Nama Jihan Muse bagaikan sudah sinonim dengan program realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza. Celoteh dan gaya bersahaja Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa berjaya menarik perhatian penonton.
Meskipun pembabitannya dalam bidang seni bermula sebagai seorang pelawak.
Kira-kira setahun berehat daripada dunia pengacaraan selepas melahirkan putera kedua, kemunculan Jihan di pentas All Stars Gegar Vaganza baru-baru ini mengubat kerinduan peminat.
Berkongsi pentas bersama dua pengacara terkenal iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, pesona Jihan tetap bersinar.
Malah rata-rata peminat teruja melihat penampilan terkini Jihan. Apa tidaknya, makin cantik jelita!
Anggun mengenakan persalinan hitam dan biru, wajah Jihan kelihatan berseri-seri hasil sentuhan makeup artist Syamiel.
29 Ogos lalu, isteri Ungku Hariz ini genap berusia 40 tahun. Jihan mula mencipta nama dalam program lawak kian meningkat popular sebagai pengacara dan pelakon.
Bakat pengacaraannya mula terserlah selepas dia diberi kepercayaan mengendalikan Gegar Vaganza selama lapan musim berturut-turut.
Dia yang sebelum ini bergandingan bersama pengacara popular, Nabil Ahmad selamat menimang cahaya mata kedua pada 6 September 2022 di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.
Ramai yang inginkan kulit yang cantik untuk tampil lebih confident di khalayak ramai. Tentu sekali kita tidak mahu jika ada sesetengah orang yang gemar memberi komen tentang penjagaan kulit jika mereka lihat terdapat bekas jerawat dan cela yang begitu jelas.
Pelakon dan juga penyanyi, Lufya Omar, mendedahkan rahsia kejelitaannya bersama NONA! Hanya menggunakan tomato sahaja cukup membantu dalam rutin kecantikannya.
Menurut Lufya ketika di temubual, dia sudah pun mencuba satu tip kecantikan yang digemarinya baru-baru ini. Katanya, hanya perlukan sebiji tomato sahaja boleh buatkan muka glowing dan segar dari sebelumnya!
Apa yang anda perlu adalah sebiji buah tomato yang di potong empat. Bekukan di dalam peti seju untuk ‘keraskan’ sedikit teksturnya sebelum mula pakai di muka.
Setelah tomato menjadi beku, gunakan satu potongan sahaja sebagai ‘scrub’ di muka dan biarkan dalam beberapa minit. Anda akan lihat efek di muka tampak lebih ‘glowing’ dan ‘fresh’. Lufya juga berkata dia hanya menggunakan satu potongan untuk satu hari, bermaksud 4 potongan tomato bersamaan 4 hari!
Teknik ini juga pernah dikongsikan oleh Nornafisah Zamry, wanita ini juga senaraikan 10 lagi tip yang menarik yanb boleh anda gunakan hanya menggunakan tomato! Antaranya:
Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.
Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.
Tomato juga membantu mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah. Hanya potong tomato kepada dua bahagian dan ambil separuh daripadanya, sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.
Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur dan sapu pada wajah, biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Akhir sekali bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini membantu untuk mengecilkan liang pori kulit wajah.
Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai pupur dan sapu pada seluruh wajah. Biarkan ia kering kira-kira 30 minit kemudian bilas dengan air suam. Ia membantu kulit lembap dan berseri.
Campuran jus tomato dan madu baik untuk mengatasi masalah ton kulit tidak sekata. Sapu bahan ini pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis. Hasilnya, kulit cerah sekata.
Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi kerana ia membantu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan.
Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia membuatkan anda berasa kenyang.
Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan bersisik, kembalikan kelembapan kulit dengan melenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali untuk melihat hasilnya.
Lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.
Lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.
lekapkan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli pada mata. Ia mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Masihkah anda ingat tentang sinetron ‘Bawang Merah, Bawang Putih’ yang pernah menjadi fenomena di Malaysia sekitar 20 tahun lalu, yang ditayangkan di televisyen pada tahun 2004 hingga 2006.
Dimana gandingan mantap antara Revalina S. Temat sebagai Bawang Putih dan Nia Ramadhani yang membawa watak antagonis Siska hinga menjadi sorotan rakyat Malaysia dek kerana kecantikan mereka tatkala masing-masing baru mencecah usia remaja.
Seiring peredaran zaman dan peningkatan usia, Revalina atau nama sebenarnya Revalina Sayuthi Temat yang kini berstatus isteri dan ibu dua anak masih cantik menawan dengan aura tersendiri.
