Walaupun pernah melalui detik ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, semangat Dr Fauziah Mohd Hasan tidak pernah goyah. Beliau terus berani melangkah menyertai sekali lagi usaha membawa harapan ke bumi Gaza.

Menariknya, kali ini wanita berusia 68 tahun ini disokong penuh oleh suaminya yang turut berada di belakang tabir perjuangan tersebut.

Kembali Sertai Misi Kemanusiaan Pada Usia 68, Kenali Dr Fauziah Wanita Malaysia Pertama Belayar Ke Gaza
Kredit Foto: drfmh

Siapakah sebenarnya wanita Malaysia hebat ini yang tidak gentar berada di barisan hadapan dalam setiap misi bantuan antarabangsa?

Berikut lima fakta menarik tentang Dr Fauziah Hasan. Srikandi ummah pencetus inspirasi.

Wanita Malaysia Pertama Belayar Ke Gaza

Kembali Sertai Misi Kemanusiaan Pada Usia 68, Kenali Dr Fauziah Wanita Malaysia Pertama Belayar Ke Gaza

Sejak 1997, Dr Fauziah berkhidmat sebagai pakar Obstetrik dan Ginekologi di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Kuala Lumpur.

Beliau mencatat sejarah sebagai satu-satunya wakil Malaysia dalam misi Women’s Boat to Gaza (WBG) pada September 2016. Beliau bertugas sebagai doktor di atas kapal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dia’a Daoud (@diaa.daoud.7)

Dengan menaiki kapal Zaytouna Oliva, penyertaannya menjadi simbol solidariti wanita dari seluruh dunia terhadap penderitaan rakyat Gaza.

Ads

Misi itu turut disertai 13 wanita dari pelbagai negara dengan matlamat untuk memecahkan sekatan laut yang dikenakan rejim zionis ke atas Gaza.

BACA JUGA: Suami Ditahan Ketika Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Yatt Hamzah Tak Putus Berdoa

Doktor & Aktivis Kemanusiaan Antarabangsa

Kembali Sertai Misi Kemanusiaan Pada Usia 68, Kenali Dr Fauziah Wanita Malaysia Pertama Belayar Ke Gaza

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari University of Tasmania, Australia (1982), Dr Fauziah aktif menyertai pelbagai misi kemanusiaan antarabangsa.

Beliau mula terlibat dalam misi kemanusiaan perubatan sejak 1999 di Kosovo, diikuti dengan misi ke Kepulauan Maluku (2000), Acheh pasca-tsunami (2005), Afghanistan (2001–2003) dan Gaza (2009).

Ads

Kini, beliau bersama tujuh lagi peserta dari Malaysia menyertai gelombang ketiga misi flotilla ke Gaza dengan menaiki kapal Conscience di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by noavi (@noavi)

Pernah Ditahan Tentera Zionis

Ketika berusaha menghampiri Gaza, Dr Fauziah bersama pasukan misinya telah ditahan oleh tentera zionis hanya 35 batu nautika (sekitar 69 kilometer) dari pantai Gaza.

Dalam insiden tersebut, kapal mereka dipintas dan beliau dibawa ke tahanan sebelum akhirnya dihantar pulang.

Terima Banyak Pengiktirafan

Antara penghargaan yang diterima Dr Fauziah ialah Anugerah Khaulah Al Azwar daripada kerajaan Terengganu atas penglibatannya dalam misi WBG pada 2016.

Ads

Setahun kemudian, beliau dianugerahkan Tokoh NGO Islam (Kategori Wanita) 2017.

Kembali Sertai Misi Kemanusiaan Pada Usia 68, Kenali Dr Fauziah Wanita Malaysia Pertama Belayar Ke Gaza

Selain itu, Dr Fauziah turut dilantik sebagai Penasihat Hormat bagi Malaysian Women Coalition for Al-Quds & Palestine (MWCQP), sebagai simbolik kepada peranannya yang signifikan dalam memperjuangkan isu Palestin dari perspektif wanita dan kemanusiaan.

Abadikan Pengalaman Dalam Buku

Pengalaman berharga wanita kelahiran Kuala Terengganu ini semasa menyertai misi kemanusiaan Women’s Boat to Gaza diabadikan dalam sebuah buku berjudul 35 Batu Nautika.

Kembali Sertai Misi Kemanusiaan Pada Usia 68, Kenali Dr Fauziah Wanita Malaysia Pertama Belayar Ke Gaza

Tajuk itu dipilih kerana menggambarkan jarak terakhir kapal mereka sebelum ditahan, iaitu 35 batu nautika dari pantai Gaza.

Buku tersebut diterbitkan pada 2016 hasil kerjasama organisasi seperti Rose2Rose, MyCARE, PenaWan, dan Iman Publication.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads