Kenali Hande Ercel, Sosok Wanita Tercantik Dunia 2020 Lengkap Pakej Beauty With Brains

Nama aktres Turki, Hande Ercel tiba-tiba hangat diperkatakan apabila beliau dinobatkan sebagai Wanita Tercantik Dunia 2020 oleh Top Beauty World. Kecantikan wanita berusia 27 tahun itu juga mendahului carta 100 nama wanita tercantik dunia lain termasuk selebriti Yoona SNSD.

Menurut informasi dari YouTube Top Beauty World, terdapat sistem penilaian standard kecantikan yang ditetapkan bagi menentukan pemenang iaitu 50% ratio wajah (5.000 poin), 30% undian (3.000 poin) dan 20% standard kecantikan global (2.000 poin).

Memperoleh markah 9.168 daripada pelbagai sisi penilaian, Ercel telah dinobatkan sebagai pemenang daripada beratus wajah yang disaring.

Dilahirkan di Turki pada 24 November 1993, Hande Ercel mula menempa nama sebagai model, selain pernah memenangi gelaran Miss Civilization of Turkey dan Miss Turkey 2012.

Setahun kemudian, beliau mula bergiat aktif sebagai bintang televisyen antaranya drama Calikusu, Gunesin Kizlari dan Ask Laftan Anlamaz.

Tidak sekadar kecantikan fizikal, Hande Ercel juga dikenali kerana kepintarannya. Beliau adalah simbol ‘beauty with brains’ kerana memiliki kelulusan ijazah dari Mimar Sinan Fine Arts University.

Memiliki sejumlah 17.8 juta pengikut di Instagram, Hande Ercel dikhabarkan telah bertunang dengan Murat Dalkilic yang juga seorang penyanyi Turki pada awal tahun ini namun hubungan tersebut tidak berkekalan. Mereka sebelum itu dikatakan telah bersama sejak 2017.

5 Wanita Tercantik Dunia

  1. Hande Ercel (Turki)
  2. Deepika Padukone (India)
  3. Barbara Palvin (Hungary)
  4. Yoona (Korea Selatan)
  5. Lesti Kejora (Indonesia)

Sumber: Instagram Hande Ercel

IKLAN
Share