Revalina yang ketika zaman gadisnya sering berpakaian seksi memilih untuk tampil lebih sopan dan berhijab selepas pulang mengerjakan umrah pada tahun 2017.
Sejak itu, Revalina dilihat tidak lagi aktif dengan dunia seni. Malah,dia sibuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Di samping menjana pendapatan sebagai usahawan. Kini, dia merupakan pemilik label pakaian Tifle’s by Revalina S Temat.
Biarpun sudah beranak dua tapi jelitawan berusia 38 tahun ini bijak menjaga penampilan diri, meski dengan gaya muslimah yang elegan, ibu kepada Rihga Sadiwasakti Rabbani ini juga tetap kelihatan cantik meskipun hanya bergaya sederhana.
Personaliti ini juga kini dilihat selesa mengenakan gaya matang dan elegan. Mengintai fesyen pilihan Revalina jelas menggambarkan peribadinya yang gemar menyarung busana santai.
Memang serba sederhana. Dengan menggayakan tudung bawal dan solekan ringkas, ia sudah memadai untuk menyerlahkan kelembutan wajah Revalina.
Sekadar info, Revalina telah mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dengan jejaka pilihan hatinya, Rendy Aditwa Gunawan dan hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Revalina melahirkan anak keduanya, Rajendra Satya Razzani secara pembedahan pada Januari 2019.
Revalina pernah membintangi beberapa drama popular Indonesia antaranya Assalamualaikum Beijing, Perempuan Berkalung Sorban dan Hijrah Cinta.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Seronoknya melihat bunga di taman yang tumbuh segar. Ada sesetengah bunga-bungaan menjadi bahan favourite dalam produk kecantikan wanita.
Chamomile
Bunga chamomile sering digunakan dalam minuman teh untuk rasa lebih tenang. Sekiranya anda mempunyai masalah kantung mata, petiklah beberapa kuntum bunga ini dan tekupkan pada bahagian mata. Lakukan selalu ya!
Dandelion
Dalam dunia kecantikan, dandelion mempunyai banyak khasiat dan sesuai untuk kulit. Rebus bunga ini bersama daunnya dan gunakan sebagai pembersih wajah bagi anda yang mempunyai masalah ekzema atau kulit gatal. Rendaman selama seminggu bersama minyak zaitun berkualiti tinggi atau minyak kacang badam boleh di jadikan minyak untuk sapuan tubuh.
Melur
All time favourite! Anda boleh membuat semburan wajah dengan meramas bunga melur bersama air mineral. Masukkan ke dalam botol, sejukkan dan sembur pada wajah setiap malam.
Rendaman bunga melur bersama beberapa titis minyak kelapa pula boleh digunakan untuk menaikkan seri wajah. Sapu campuran minyak pada wajah dan urut secara circular menggunakan tiga jari terakhir.
Pansy
Bunga pansy sangat popular di negara empat musim. Ambil satu cawan bunga pansy bersama daunnya dan rebus bersama satu liter air. Tapis dan gunakan sebagai sapuan pada badan dengan campuran losen kegemaran anda. Ia juga menjadi penawar pada jerawat yang menyakitkan!
Ros
Ramas kelopak bunga ros dan campurkan dengan madu sebagai pelembap bibir. Mungkin anda tidak percaya bunga ros ini mampu menjadikan bibir anda merah jambu dan lembut pabila disentuh. Selain itu, campuran satu sudu besar air ros bersama setengah sudu besar gliserin boleh bertindak sebagai penyegar wajah.
Bunga raya
Ia menjadi kunci utama dalam rawatan masyarakat Cina kerana kekayaan asid amino dan asid alpha hydroxyl untuk penghidratan, pengelupasan dan meremajakan serta mengembalikan kecantikan tona kulit wajah.
Teratai
Hello kulit kering, musuh utama anda sudah tiba! Bunga teratai memberi penghidratan pada kulit kering, menjadikan kulit wajah lebih segar dan lembap. Sifat antioksidan dan vitamin yang terkandung di dalam bunga teratai juga menjadikannya teman rapat wanita.
Lili
Menjadi simbol kebahagiaan, apatah lagi saat ia digubah menjadi bunga tangan dalam genggaman mempelai. Bunga lili boleh membantu menegangkan kulit serta menganjalkan wajah. Bagi anda yang berwajah gelap, bunga lili boleh membantu menaikkan lagi seri tona kulit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.