Ads

Keliru Mengapa Rumah Sering Kelihatan MALAP, Ini Cara TEPAT Meletakkan Pencahayaan Pada Ruang Kediaman!

Pencahayaan di dalam sesebuah kediaman seringkali mempengaruhi suasana serta kesan keseluruhan ruang. Jika terlalu terang pun tidak bagus begitu juga pencahayaan yang terlalu redup. Jadi bagaimana untuk meletakkan elemen pencahayaan yang tepat dalam sebuah kediaman? Berikut adalah tipnya.

LOKASI

Faktor paling penting bagi mewujudkan pencahayaan yang tepat. Bagi ruang berukuran besar memerlukan beberapa jenis lampu. Manakala bagi ruang lebih kecil gunakan lampu gantung namun lihat dulu jarak yang sesuai dengan aliran pergerakan di bawahnya.

Ads

MATERIAL

Bagi konsep rekaan moden, material penutup lampu dari logam seperti aluminium atau tembaga boleh menjadi pilihan tepat. Bagi konsep minimalis, ceiling lamp atau indirect lamp tanpa penutup lampu boleh diaplikasikan. Sesuai bagi ruang peribadi seperti bilik tidur dan bilik mandi kerana suasananya yang lebih romantik.

Ads

SUASANA

Tentukan jenis dan fungsi setiap ruang dalam kediaman. Contoh, bagi ruang kerja warna lampu biru atau putih lebih sesuai untuk membantu anda lebih fokus. Namun, lampu kerja di atas meja tetap diperlukan bagi mencetuskan suasana lebih santai.

Ads

DIMENSI RUANG

Bagi ruang berukuran besar pilih lampu gantung dengan model yang panjang atau bulat untuk mencetuskan dimensi yang lebih proposional. Bagi ruang yang kecil pula pasang lampu gantung besar untuk memberikan aksen pada ruang. AMY MOHD

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Impian Afiqah Jalil Nyanyi Semula Lagu Dendang Hari Raya Tercapai

Nyanyi Semula Lagu ‘Dendang Hari Raya’, Impian Afiqah Jalil Berduet Dengan...

MasyaAllah, lunak suara Afiqah Jalil yang merupakan anak kepada selebriti veteran iaitu Jalil Hamid. Ternyata Afiqah atau lebih dikenali sebagai Iqa bertuah kerana mewarisi bakat ayahanda tersayang dalam bidang muzik. Dah namanya anak kepada penyanyi, pasti darah seni mengalir deras dalam diri wanita ini.