentang.
Tapi saya bingkas bangun dan mendapatkan Eidrees. Saya juga sempat memberinya makan sebelum keluar bersama suami untuk ke majlis. Namun apabila berada di dalam kenderaan, saya mula merasa tidak selesa dan tak mampu bergerak dengan sempurna.Panik dengan keadaan tersebut,Hanif membawa saya ke hospital.
Pemeriksaan lanjut mendapati saya mengalami otot bengkak dan perlukan rawatan,”ujar Anzalna yang terpaksa di tahan di wad beberapa hari.
Sepanjang tempoh berada di wad pastinya saat yang sukar untuk dirinya apabila terpaksa berjauhan dengan Eidrees.Memandangkan pelbagai virus penyakit melanda negara, Anzalna akur untuk mengehadkan kehadiran Eidrees di kawasan awam dan ia merupakan saat yang paling sukar untuk dirinya terpaksa berjauhan dengan si kecil.
Walaupun masih memerlukan rawatan fisioterapi, Anzalna nekad untuk cepat sembuh demi si kecil yang pastinya memerlukan perhatian khusus darinya.
“Alhamdulillah saya dapat meraikan majlis akikah Eidrees bersama keluarga dan rakan terdekat pada malam tersebut,”ujar Anzalna anggun bak puteri mengenakan persalinan dari Wan and Mary rona keemasan. Malah, adik beradik Anzalna juga anggun mengenakan busana rona keemasan di majlis akikah tersebut. Dekorasi sentuhan The Calla melengkapkan lagi majlis akikah tersebut.Malah sepanjang majlis berlangsung, Eidrees yang berusia 9 bulan tidak meragam malah menunjukkan reaksi tersenyum dan comel tatkala foto dirakam.
Dalam masa yang sama, Anzalna dan Hanif turut meraikan sambutan hari lahir ke 27 Afifah Nasir kebetulan jatuh pada tanggal 15 Februari lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Atikah Suhaime sedang menghitung hari untuk bersalin cahaya mata sulung. Berkongsi jantina anak yang dikandung kepada peminat di media sosial miliknya, aktres jelita ini memuat naik video memaparkan perbualan dia dan suami tercinta mengenai perancangan membesarkan anak mereka kelak. Sweet!
Antara butir bicara Datin Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, “I always want my daughter to be macam a little bit artistic. At the same time, very smart and discipline.”
Dia juga mahu anak perempuannya kelak mengikuti kelas tarian balet, cantik dan bijak serta mempunyai minat seperti bapanya seperti pandai bisnes, suka kereta dan kapal terbang.
Namun yang paling mencuri tumpuan apabila Datin Atikah berkata, “Harap-harap dia kahwin dengan anak raja.”
Sambil tertawa, Datuk Lokman mengulas, “Kahwin dengan siapa tu, itu jodoh dialah. Allah bagi yang paling elok. For me, I prefer dia independent woman, jadi CEO one day.”
Sejak mendirikan rumah tangga, tak dinafikan populariti Datin Atikah Suhaime kian melonjak naik dan meraih perhatian khususnya di media sosial. Apatah lagi apabila dia sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan bergelar Datuk.
Walau berstatus VIP namun keperibadian wanita cantik ini dipuji kerana mesra melayan peminat dan merendah diri.
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, Datin Atikah berkata dia agak janggal membawa gelaran Datin dan mengagumi sikap keluarga mentua yang ‘humble’ meskipun berpangkat dan berjaya mengusahakan empayar jenama Zaitun.
Selebriti kelahiran Singapura ini melangsungkan pernikahan dengan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari 2024 dan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Didoakan agar Datin Atikah Suhaime dipermudah urusan bersalin kelak, diberi kesihatan yang baik buat dirinya dan bayi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak lengkap sambutan hari lahir kanak-kanak tanpa sambutan majlis hari lahir. Bagi meraikan ulang tahun ke 2, Fazura dan suami tersayang Fattah Amin menganjurkan sambutan hari lahir Fatima sebaik sahaja mereka sekeluarga pulang dari bercuti di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.
Muat naik terkini pelakon, penyanyi dan usahawan Nur Fazura mengenai sambutan hari lahir puteri tersayang meraih perhatian para peminat.
Mana tidaknya, Fatima diraikan dalam sambutan hari lahir bertemakan safari! Malah menurut Fazura, puteri tersayang memilih sendiri tema tersebut untuk sambutan majlis hari lahirnya itu.
Menurut Fazura, apabila ditanya, Fatima mengatak ‘mahu’ harimau, kuda belang dan zirafah.
Bertepatan dengan permintaan Fatima, maka pasangan selebriti ini memilih tema safari untuk meraikan sambutan hari lahir Fatima pada tahun ini.
Melihat posting video di laman Instagram Fazura, ramai peminat menitipkan ucapan hari lahir serta mendoakan semoga permata hari penyeri kehidupan rumah tangga Fattah Amin dan Fazura ini membesar menjadi anak yang solehah, penyejuk hati mommy dan daddy.
Perancang majlis @eventsbyazzwaa telah bertanggungjawab merealisasikan tema safari buat Fatima di mana segenap ruang ballroom dihiasi dengan mainan berupa haiwan-haiwan yang terdapat di zoo serta gabungan flora dan fauna yang nampak real dan mempersonakan!
Manakala ‘birthday girl’ pula tampil comel mengenakan gaun rona mint green sambil rambutnya diikat kemas. Jika tahun lalu, majlis ulang tahun Fatima bertemakan taman warna warni dan gabungan patung haiwan, belon dan bunga-bungaan, kali ini nampaknya tema berkaitan haiwan masih mendominasi majlis sambutan hari lahir Fatima.
Tidak hairanlah mengapa Fatima begitu menggemari haiwan. Agaknya mainan apa yang paling banyak dimiliki oleh Fatima? Haiwan atau anak patung ya?.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Baginda Raja United Kingdom, Raja Charles III, di Istana Buckingham, London, United Kingdom semalam (12 Oktober 2022). Kunjungan hormat itu bersempena lawatan khas Seri Paduka Baginda berdua ke London, dari 10 Oktober hingga 16 Oktober 2022.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, pada sesi kunjungan hormat itu yang berlangsung selama 40 minit bermula pada jam 3.00 petang waktu tempatan, Baginda Raja Charles III berkenan menyantuni dan beramah mesra dengan Seri Paduka Baginda berdua.
Baginda Raja Charles III dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menyentuh isu-isu hubungan dua hala antara Malaysia dan UK termasuk isu alam sekitar dan pelancaran Battersea Power Station, sebuah projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia di London, yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda selepas sesi kunjungan hormat itu.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua melakukan kunjungan hormat itu mencerminkan keakraban Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Baginda Raja Charles III. Kedua-dua pemimpin telah menjalinkan persahabatan sejak lebih empat dekad, bermula dengan bersukan polo bersama-sama ketika remaja di pelbagai peringkat kejohanan antarabangsa.
Kunjungan hormat ini, yang juga pertemuan kali kedua antara kedua-dua pemimpin pada tahun ini, turut mencerminkan hubungan dua hala yang rapat antara Malaysia dan United Kingdom sejak kemerdekaan 65 tahun lalu.
Pada 18 September 2022 lalu, Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat menghadiri Majlis Resepsi Bersama Baginda Raja Charles III yang telah dihoskan oleh Baginda di Istana Buckingham.
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan berangkat menghadiri istiadat pemakaman negara Baginda Ratu Elizabeth II di Westminster Abbey pada 19 September 2022 lalu.