
Memiliki raut wajah persis ‘barbie’ bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan Chef viral dari Lubnan, Abir El Saghir ini.
Terkenal kerana kebolehannya menyediakan pelbagai jenis masakan termasuk menu antarabangsa, Abir El Saghir menjadikan platform media sosial iaitu TikTok dan Youtube untuk berkongsi minatnya dengan orang ramai.
Sehingga kini, Abir El Saghir berjaya meraih perhatian berjuta-juta orang di seluruh dunia dengan video Tiktok yang memaparkan dirinya memasak hidangan tradisional sambil memakai pakaian desa. Memang unik!
Meminati fesyen dan masakan, wanita berusia 25 tahun ini menggabungkan kedua-dua elemen itu di dalam setiap video pendeknya.
Menariknya, Abir El Saghir melakukan segala-galanya sendiri bermula dari membeli bahan-bahan masakan, memasak, membuat video, mengedit dan menyiarkan video.
Video Abir El Saghir sering mendapat perhatian dengan jutaan tontonan di media sosial. Pertama kali Abir El Saghir menyiarkan videonya di TikTok ialah pada awal 2021.
Ia bermula dengan kandungan fesyen kemudian beralih kepada makanan. Abir El Saghir yang mempunyai 25.7 juta pengikut di Tiktok, kini aktif menghasilkan video-video hidangan tradisional dari lebih 90 buah negara.
Abir El Saghir menyarungkan seluar jenis hi cut berwarna krim bersama kemeja-T lengan panjang dan selendang hitam. Kelihatan sangat kasual.
Overall jeans yang dipadankan dengan blouse dan sneaker putih ini mencipta penampilan kasual serta trendy pada penampilan Abir El Saghir.
Tampil ceria dengan gaun bercorak dan topi menjadikan penampilan si cantik ini lebih anggun.
Abir El Saghir menyarungkan pakaian sedondon sehingga ke aksesori.
Semoga gaya Abil El Saghir menjadi inspirasi buat seluruh wanita.
This website uses cookies.